Rabu, 28 Disember 2011

Kenangan Terindah

Khamis (29 Dis 2011)

Cepatnya masa berlalu..hari ini hari terakhir berada di Sungai Petani... Petang ini akan berangkat ke Penang pula untuk bercuti di sana sehingga esok... Lama tak berjumpa adik2 dan mak angkat di sana... Semoga selamat sampai di sana Insya-Allah... Mungkin hari ini hari terakhir diberi kesempatan untuk menulis sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun hadapan. Alhamdulillah cuti sekolah tahun ini dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tercinta.. Aisya Humaira' seronok dapat bersama abinya sentiasa... Maklumlah jarang-jarang berjumpa... lepas ini terpaksa berpisah kembali... Tahun hadapan masuk tahun ke-3 mengharungi kehidupan perkahwinan PJJ... Tak pastilah sampai bila kehidupan begini..belum ada rezeki untuk hidup bersama...Kita merancang Allah juga merancang dan dia yang menentukannya..Semoga hubungan ini dilindungi oleh Allah.s.w.t...

Saat-saat terindah
di Cameron Highlands
Buat pertama kalinya aisya mandi sungai...dan sudah pastinya kenangan dulu mekar kembali

di Hotel Harvard Sg. Petani
Semoga ikatan yang terbina akan terus mekar


Di sebalik rasa sedih

Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri,Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah, Apabila menangis tiada siapa yg tahu. Walau siapapun kita,dimana kita berada,langit tetap dijunjung,tanah tetap dipijak,Selagi kita hidup,langkah mesti diteruskan,Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk Allah yg sedang diuji oleh-NYA.


ketahuilah di sebalik rasa sedih ini,sebenarnya Allah bakal memberikan kegembiraan kepada kita dan di sebalik kekecewaan itu Allah bakal memberikan harapan yang lebih baik kepada kita,kerana kesedihan dan kekecewaan tak bermaksud kasih sayang Allah telah padam untuk kehidupan kita.  Bahkan terus bersama kita.Cuma bagaimana kita cuba untuk menerima ketentuan dan memahami erti hidup ini.

Masa semakin pantas berlalu


Hari ini hari ketiga berada di hotel Harvard Sg. Petani.. Cuaca yang agak dingin membuatkan aku semakin khusyuk membaca buku-buku yang ada.. Harini agak sepi tanpa orang yang menemani di sisi...
Sedar tak sedar rupanya tinggal 6 hari lagi sahaja lagi akan kembali bertugas dan meneruskan kehidupan sebagai seorang pendidik. Banyak persiapan perlu dilakukan sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru. Tahun hadapan bermulanya episod kehidupan yang baru... Walaupun cuma sekadar mengajar dalam tempoh sebulan kemudian bercuti kembali dalam jangka masa yang agak lama, namun semuanya memerlukan komitmen yang tinggi.
Buat pertama kalinya, setelah lama melaksanakan tanggungjawab mendidik pelajar-pelajar Ting.3, akhirnya tanggungjawab itu dilepaskan demi memberi komitmen pula untuk mendidik pelajar Ting. 5 di samping pelajar Ting 1 dan 2. ..Terasa kehilangan sesuatu apabila tidak mengajar Tingkatan 3 rasanya...
Rasanya belum puas untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang dan mengekalkan kejayaan tersebut.. Tapi aku yakin , rakan-rakanku yang lain mampu untuk meneruskan kecemerlangan itu...
Agak lucu juga nak mengajar Tingkatan 1 kembali... Teringat zaman anak-anak batch 2007 sahira, amalina, ruhana, wan dan lain-lain waktu mereka tingkatan 1. Mesti jauh berbeza zaman mereka dengan zaman anak-anak sekarang... Selalu juga mendengar rintihan rakan-rakan seperjuangan "Pelajar Ting. 1 sekarang tak sama macam dulu Eriza.. Sukar nak dengar cakap...nakal...dan suka melawan" itulah yang selalu diluahkan oleh rakan-rakan guru.. tak tahulah mereka macam mana nanti...Namun, apa yang penting ialah tugas untuk menjadikan mereka daripada sebutir pasir menjadi sebutir intan....
terfikir juga... macam mana nak mengajar Ting 1 ye nanti... takut-takut terikut level Ting. 3 pula... tapi ok juga..supaya mereka jadi matang... selalu dera pelajar Ting 3 untuk menulis karangan ikut level Ting. 5.. jadi Tingkatan 1 ikut level Ting. 3... hehehhe..

