Khamis, 10 Oktober 2013

Selesai PMR PBS pula...

 

Alhamdulillah..masih diberikan nikmat kesihatan walaupun sibuk dengan kerja-kerja hakiki... Selesai peperiksaan PMR ingatkan dapat beristirahat...namun semakin banyak pula kerja-kerja yang perlu dilakukan... PBS...oh...memang... memang sangat membebankan... dua tahun sudah mengendalikan PBS Tingkatan 1 dan 2 . Tapi masih tidak mampu untuk melaksanakannya... Hari ini baru selesai melengkapkan kesemua evidens yang ada...tetapi...masih banyak lagi yang belum siap ditanda... nak melengkapkan kesemua evidens pelajar memanglah menguji kesabaran.. semuanya mengeluh...namun, semua terpaksa akur melaksanakannya... Ditambah pula dengan pelaksanaan sistem PBSMR.. masih kabur...dan tertanya-tanya...bagaimanakah pula pelaksanaannya... Bersedia untuk dikursuskan..dan bersedia untuk menjadi penyelaras subjek PBSMR...

 
Program-program di maktab pula perlu dilakukan.. Bulan Bahasa Kebangsaan, Program MIGTY, Majlis Graduasi, Program Hari Korban... Peperiksaan Semester semakin hampir..memang tak menang tangan dibuatnya... Walau apa-apapun...memang kena kuat semangat dan kuatkan mental dan fizikal...Setiap kali mulakan pekerjaan...pasangkan niat...
 
 

Rabu, 2 Oktober 2013

Bermulanya perjuangan

Alhamdulillah...debaran yang dirasai selama ini...akhirnya terlerai sudah... Sungguh ini pengalaman pertama hati tidak pernah berasa tenang...fikiran tidak pernah berhenti daripada terus berfikir.. usaha...usaha...dan terus berusaha untuk memastikan kejayaan anak-anak tercinta..
 Malam tadi memang tidak tidur dibuatnya...gelisah...berdebar...dan pelbagai perasaan lagi yang membelenggu diri ini... Namun, perkara yang paling penting, kita telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kejayaan akan terus dalam genggaman kita. Namun, kita hanya mampu merancang... perancangan Allah adalah yang terbaik...Dia sahaja yang berhak menentukannya... Walau apa-apapun kita perlu pasrah dan bertawakal...Jika ada rezeki...Insya-Allah pasti kita akan tetap terus berada di
 MERCU GEMILANG.
 
Buat anak-anak yang dikasihi...
Manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya... Jangan direnung letihnya usaha...namun, fikirkanlah manisnya kejayaan ... Teruskan Perjuangan... Semoga anda mampu untuk membanggakan ibu bapa..guru-guru...bangsa...agama...dan negara...Amin Ya Rabbal Alamin
 
 
 
 
 
 
 


 
Syukur kehadrat Allah S.W.T...setelah 4 bulan menyepikan diri akhirnya kini muncul kembali...memang...memang sangat merindui untuk mencatat sesuatu, namun apakan daya, keadaan tidak mengizinkan... Namun, Alhamdulillah...hari ini diberi peluang dan kesempatan untuk kembali aktif...dan semoga akan terus diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat...

Jumaat, 26 April 2013


Doa tanpa kerja kuat, tidak akan berjaya, kerja kuat tanpa doa pun sama.

"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak duduk berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang duduk satu darjat. Kepada mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar" - Surah an-Nisak: 95

Khamis, 25 April 2013


POHON HIJAU ITU

Pohon hijau itu berdiri kaku
Pohon hijau itu berdiri kaku
Megahnya di celah pohonan
Ibarat lukisan hidup
Tetap tegak dan kaku

Pohon hijau itu tetap kaku
Lantas desiran kedengaran
Amat sayup dan sayu
Ia mula bergerak

Pohon hijau itu tidak kan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Begitulah diibaratkan
Dunia dengan kehidupan
Bermulanya di daratan
Kini menuju ke tengah lautan

