Isnin, 30 April 2012

selamat hari pekerja



Buat semua rakan sekerja, saya mengambil peluang ini  untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA. Semoga rakan semua akan lebih bahagia dan cemerlang di dalam bidang masing-masing. Saya mengharapkan agar semua rakan sekerja akan lebih memahami fungsi masing-masing dalam menentukan hala tuju negara Malaysia yang kita sayangi ini. Sesungguhnya pekerjaan yang paling mulia ialah pekerjaan yang halal tidak kira apapun profesion kita."Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi"

“Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda.”

Sabtu, 28 April 2012

Piramid bacaan


Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu? Maknanya, Erasmus mengutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Masyarakat hari ini banyak membelanjakan duit untuk keperluan-keperluan yang tidak penting. Bukan tidak ada duit untuk membeli buku.  Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Langkah kerajaan mengadakan pesta Buku Antarabangsa sangat bertepatan kepada masyarakat. dalam memupuk minat membaca. Sekali lagi pada tahun ini saya tidak mempunyai peluang untuk pergi ke pesta tersebut walaupun pihak maktab menyediakan rombongan ke sana pada 2 Mei ini.Memang berkeinginan untuk pergi namun, mengenangkan anak-anak terpaksalah menangguhkannya ...

Saya agak tertarik dengan Piramid Bacaan ini... satu muhasabah yang sangat bermakna buat kita semua. Ya.. betullah.. memang kita seorang yang suka membaca.. Namun, seimbangkah bahan bacaan yang kita baca itu? Memang benar, kita perlu membanyakkan membaca Al-Quran kerana beribu kisah dan pengetahuan yang terkandung dalamnya. Saat ini ada pelbagai jenis Al-Quran yang berada di pasaran..


Al-Quran digital


Mushaf Al-Quran Tajwid berwarna

Al-Quran Wanita - Mushaf Fathimah
 Name Miracle Quran

 Oleh itu, sama-samalah kita memperuntukkan masa untuk membaca Al-Quran dan menyeimbangkan bahan bacaan kita.

Tahukah anda? .. berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Hal ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Semoga usaha kerajaan untuk ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.







The Number One For Me



The Number one for me??? emm, siapa ya??? setiap orang pasti ada meletakkan orang yang paling mereka kasihi di dunia ini. Ada di antara mereka meletakkan tempat itu pada keluarganya, ada juga meletakkannya pada suaminya, malah ada juga meletakkannya pada yang tidak sepatutnya, .. Tapi, tahukah anda siapakah yang paling layak untuk mendapat gelaran  'the one' ini??? pastinya hanyalah Allah S.W.T.

Macam mana pula jikalau kita ingin menjadikan insan yang kita sayang di dunia ini sebagai the number one dalam hati kita, adakah tidak boleh?? Jawapannya, pastilah boleh. tapi haruslah kasih sayang itu diletakkan pada tempat sepatutnya. kalau saya, 'The number one' yang paling layak diletakkan adalah emak saya selepas Allah dan Rasulullah... Sewaktu cuti 3 bulan baru-baru ini emaklah yang banyak membantu dalam menguruskan kami sekeluarga... apabila duduk bertiga di sini terasa sangat kehilangannya.. rindu.... 
Jadi, sementara kita mempunyai ibu..hargailah ia dan sayangilah sepenuh hati kita...

i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day


you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
you know you are the number one for me
oh, oh, number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

the number one for me
the number one for me
the number one for me
oh, oh, number one for me



Rabu, 25 April 2012

Syukur Ya Allah kerana masih mengurniakan kesempatan untuk aku kembali ke bumi Pasir Salak ini. Suasana yang baru bersama orang baru di sisi... Alhamdulillah..hari ini hari ketiga menggalas tugas sebagai ibu tunggal 'sementara'. Terlalu banyak pengalaman baru yang dirasai dan semuanya itu mengajar aku erti realiti kehidupan. Pengorbanan dan kesabaran . Dua perkara itulah yang menjadi tunjang dalam kehidupan aku saat ini.. Kalau tidak kuat, habislah...dan memang pada mulanya aku rasa lemah...  Bukan mudah untuk menjaga dua orang anak yang kecil bersendirian... Memang memerlukan kecekalan yang tinggi.. Ya Allah...kau tabahkan hati ini agar mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini... Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk aku mengharungi cabaran ini..
Alhamdulillah..sesi pengajaran berjalan dengan baik. Gelagat anak-anak di dalam kelas mampu untuk menceriakan hati ini..Walaupun baru memulakan tugas, dan dibebani dengan tanggungjawab yang banyak... alhamdulillah.. Allah permudah segala urusan... 





