Selasa, 17 April 2012

Cintailah Manusia kerana Allah

Syukur.. hampir setiap hari hujan.. tambah bahagia apabila hujan waktu malam. Menjadi kebiasaan apabila hujan,  tv memang tidak dipasang takut-takut disambar petir... jadi masa yang ada dipenuhi dengan membaca buku.. cuaca sejuk memang seronok untuk membaca walaupun buku itu setebal kamus dewan. .Alhamdulillah...malam tadi sempat membaca 3 buah buku.. 
 
 Namun, tidak kesemua buku habis dibaca.. cuma buku terbaharu nukilan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. CINTA KERANA ALLAH sahaja yang sempat dihabiskan malam tadi.. sangat bermakna dan memang perlu diimplimentasikan.

Cintailah manusia kerana Allah 

Cinta Allah ialah cinta yang pertama.. bermula daripada alam roh lagi hati kita telah mengenal Allah. Perkenalan itu telah membuahkan cinta. Itulah cinta pertama manusia. Sayangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati dan hakiki itu sebaik lahir ke dunia. Siapakah yang memisahkan manusia daripada cinta Allah? Persoalan ini menemukan kita dengan hakikat yang menyedihkan. Ibu bapa mereka sendirilah yang kerap kali memisahkan manusia daripada cinta Allah. Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya : Setiap anak Adam dilahirkan suci bersih, ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Ramai ibu bapa tidak meneruskan peranan mengenalkan Allah kepada anak-anaknya. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar dan  tidak dibajai. Semakin bertambah usia anak, semakin jauh jarak perpisahan itu. Akhirnya, cinta Allah itu layu dan terkulai. Cinta selain Allah pula yang mengambil alih hati manusia. Oleh itu, apabila cinta itu sudah tersilap langkah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaannya. hidup beralih arah daripada menghambakan diri kepada allah kepada 'menyembah' hawa nafsu. Akibatnya, hidup manusia penuh dengan kejahatan kerana nafsu yang menjadi kecintaannya itulah yang mendorong dirinya kepada kejahatan.
Sehubungan dengan itu, tidak ada jalan lain untuk mewujudkan kebaikan dan ketenangan semula dalam kehidupan melainkan dengan mengembalikan rasa cinta kepada Allah dalam hati manusia. Kenalkan semula manusia kepada Allah, insya-Allah manusia akan mencintai-Nya semula.

Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita mesti merindu?
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?
Oh! bukan, bukan...
Cinta dan rindu sewajarnya
diserahkan kepada Allah.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal justeru
sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya
mencintai dan merindui Allah




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalam..ukkhti..best je buku ni? sy nk jdkan hadiah kpd knalan saya la..ok ke? ia berbentuk.cerita ke huraian fakta? us pahrol mmg best!

sebaikbaikummah.blogspot.com