Selasa, 8 November 2011

Ibadah Korban dipertikaikan...


Malam tadi berkesempatan untuk menonton buletin utama...agak terkejut apabila mendengar isu yang dibangkitkan..Jangan Persoalan Ibadah Korban... Selama ini kita tidak pernah mendengar isu ini dibangkitkan oleh mana-mana badan secara terang-terangan, namun kali ini mereka berani menyuarakannya... mungkin atas DASAR keterbukaan kita sekarang ini.. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mula mempersoalkan tempat korban dijalankan. Mereka tidak membenarkan ibadah tersebut dilakukan di kawasan lapang sekolah dan tempat lapangan awam.



Siapa mereka?
Selama hari ini kita hidup dalam perlbagai kaum dan budaya serta memahami ritual keagamaan kaum masing-masing, kita (orang melayu) tidak pernah mempersoalkan dan mempertikaikan ibadah dan keagamaan mereka.

Tetapi hari ini mereka berani mempersoalkan ibadah korban yang sudah bertahun tahun kita amalkan dan hal ini juga sebuah tuntutan agama untuk masyarakat Islam.

Ini soal keagamaan, sensitiviti orang islam begitu mudah tersentuh jika dibangkitkan soal ini. Begitu juga dengan kaum lain, mereka juga akan tersentuh jika soal keagamaan mereka di persoalkan.


Berikut petikan daripada berita tersebut.

Jangan persoalkan amalan umat Islam, termasuk ibadah korban - yang sekian lama dilakukan di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jika umat Islam boleh menghormati amalan agama lain - kenapa isu berkenaan perlu dibangkitkan.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Kita di Malaysia sudah amalkan amalan saling menghormati. Kalau Islam membolehkan, kalau individu tak boleh, takpela. Macam orang Islam tak boleh makan babi. Orang lain makan takpelah. Kita takde gaduh persoal itu dah. Jadi kenapa hal sebegini dibangkitkan. Saya tak fikir perlu. Janganlah menyentuh hal2 sebegini. Apa lagi pihak tu bukan beragama Islam. Mungkin dia tak memahami ataupun sengaja buat begitu supaya timbul satu masalah baru".

Tan Sri Muhyiddin mengulas kenyataan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, MCCBCHST, yang mempersoalkan penggunaan sekolah dan tempat awam bagi ibadah korban baru-baru ini.
Menurutnya, isu itu tidak perlu dibangkitkan kerana kebenaran sudah diberikan bagi tujuan ibadah berkenaan.

Laukana Bainana..


Nama lagu ni 'Lau Kana Bainana' yang membawa maksud andai Nabi bersama kita....lirik lagu ni sangat menyentuh....diikuti dengan gubahan rentak yang sayu....penuh pengharapan.... kalau dipejam mata sambil hayati biat-bait lagu ni pasti mengalirkan air mata sesiapa saja yang cinta akan Nabi Muhammad SAW...
wajib bagi kita yang muslim ini untuk mencintai Nabi SAW...sesuai dengan firman Allah;

"Jika kalian mencitai Allah, maka ikutlah aku..." -ali Imran, 31

Realiti kita ni masih kurang dan amat jauh mencintai Nabi...sekiranya kita ini betul-betul mencintai Nabi, pasti kita akan ikut sunnahnya.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan hati kita ini dengan mencintai Baginda SAW....kerana rasa itu saja yang dapat melumpuhkan sifat cinta akan dunia dan takutkan mati dalam hati kita....
Ya..benar.....mencintai bukan setakat  menyebut saja....buktikan dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan Allah....



Isnin, 7 November 2011

MENCARI KETENANGAN HATI


allhamdulillah..syukur kehadrat Ilahi kerana telah memberi ketenangan dalam diri saya tika ini,saya berharap ketenangan ini akan kekal dalam diri ini …Lama tak membaca artikel ustaz pahrol... hari ini dapat meluangkan masa untuk menambah ilmu yang ada... Apabila membaca artikel ustaz pahrol hati ini akan terasa damai..tenang.. hasil tulisannnya sering mendapat perhatian daripada pembaca..Kata zauji, setiap penyampaian ustaz pahrol ada 3 aspek yang dilakukannya agar penyampaiannya berkesan...cuma tak ingat apa 3 aspek itu... Namun, apabila membaca hasil tulisannya sering menusuk ke hati dan jiwa para pembaca.. Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan segala pengisian yang disampaikan olehnya...

tibanya musim peperiksaan..

Alhamdulillah...masih diberikan kekuatan untuk meneruskan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t.... Salam Aidiladha buat semua kaum muslimin dan muslimat.. Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Hanya dengan bertakwa seseorang itu dapat memelihara dirinya daripada perbuatan lalai dan sia-sia serta melahirkan budi pekerti yang mulia. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang taat hingga keakhir usia. Amin...

Hari ini kelas P&P sudah berakhir... dan anak-anak pelajar Tingkatan 1,2 & 4 sudah mula berjuang di medan peperiksaan...Semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh para guru dapat dimanfaatkan dalam peperiksaan nanti.. Teruskan berusaha ... dan perkara yang paling penting jangan lupa pergantungan kita dengan Allah s.w.t...
Bagi pelajar tingkatan 5 saat ini semakin genting.. dan gigih untuk melakukan pecutan terakhir dan membuat persediaan secukupnya sebelum menghadapi peperiksaan pada 14 November 2011 nanti... Guru-guru juga turut sama berjuang demi memastikan anak-anak dapat membuat persediaan yang secukupnya bagi mencapai sasaran yang terbaik...Semoga segala uasaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t...



Rabu, 2 November 2011

Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia 2011

Alhamdulillah.. masih diberi nikmat untuk meneruskan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa... Minggu ini minggu terakhir sesi P&P... Minggu hadapan bermulanya musim peperiksaan.. Semoga pelajar-pelajar dapat membuat persediaan yang secukupnya untuk menempuh peperiksaan nanti.. Bagi pelajar Tingkatan 3 yang sedang dibuai keseronokan di luar sana... dicadangkan dapat mengisi masa lapang dengan menulis esei... Di damping dapat memperkukuh bahasa, menjana idea, boleh juga mengasah bakat menjadi seorang penulis yang hebat. Seandainya ada rezeki, mana tahu boleh mendapat sagu hati daripada penulisan kita itu.. Tiba-tiba teringat akan anak didikku Sahira, Saufi, yang rajin menulis esei integriti sebelum ini dan alhamdulillah...dapat juga hadiah sagu hati menambah duit poket dan juga sijil... Sebenarnya terlalu banyak faedah apabila kita menceburi bidang penulisan ini... Kita akan teroka banyak ilmu dan pengalaman...
Oleh itu, manfaatkanlah masa dengan sebaiknya...

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada menganjurkan Pertandingan Menulis Esei 1Malaysia 2011. Sehubungan dengan itu, semua murid sekolah menengah dijemput menyertainya. Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 30 November 2011. Syarat-syarat pertandingan, borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh dimuat turun di laman sesawang,
www.jkkn.gov.my, www.moe.gov.my, dan www.dbp.gov.my.