Rabu, 18 April 2012

gaya berfikir Al-Fateh


Malam ini, saya ingin berkongi kisah kejayaan sahabat saya sewaktu belajar di KISAS dahulu.. Alhamdulillah, sekarang ini telah berjaya menjadi seorang penulis buku dan pelopor kepada gaya berfikir Al-Fateh.. Sebut nama Al-Fateh memang sangat dekat dengan kita. Sultan Muhammad Al-Fateh antara tokoh yang terulung dan terkenal akan kepimpinannya
-
Sultan Muhammad al-Fateh, adalah sebaik-baik pemimpin yang disebut di dalam hadis Rasulullah . Baginda menaiki takhta ketika berumur 19 tahun. Bagindalah merupakan orang yang pertama yang berjaya menawan kota Constantinople walaupun sebelum baginda lagi, banyak percubaan untuk menawan Constantinople, tetapi semuanya tidak berjaya.

Sultan Muhammad al-Fateh sememangnya amat layak untuk dijadikan sebagai idola. Baginda merupakan seorang yang intelek dan penuh bersahsiah. Baginda menguasai pelbagai jenis ilmu sejak kecil lagi. Baginda mendapat pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam ilmu peperangan, baginda menguasai taktik peperangan, memanah, menunggang kuda dan segala aspek ilmu ketenteraan. Di dalam bidang pemerintahan, baginda adalah seorang khalifah yang berjaya membangunkan negara dan rakyat serta matang menangani masalah negara. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Itulah serba sedikit tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Tahniah kepada saudara Syaari Abdul Rahman telah berjaya mengkaji gaya berfikir al-Fateh untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita. Saat ini beliau telah banyak diundang untuk memberi seminar berkenaan modul tersebut.



Temu bualdalam sebuah rancangan di TV Al-Hijrah




Selasa, 17 April 2012

kembali merindu


Seusai membaca kalimah Allah  Maghrib tadi, mataku terpandang rak di sudut ruang tamu.  Maka, terpandanglah dua buah buku yang sudah lama tidak disentuh dan ditatap. Dengan rasa penuh semangat kucapai buku tersebut.


Apabila melihat buku Tatabahasa Dewan..rindu ingin mengasah kemahiran tatabahasaku. Terima kasih Pn. Aina..kerana telah memberi perangsang untuk  kembali menguasai kemahiran tatabahasa. Ditambah pula anak-anak yang rajin menelefon bertanyakan soalan-soalan tatabahasa sebelum ujian pagi tadi. Maklumlah 3 bulan bercuti.. manalah tahu kot..kot..terlupa..Alhamdulillah masih boleh menjawab soalan-soalan itu dan masih lagi kukuh diingatan. Tiba-tiba teringat akan Cikgu Rosnaini (KISAS) , guru yang sangat kukagumi akan kredibilitnya sebagai seorang guru dan juga sebagai guru Bahasa Melayu. Saat ini terlantar di hospital kerana sakit di bahagian hempedu.. Mohon maaf kerana tidak dapat untuk menziarahi cikgu.. kerana kesuntukan masa.. walau apapun semoga Cikgu Rosnaini diberi kekuatan dan akan kembali sembuh. Semoga Allah melindunginya... Amin...


Apabila melihat buku Dirgahayu Bahasa .. tiba-tiba perasaan risau menerjah..sempat ke untuk menghabiskan buku itu sebelum kembali mengajar Selasa depan?..  Oleh itu, masa yang ada ini akan kuhabiskan untuk 'mengkhatamkan' buku Dirgahayu Bahasa dengan ditemani teman yang sentiasa berada di sisi..


 Tidak sabar untuk kembali bersua muka dengan anak-anak di sana.. Rindu untuk mengajar..rindu untuk 'marah-marah' . Sebenarnya bukan marah betul pun.. tapi sekadar selingan..  kalau baik sahaja pun rasa tidak seronok.. hehe.. siapalah yang tidak mengenali Cikgu Eriza..kan? walaupun nampak garang tapi hati baik sebenarnya... Garang itulah yang mendewasakan kita...Bagaimana agaknya perangai anak-anak Tingkatan 1.. Ada ke seperti sahira..ruhana.. wan..Syikin.. dan lain-lain (maaf tak boleh nak tulis semua) ?..  hehe..ramai yang rindu nak belajar dan belajar BM semula... kan ruhana dan yang lain-lain? 