Selasa, 27 Disember 2011

Perbandingan kedudukan ranking PMR 2011



Ranking MRSM PMR 2011

1.GEMENCHEH (1.0204)
2.PASIR TUMBOH (1.0210)
3.KUALA KUBU BHARU (1.0238)
4.TUN ABDUL RAZAK (1.0248)
5.PASIR SALAK (1.0313)
6.LENGGONG (1.0341)
7.TERENDAK (1.0380)
8.GERIK (1.0385)
9.SERTING (1.0408)
10.KUALA KLAWANG (1.0414)
11.KUALA TERENGGANU (1.0420)
12.MUADZAM SHAH (1.0461)
13.BESERI (1.0479)
14.TRANSKRIAN (1.0479)
15.KUBANG PASU (1.0489)
16.BATU PAHAT (1.0490)
17.BALIK PULAU (1.0494)
18.LANGKAWI (1.0508)
19.PENDANG (1.0511)
20.PDRM KULIM (1.0533)
21.PONTIAN (1.0534)
22.MERSING (1.0626)
23.KEPALA BATAS (1.0631)
24.KOTA KINABALU (1.0658)
25.KUANTAN (1.0661)
26.KUALA BERANG (1.0691)
27.FELDA (1.0708)
28.PENGKALAN HULU (1.0748)
29.ALOR GAJAH (1.0748)
30.KUALA LIPIS (1.0748)
31.KUALA KRAI (1.0774)
32.MERBOK (1.0811)
33.KUCHING (1.0817)
34.KOTA PUTRA (1.0833)
35.BESUT (1.1066)
36.JELI (1.1174)
37.TAWAU (1.1252)
38.BETONG (1.1263)
39.MUAR (1.1563)

Rangking SBP PMR 2011
1.SM SAINS HULU SELANGOR (1.0054)
2.SM SAINS TENGKU MUHD FARIS PETRA (1.0139)
3.SM SAINS TELUK INTAN (1.0191)
4.KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.0196)
5.SM SAINS KUALA SELANGOR (1.02)
6.SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.0203)
7.SM SAINS JOHOR (1.0233)
8.SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
9.SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
10.SM SAINS SELANGOR (1.0263)
11.THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
12.SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
13.SEKOLAH SERI PUTERI (1.0279)
14.SM SAINS POKOK SENA (1.0279)
15.SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
16.SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327)
17.SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
18.SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
19.SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
20.SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
21.SM SAINS MACHANG (1.0411)
22.SM SAINS MIRI (1.0439)
23.SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0499)
24.SM SAINS PASIR PUTEH (1.054)
25.SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.0549)
26.SM SAINS BAGAN DATOH (1.0582)
27.SM SAINS TUANKU JA`AFAR (1.0627)
28.SBP INTEGRASI SABAK BERNAM (1.0678)
29.SM SAINS KOTA TINGGI (1.07)
30.SBP INTEGRASI SELANDAR (1.0724)
31.SM SAINS REMBAU (1.0727)
32.SM SAINS KEPALA BATAS (1.0746)
33.SM SAINS LAHAD DATU (1.0759)
34.SBP INTERGRASI TEMERLOH (1.0761)
35.SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU (1.0817)
36.SM SAINS LABUAN (1.0829)
37.SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH (1.0893)
38.SBP INTEGRASI JEMPOL (1.0939)
39.SM SAINS KUBANG PASU (1.096)
40.SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (1.1007)
41.SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1.1014)
42.SBP INTEGRASI RAWANG (1.1084)
43.SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG (1.113)
44.SM SAINS KUCHING (1.1258)
45.SM SAINS SABAH (1.1282)
46.SBP INTERGRASI BATU RAKIT (1.1447)
47.SBP INTEGRASI GOPENG (1.1464)
48.SBP INTEGRASI KUBANG PASU (1.149)
49.SM SAINS SULTAN ISKANDAR (1.1518)
50.SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK (1.155)
51.SBP INTEGRASI KUANTAN (1.1824)
52.SM SAINS DUNGUN (1.1952)

Lama menyepi..



Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini... Syukur ya Allah atas kurniaan ini.. sesungguhnya Engkaulah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang... Alhamdulillah...diberi kesempatan waktu untuk mencoretkan sesuatu...terlalu lama rasanya menyepi di arena ini... rindu..namun ..tidak punya kesempatan... Terlalu banyak perkara yang ingin dikongsikan... Saat ini..sedang menemani zauji mengadakan program Fitrah Perkasa  di Hotel Harvard Sg. Petani, Kedah... Perjalanan yang mengambil masa agak lama dari Jerantut ke sini... hampir 10 jam berada di dalam kereta..terasa kepenatan yang amat...namun terpaksa menggagahkan diri saat sedang sarat mengandung sambil memangku aisya humaira yang tidak pernah duduk diam sepanjang perjalanan... namun semuanya memberi pengertian yang penuh bermakna saat bersama orang-orang tersayang... Dari Jerantut ke Sg. Koyan kemudian ke cameron Hinghlads terus ke Sg. Petani.. fuh..terlalu penat sehingga hilang penat..

Pagi tadi sempat untuk seketika menemani zauji memberi pengisian  bersama Faber-medic ... terasa rindu sangat dengan program-program islamic..rindu untuk mengisi hati dengan ilmu-ilmu Allah... terasa damai saja apabila berada di dalam dewan..namun, suara riang aisya di dalam dewan menyebabkan niatku terbantut... balik ke hotel beristirahat menghilangkan kepenatan.