Angin yang menderu
Datang tak menentu
Ombak memukul pelayaran
Apakan tergoyang keimanan

Untukmu teman bajailah hidupmu
Sirami hatimu dengan ketaqwaan
Dalam mencari keredhaan Tuhan

Hati-hati teman
Meniti salju kehidupan
Nan rapuh bisa cair dan runtuh

Bersama angin lalu kutitipkan harapan
Agar terus tabah hadapi cabaran

Pohon hijau itu yang dulu kaku
Kini mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Pohon hijau itu tidakkan kaku lagi
Beralun mengikut tarian bayu
Pohon hijau itu melambai-lambai
Beralun mengukir kehijauan

Bila kejayaan sudah digenggaman
Ingat-ingat teman kita kan pulang

Pohon hijau itu kini kaku
Ia tak bergerak lagi
Ia pastikan layu
Gugur di taman ini

Selasa, 23 April 2013

Jangan dipatuk ular yang sama



Alhamdulillah...sekali lagi pagi tadi diberi peluang untuk memberikan kata-kata di morning call. Bukan senang untuk mendapat  peluang bercakap di hadapan semua pelajar MRSM Pasir Salak...Mungkin ya dulu sewaktu menjadi warden tahun 2007-2010...Rindu kadang-kadang untuk membebel, menegur, mengingatkan anak-anak pelajar. Setiap hari kita perlu disuntik dengan kata-kata agar  dapat mengekalkan momentem untuk sentiasa bersemangat dalam menempuh perjuangan ini. Saja ingin berkongsi Hadis Nabi S.A.W ...

Sabda Rasulullah S.A.W. “Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

 Sebenarnya  hadis tersebut disampaikan  oleh Rasulullah SAW kepada kita, bertujuan mengingatkan supaya tidak sepatutnya manusia itu dipatuk olehular yang sama dari lubang  yang sama sebanyak dua kali. Maksudnya tidak sepatutnya seseorang manusia itu membiarkan dirinya melakukan kesilapan yang sama . Apatah lagi kesilapan itu kesilapan yang berulangkali tanpa ada usaha untuk mengubahnya. Sama halnya bagi pelajar-pelajar., sekiranya pelajar telah gagal kali pertama dalam ujian disebabkan sifat rasa malas menguasai dirinya, maka jangan biarkan berlaku lagi kegagalan kali  kedua atas sikap yang sama.... Jangan sampai rasa menyesal di kemudian hari. Seperti yang berlaku kepada beberapa orang pelajar Tingkatan 4 baru-baru ini...Disabitkan kesalahan kali kedua akibat kes pukul secara  berkumpulan dan dicadangkan untuk ditamatkan pengajian...baru tersentak dan timbulnya penyesalan... barulah  ingin  menitiskan air mata..barulah rasa takut untuk berhadapan   ibu dan ayah...kasihan melihat mereka..namun, berani buat beranilahmenanggungnya...mudah-mudahan mereka mengambil iktibar atas pengalaman yang dilaluinya.... belajarlah daripada pengalaman kerana pengalamanlah guru  terbaik untuk kita berjaya....

Ahad, 21 April 2013

Ahad, 14 April 2013

Ahad, 31 Mac 2013

Hidup Untuk Memberi


Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai
Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi
Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperoleh
Namun itulah yang terus dihargai dan diingati
Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai setiap yang ada di sisi


Sabtu, 30 Mac 2013

Analisis Pencapaian SPM 2012


PENCAPAIAN MENGIKUT GRED PURATA MAKTAB

KEDUDUKAN MRSM PASIR SALAK DALAM SETIAP SUBJEK

BAHASAMELAYU 12/42
BAHASA INGGERIS 10/42
SEJARAH 12/42
PENDIDIKAN ISLAM 11/42
MATEMATIK TAMBAHAN 8/42
MATEMATIK 32/42
FIZIK 10/42
KIMIA 13/42
BIOLOGI 37/42
PRINSIP PERAKAUNAN 21/42
PENDIDIKAN MORAL 2/19
PENDIDIKAN SENI VISUAL 32/36
TASAWUR 5/8



Bismillahi walhamdulillah.