Masa sudah pun berubah.. zaman pun dah berubah..namun, apa yang penting alang-alang menjadi cikgu, sebutir pasir dijadikan intan.. Semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan untuk aku terus mendidik anak bangsa...



Cintailah Manusia kerana Allah

Syukur.. hampir setiap hari hujan.. tambah bahagia apabila hujan waktu malam. Menjadi kebiasaan apabila hujan,  tv memang tidak dipasang takut-takut disambar petir... jadi masa yang ada dipenuhi dengan membaca buku.. cuaca sejuk memang seronok untuk membaca walaupun buku itu setebal kamus dewan. .Alhamdulillah...malam tadi sempat membaca 3 buah buku.. 
 
 Namun, tidak kesemua buku habis dibaca.. cuma buku terbaharu nukilan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. CINTA KERANA ALLAH sahaja yang sempat dihabiskan malam tadi.. sangat bermakna dan memang perlu diimplimentasikan.

Cintailah manusia kerana Allah 

Cinta Allah ialah cinta yang pertama.. bermula daripada alam roh lagi hati kita telah mengenal Allah. Perkenalan itu telah membuahkan cinta. Itulah cinta pertama manusia. Sayangnya, ramai manusia dipisahkan daripada cinta sejati dan hakiki itu sebaik lahir ke dunia. Siapakah yang memisahkan manusia daripada cinta Allah? Persoalan ini menemukan kita dengan hakikat yang menyedihkan. Ibu bapa mereka sendirilah yang kerap kali memisahkan manusia daripada cinta Allah. Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya : Setiap anak Adam dilahirkan suci bersih, ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Ramai ibu bapa tidak meneruskan peranan mengenalkan Allah kepada anak-anaknya. Benih cinta Allah yang sudah ada dalam diri terbiar dan  tidak dibajai. Semakin bertambah usia anak, semakin jauh jarak perpisahan itu. Akhirnya, cinta Allah itu layu dan terkulai. Cinta selain Allah pula yang mengambil alih hati manusia. Oleh itu, apabila cinta itu sudah tersilap langkah, maka tersalah jugalah manusia meletakkan sifat kehambaannya. hidup beralih arah daripada menghambakan diri kepada allah kepada 'menyembah' hawa nafsu. Akibatnya, hidup manusia penuh dengan kejahatan kerana nafsu yang menjadi kecintaannya itulah yang mendorong dirinya kepada kejahatan.
Sehubungan dengan itu, tidak ada jalan lain untuk mewujudkan kebaikan dan ketenangan semula dalam kehidupan melainkan dengan mengembalikan rasa cinta kepada Allah dalam hati manusia. Kenalkan semula manusia kepada Allah, insya-Allah manusia akan mencintai-Nya semula.

Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita mesti merindu?
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?
Oh! bukan, bukan...
Cinta dan rindu sewajarnya
diserahkan kepada Allah.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal justeru
sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya
mencintai dan merindui Allah




Isnin, 16 April 2012

Mansuh PTPTN?



Isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) menjadi isu panas yang telah menggegarkan negara terutama politik negara. Pelbagai pihak termasuk parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri sedang membincangkan isu ini. Persoalan yang timbul apabila ramai yang tidak berpuas hati terhadap  sistem PTPTN yang membebankan masyarakat dan pelajar. Saya pasti setiap orang ada pandangan dan pendapat yang berbeza terhadap PTPTN. Tetapi isu pokok yang sewajibnya menjadi keutamaan adalah Mansuh atau kekalkan PTPTN..
  
Isu pemansuhan PTPTN telah dilontarkan oleh beberapa pihak. Polemik ini bertambah rumit dengan beberapa isu yang berkaitan seperti penyediaan pendidikan percuma, pengurusan kewangan kerajaan, sistem Ujrah yang dilakukan pihak PTPTN dan masa depan pelajar Melayu.

Dalam menangani isu ini, semua pihak seharusnya melakukan perbincangan meja bulat secara intelektual untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang ditekankan dalam Islam. Bagi saya, PTPTN harus dikekalkan dengan penambahbaikan dari sudut sistem dan implimentasi. Keadaan semasa menunjukkan mahasiswa IPT masih memerlukan bantuan sara hidup bagi meneruskan kehidupan mereka sebagai pelajar IPT. Hal ini bertepatan dengan objektif penubuhan PTPTN yang telah diterangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Khalid Nordin.

