Selasa, 30 Oktober 2012

Debaran semakin terasa



Syukur masih diberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini. Tinggal 4 hari sahaja lagi debaran menanti... SPM akan tiba... pelbagai persediaan telah dilakukan oleh semua guru untuk memastikan anak-anak mereka bersedia untuk menempuh di medan perjuangan. Namun, dalam sedang bertungkus-lumus, masih terdapat pelajar yang masih tidak mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk memanfaatkan masa yang ada dengan semaksimum mungkin. Masih berada dalam zon yang senang, zon yang selesa . Tidak nampak kesungguhan mereka untuk datang bertanyakan soalan atas inisiatif sendiri.. tidak mahu membuat latihan yang diberikan setelah guru tersebut bersusah payah untuk menyediakannya...Tidak membaca bahan yang diberikan oleh guru setelah guru-guru bertungkus-lumus menyediakannya. Masih mengharapkan usaha guru. Mengharapkan guru untuk menyuapkan segalanya untuk mereka. Sampai bila perkara ini harus berterusan. Bila mereka akan sedar? 

              Banyak perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar hari ini. Pelajar hari ini semuanya mengharapkan usaha guru untuk menyiapkan segalanya kepada mereka. Mereka mengharapkan guru-guru menyediakan semua nota, menyediakan koleksi soalan, menyediakan analisis  soalan dan pelbagai lagi. Ubahlah sikap itu para pelajar!!!...  sampai bila harus mengharapkan semuanya daripada guru?Seharusnya kita sendiri yang mencarinya , berusaha sendiri dan tidak mengharapkan guru 100%. Guru sebagai fasilitator, sebagai pembimbing.

              Tadi apabila duduk makan bersembang dengan guru-guru lain, rata-rata menyatakan perasaan sedih melihat sikap pelajar yang masih tidak mahu berubah. Satu perkara yang agak serius dibincangkan apabila pengetua menyatakan bahawa terdapat beberapa pensyarah di UPM menyatakan pelajar mereka datang meminta nota daripada pensyarah. Bukannya pelajar mencatat nota yang disampaikan oleh pensyarah. Budaya mengharapkan guru memberi sudah menular di Universiti... Pelajar mengharapkan pensyarah memberi semuanya...Bukannya pelajar berusaha sendiri untuk mendapatkan ilmu itu. Seharusnya perkara ini perlu dibendung agar mampu untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mampu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

          Hal ini mungkin berbeza di MRSM PKP yang kebanyakan pelajar di situ berpusatkan "Student centered" . Pelajar yang mencari sendiri maklumat dan ilmu tersebut. Pelajar yang berusaha sendiri.. Kejayaan pelajar di sana merupakan hasil pelajar sendiri, namun, kejayaan pelajar di kebanyakan MRSM adalah berpunca daripada gurunya bukan muridnya...Maaf,itulah yang boleh dikatakan. 

          Pengalaman belajar di Kolej Sultan Alam Shah sangat bermakna dan banyak mematangkan diri ini. Setiap saat yang ada sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Tidak sempat untuk membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Masa yang terluang diisi dengan membaca dan melakukan aktiviti kerohanian. Pelajar membuat kumpulan belajar sendiri, bertukar-tukar soalan dengan pelajar sekolah-sekolah lain.. mendapatkan nota sendiri dan bertukar-tukar antara satu sama lain.. Guru bertindak sebagai fasilitator... pembimbing sahaja... Mudahnya menjadi guru pada saat itu.... 
  
         Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah.....

         

Isnin, 29 Oktober 2012

Majlis Graduasi MRSM Pasir Salak Kali Ke-9


Majlis Graduasi MRSM Pasir Salak Ke-9 telah berlangsung pada 24 OKtober 2012 dan telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Hussein Hj. Ahmad Felo Penyelidik Kanan UM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan mencapai keputusan yang cemerlang. Sesungguhnya ini merupakan detik bersejarah dan penuh bermakna  yang bakal menentukan kejayaaan dan perjuangan para graduan dalam bidang pendidikan dan kerjaya kelak. Kejayaan ini merupakan hasil penggemblengan usaha pelbagai pihak. Dorongan dan restu daripada ibu bapa diiringi usaha guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat dan jemu menjadi rencah utama kejayaan ini. Maka, tanggungjawab para graduan untuk memikul amanah sebagai anak bangsa yang kelak menjadi nadi penggerak kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan.
 