Keputusan SPM 2012 telah diumumkan pada minggu lepas...Maaf kerana sedikit terlewat mengucapkan tahniah kepada yang berjaya memperoleh kejayaan cemerlang. Kepada yang kurang cemerlang, janganlah terlalu sedih dan berduka cita, yakinlah setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Ya, semua yang berlaku ada hikmahnya untuk semua orang.
Kepada yang berjaya, syukurilah nikmat kejayaan tersebut dengan lebih menghampirkan diri kepada Allah, melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Yakinlah bahawa kurniaan Ilahi berbentuk kejayaan ini adalah salah satu ujian, untuk melihat adakah anda seorang yang bersyukur dan kembalikan puja puji sebenar kepada Allah. Bukan kepada diri sendiri semata-mata.


Kepada yang kurang cemerlang, yakinlah bahawa ini juga adalah ujian Allah untuk melihat adakah anda sabar dan reda dengan keputusan tersebut. Kita mungkin rendah di sisi manusia kerana mendapat keputusan yang kurang cemerlang, tetapi kita akan tetap tinggi dan mulia di sisi Allah jika kita terima keputusan itu dengan reda dan sabar. Terima dengan reda setiap perkara yang Allah tentukan untuk kita. Juga tidak terlalu mengikut perasaan seperti meraung kesedihan, lama menyendiri apatah lagi membunuh diri. Na’uzubillah…

Usaha dan natijah


Keputusan peperiksaan adalah hasil daripada usaha yang kita kerjakan. Kita tidak mampu menentukan keputusan peperiksaan, kerana  di luar bidang kuasa kita. Tetapi kita mampu untuk berusaha ke arah mencapai kejayaan. Sebagai seorang beriman kita wajib meyakini bahawa peranan kita sebagai hamba Allah adalah berusaha sedaya usaha, kemudian serahkan natijahnya kepada Allah.

Kita dipertanggungjawabkan atas usaha bukan atas keputusan. Kalaulah semua orang dipertanggungjawabkan atas keputusan, maka ramailah yang gagal dalam hidup mereka. Begitu juga kita tidak wajar menyalahkan para nabi, kononnya gagal memastikan anggota keluarga mereka sendiri menerima hidayah Allah.

Berbanggalah…
Kita layak berbangga jika kita berusaha, kemudian berjaya. Juga layak untuk berbangga, jika telah berusaha bersungguh-sungguh, kemudian gagal- atas keyakinan telah menunaikan tanggungjawab. Justeru, kita tidak layak berbangga jika beroleh kejayaan cemerlang tanpa usaha yang sepatutnya!

Itu untuk murid yang menduduki peperiksaan, begitu juga dengan guru, ibu bapa dan penjaga yang anaknya memperoleh kejayaan cemerlang. Anda tidak layak berbangga jika anda tidak menyumbang kepada kejayaan tersebut…