Dengan adanya PTPTN rakyat yang mendapat tawaran ke universiti tetapi tidak berkemampuan boleh meminta pinjaman mudah alih. Untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan PTPTN, seharusnya  sistem caj perkhidmatan 1% dihapuskan terus dan ditanggung oleh kerajaan sebagai komitmen memberikan kemudahan pinjaman kepada mahasiswa. Hal ini bertepatan dengan sistem pinjaman Islam dan mampu mengurangkan beban mahasiswa apabila mereka tamat pengajian nanti.


Sabtu, 14 April 2012

semarak kasih, secangkir senyuman


Syukur..hujan membasahi bumi lagi... lantas membuatkanku semakin mengingatinya...
Saat ini masa yang sangat bermakna untuk meluangkan masa bersama-sama dengan permata hatiku...hampir 3 bulan menjadi suri rumah sepenuh masa... nikmat yang paling berharga yang telah dikurniakan oleh-Nya..24 jam sentiasa bersama.. rindu.. sayang..kasih.. tidak dapat digambarkan perasaan di hati ini. Namun, tinggal seminggu sahaja lagi masa seumpama ini bakal dilalui...sedih? sangat sedih kerana akan berpisah nanti.. namun, kata-kata peransang daripada seorang teman, membuatkan aku lebih bersedia dan bersemangat untuk memulakan tugas dan tanggungjawabku kembali...
Bukan mudah untuk mendidik anak bersendirian nanti..Ya Allah Kau kurniakanlah kekuatan dalam diriku agar aku mampu untuk menggalas tugas ini.. Buat permata hatiku...kalian bakal menjadi pengubat di saat suka dan duka... Terima kasih atas segalanya.
 
Ummi sayang Aiman dan Aisya 




Anakku,Kamu adalah hamba, kau mulakanlah hidupan dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini lahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu.



Jumaat, 13 April 2012

anugerah nasyeed.com




Apa khabar iman? apa khabar hati? apa khabar jiwa? semoga Allah akan terus menguatkan hati ini dalam mencari keredaan-Mu..

Seminggu tidak menjengah blog... rindu..rindu mahu mencari santapan hati yang sudah lama tidak terisi... alhamdulillah malam tadi sambil-sambil menonton anugerah nasyid dapat juga meluangkan masa untuk mencari pengubat hati ... tenang... Namun, di sebalik ketenangan itu, rasa geram juga di hati apabila melihat rancangan anugerah nasyid. com itu.. Walau apapun tahniah kepada TV Al-Hijrah kerana buat pertama kalinya diadakan rancangan seperti itu untuk mengangkat irama nasyid ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat tempat di hati masyarakat. Apa yang dikesalkan ialah apabila penyampai anugerah digandingkan bersama antara lelaki dan perempuan. Nampak molek dah yang perempuan bertudung, tapi yang tak sedapnya apabila jarak antara penyampai lelaki dan perempuan terlalu dekat sehingga hampir bersentuhan bahu dan lengan secara tidak sengaja. Mungkin ramai yang tidak perasan.. begitu juga dengan pengacaranya...Kalau dilihat tidak ada bezanya dengan anugerah bintang popular... cuma yang membezakan adalah pakaiannya yang lebih sopan... Rasanya tidak menjadi masalah sekiranya penyampai anugerah itu diasingkan jantina.. lebih selesa dan nampak agak sopan. Mohon maaf..sekiranya kata-kata ini menyinggung mana-mana pihak..  Walau bagaimanapun.. tahniah kepada semua yang menang dan semoga rancangan-rancangan seperti ini akan terus diadakan . 

KATEGORI NASYEED CINTA

  1. Cuba Berikan – Ammar Hamdan
  2. Kerana Cinta – Mestica & Inteam
  3. Lagu Cinta – Varianz
  4. Saat Lafaz Sakinah – Far East
  5. Setia Seorang Isteri – Wildan

KATEGORI NASYEED AMAR

  1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees
  2. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
  3. Menuju Wawasan – UNIC
  4. Patah Hati – Saujana
  5. Syahadah – Rabbani

KATEGORI NASYEED MUNAJAT

  1. Layar Keinsafan – Mestica
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Menanti Di Barzakh – Far East
  4. Pergilah Dunia – Varianz
  5. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal

KATEGORI NASYEED PERJUANGAN

  1. Kembali Gemilang – Mestica
  2. Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
  3. Inikah Petanda – Rabbani
  4. Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  5. Mungkinkah – Asyraf

KATEGORI NASYEED SIRAH

  1. Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
  2. Sumayyah – Hijjaz
  3. Balqis – UNIC
  4. Ansar Muhajirin – Mu’adz
  5. Bilal Bin Rabah – All One

KATEGORI NASYEED SELAWAT

  1. Binnabil Huda – UNIC
  2. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Insan Terulung – R-iF
  5. Nur Muhammad – Inteam & UNIC

 KATEGORI LAGU TERBAIK

  1. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
  2. Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
  4. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
  5. Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
  6. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)

KATEGORI MUZIK TERBAIK

  1. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Jauh – Mirwana
  5. Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy

KATEGORI VOKAL TERBAIK

  1. Mahabbah – Rabbani
  2. Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  4. Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
  5. Nurul Iman – Rabbani

KATEGORI LIRIK TERBAIK

  1. Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
  2. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
  3. Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
  4. Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
  5. Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)

KATEGORI VIDEO KLIP TERBAIK

  1. Patah Hati – Saujana
  2. Jauh – Mirwana
  3. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
  4. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  5. Layar Keinsafan – Mestica

ANUGERAH KHAS KHALIFAH NASYEED

Al-Fadhil Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin – antara orang kuat kumpulan Nada Murni (bersama Allahyarham Ustaz Asri Rabbani + Hijjaz) suatu masa dahulu

ANUGERAH JUARA CARTA NASYEED.COM

Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart




Jumaat, 6 April 2012

KUAT

Sejak akhir-akhir ini cepat benar terasa penat. Rasanya kena makan supplement atau vitamin banyak-banyak sikit. Nampak saja macam kuat, tapi baru saya sedar, yang saya ini hakikatnya lemah. Sungguh-sungguh.

Makan kena jaga. Bersenam kena selalu. Sakit, cepat-cepat pergi ke klinik. Makan pun ikut rasa hati. Kalau hati kata makan, barulah nak makan. Buatnya sekali scan, dapat penyakit yang berbahaya....
Ya Allah, naudzubillah.

Cepat letih, sedangkan masa muda macam sekarang, tak seharusnya macam ini. Lemah..dan tak bertenaga.

Kewajipan saja semakin bertambah dari hari ke hari. Masa yang ada harusnya diperuntukkan semaksimum mungkin. Kuat dan bertenaga sepanjang hari. Kalau boleh dari pagi sampai ke malam, kekal bertenaga. Siang bagai singa kelaparan. Malam bagai rahib dengan Tuhan-Nya.

Allahhu Allah..

Ini tidak. Buat kerja sikit, dah mengeluh letih. Diberi bebanan sikit, dah mengaduh nak rehat.

Sebab tu, baru tersedar, pentingnya tubuh badan yang sihat. Cergas sepanjang masa. Tenaga yang ada biar diinfakkan pada kerja-kerja berfaedah tentunya. Sebab tujuan hidup ini, tak lain tak bukan hanya dua saja tujuan utama. Pertama, sebagai hamba Allah, dan beribadah kepadaNya. (Adz-Zariyat: 56) Kedua, memakmurkan bumi Allah, sebagai khalifah atas muka bumi. (Al-Baqarah:30)

Maka, masa yang optimum, sepatutnya hanya untuk dua tugas utama ini. Lain-lain yang menyimpang tertolak ke tepi.

Dulu, saya hanya faham sekali imbas saja, bahawa antara empat perkara yang akan mula-mula ditanya, adalah MASA MUDAnya, ke mana dimanfaatkan?
Sekarang, apabila difikir-fikir, rasa takut. Sebab saya macam tak buat apa-apa pun untuk ISLAM!

Ya Allah..

Dan sekarang.. baru sedar sikit-sikit. Sedang belajar mengurus masa seoptimum mungkin. Ya, diakui. Bab pengurusan masa antara titik terlemah dalam hidup saya. Sangat-sangat.

Huu.

Mohon Allah selalu rendah dan bukakan hati untuk sentiasa belajar. Lapangkan dada. Tenangkan jiwa. Dan..beri tubuh badan yang sihat, cergas sepanjang masa. Kuat jasmani dan rohani untuk terus memperbaiki diri, tanpa henti. Sampai mati!

Subhanallah.
Amin.

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: “Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: “Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaanNya Dia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.”

(Hadis Riwayat Muslim)