Terima kasih
Wallahu a’lam





Bingkisan Buat Pelajar




Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam yang telah mengurniakan pelbagai nikmat ke atas diri ini...Dan alhamdulillah...diberikan ruang untuk menambah catatan yang sudah lama bersarang dan dibiarkan sepi...
Tanpa disedari..begitu pantas masa berlalu... tinggal hari esok sahaja cuti persekolahan berakhir..alhamdulillah dapat meluangkan masa untuk berkasih sayang dengan keluarga....Mula sahaja sesi persekolahan nanti disibukkan dengan kerja-kerja yang tidak berakhir...Buat pelajar-pelajar ...persiapkan diri anda untuk meneruskan perjuangan dalam mencipta kejayaan..Cuma sebelum anda melangkahkan kaki ke sekolah nanti, ingatlah pentingnya cita-cita dalam hidup. Cita-cita itu akan mencorakkan diri anda sepanjang anda di sekolah. Cita-cita itu akan mengawasi anda agar sentiasa menjadikan sekolah itu tempat menimba ilmu bukan mencari cinta. Cita-cita itu ibarat sebiji benih yang ditanam. Kemudian, menumbuhkan pokoknya..Kemudian, berbunga dan membuahkan hasil kepada sipenanamnya. Ya, cita-cita adalah permulaannya, kemudian akan menjadi pencetus kepada kejayaan, yakni hasil setelah anda berpenat lelah mengejar sebuah kejayaan dalam pelajaran. Tetapi cinta itu adalah ibarat setitis racun yang akan menghancurkan anda secara perlahan-lahan. Akhirnya anda jatuh tersungkur dan tidak mampu untuk bangkit kembali. Ayuh anak didikku, kejarlah cita-citamu sehingga  membuahkan hasil. Dan lupakan dahulu soal percintaanmu agar dirimu tidak tenggelam hanyut yang akhirnya lemas tanpa nisan. 


Hidup baru setahun jagung, dah fikir pasal cinta..mungkin itu ungkapan terbaik yang sepatutnya diungkapkan di depan pelajar-pelajar sekolah yang sedang hanyut bercinta di waktu ini. Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini semakin membarah dalam kalangan pelajar hari ini. Baru-baru ini juga...beberapa orang pelajar dipindahkan ke MRSM lain kerana bahana  cinta... Yang terlibat pula pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan juga PMR...Walaupun dipindahkan namun, masih tidak serik dan menyesal malah semakin kuat pula ikatan itu....Emmmmm...begitulah bahayanya penangan cinta! Tambahan pula penggunaan telefon bimbit di sekolah menyebabkan masalah ini semakin membarah...Apabila guru sedang mengajar...tangan dengan cekapnya bermain mesej... mata elok memandang guru menembusi papan putih...

Kenapa ini berlaku ?

Tentunya banyak faktor yang melingkarinya. Namun, faktor rakan, keluarga dan media sangat berperanan dalam menggalakkan budaya cinta di sekolah semakin subur.

Untuk Apa mereka bercinta?


Tiada lain, kebanyakannya kerana ingin merasai nikmatnya bercinta. Mereka ini sebenarnya sekadar suka-suka. Masa bercinta, kononnya ingin sehidup semati. Berjanji akan bermati-matian mempertahankan cinta dan tiada siapa dapat menghalang cinta sejati mereka itu. Tetapi malangnya tidak sampai sebulan sudah putus. Sebenarnya mereka itu hanya layak digelar cinta monyet, cinta yang diibaratkan hangat-hangat tahi ayam. Ataupun lebih 'sedap' lagi bunyinya mereka itu cintanya selayaknya digelar hangat-hangat tahi kucing, baunya kuat tetapi tidak berfaedah kepada sesiapapun. Hanya mendatangkan derita kepada si pembaunya.

 Cukuplah!

Cukuplah anak-anakku. Jangan kamu membuang masa dengan cinta yang hanya akan merosakkanmu dan masa depanmu. Cinta akan melalaikanmu, menjadikan kamu hanyut dengan dunia ciptaanmu sendiri. Telah ramai yang rosak disebabkan cinta dan telah ramai juga yang hancur masa depannya kerana cinta pada waktu sekolah..



Beringatlah sebelum terlambat.

Satu sahaja pesan saya buat kamu yang bergelar pelajar ini, sekarang bukan masanya untuk kamu bersusah payah memikirkan cinta. Sekarang adalah masa untuk kamu memenuhi impian kamu dan kedua-dua orang tuamu. Apakah itu? Tiada lain melainkan kejayaan dalam pelajaranmu. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, eloklah dipastikan kamu berada di landasan yang sebenarnya iaitu ke sekolah untuk belajar dan mengejar cita-citamu..Bukan mencari cinta, kekasih hati atau ''. Menyesallah dahulu sebelum terlambat...Masih ada masa untuk berubah,