Sekitar Majlis Graduasi Kali Ke-9
 


 ANUGERAH TOKOH PELAJAR 

TINGKATAN 5      
MUHAMMAD FAYYADH BIN MD AMIN
FATIN FASIHAH BT. MOHAMAD IKHSAN

TINGKATAN 3
MUHAMMAD NAJMI AQIL BIN LUQMAN
NADIYA SAUSAN BT. ZAINAL ABIDIN


ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI
TINGKATAN 5
MASRIHAN BIN ABU HASSAN
NAJIHAH BT. ROSLEE

TINGKATAN 3
AHMAD IZMAN BIN AHMAD RADZI
ASNA KHALIDAH BT. MOHD SHOBRI


ANUGERAH TERBAIK KOKURIKULUM
TINGKATAN 5
MOHAMAD NAZRUL FAHMI BIN RAMLEE
NURDIYANA NADHIRAH BT. MUHAMMAD NOR RASHID

TINGKATAN 3
ALIF AZIZI BIN SUBARDI
NOR SHAFFILZA BT. MOHD KAMIL



ANUGERAH TERBAIK KEPIMPINAN
TINGKATAN 5
MUHAMMAD FAYYADH BIN MD AMIN
AIMI KHAIRUNNISA BT. KAMALUDDIN

TINGKATAN 3
RAFIQ HARIRI BIN YAHYA
                                      WAN NUR FATIMAH BT. MIOR AZIZUDDIN
 

 







Isnin, 22 Oktober 2012

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN DAN PELANCARAN LAMAN ILMU/ LETTERS LANE


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan pada 22 Oktober 2012 dan dimulakan dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang di Ruang Legar antara Jabatan Bahasa dengan Jabatan Matematik. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengetua HEA, Timbalan Pengetua HEP dan Timbalan Kokurikulum. Selesai  acara penyampaian hadiah para guru dan pelajar melihat pameran yang memaparkan hasil kerja para pelajar sepanjang menjalankan aktiviti Sambutan Bulan Bahasa.



.Pameran Bulan Bahasa ini
berlangsung selama dua hari
bermula 22—23 Oktober 2012 
(Isnin—Selasa) .
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang.  Terima kasih
diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan aktiviti bersempena
Program Bulan Bahasa Kebangsaan


PELANCARAN LETTERS LANE

Pelancaran Laman Ilmu / Letters Lane berlangsung  di depan pintu masuk  Jabatan Bahasa. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh En. Razali Bin Mat Junus. Selesai acara pelancaran ini para pelajar boleh memanfaatkan Laman Ilmu / Letters Lane ini semaksimum mungkin.  Pelajar boleh membaca bahan yang ada secara santai  dan boleh meminjam buku yang terdapat di Laman Ilmu / Letters Lane ini.  Bahan bacaan yang terdapat di Laman Ilmu / Letters Lane terdiri daripada bahan bacaan ilmiah, dan majalah. Laman ini diwujudkan sebagai medan untuk para pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengisi masa senggang pelajar.  Waktu Laman Ilmu / Letters Lane ini boleh digunakan adalah pada :

ISNIN—JUMAAT     7.30 PAGI—6.30 PETANG    
SABTU—AHAD   10.00 PAGI—6.00 PETANG




Ahad, 21 Oktober 2012

Sambutan Bulan Bahasa MRSM Pasir Salak 2012




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…… Salam Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara

 Alhamdulillah, terlebih dahulu ,marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya,kita dapat menjayakan program Bulan Bahasa Kebangsaan 2012.Sesungguhnya program ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam usaha kita untuk menyemarakkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam segenap lapisan masyarakat di negara kita.

                 Bulan Bahasa Kebangsaan yang kita raikan saban tahun bukan sekadar satu acara tahunan.Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi,bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita.Saya katakan satu perjuangan kerana Bahasa Melayu tidak akan berada pada darjat yang semulia ini tanpa perjuangan para pejuang bangsa kita yang terdahulu.

Dengan cara sambutan ini,semangat cinta akan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat 1Malaysia akan terserlah bahkan mendidik mereka mencintai Bahasa Melayu.Bahasa Melayu sebagai bahasa kedamaian jiwa perlu diterapkan dalam kalangan anak pascamerdeka sedari kecil agar mereka mampu untuk membudayakan tanpa sebarang perasaan waham.Pemupukan semangat bahasa Melayu dalam kalangan generasi baharu perlu dilaksanakan secara serius lantaran mereka merupakan pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang bak kata pujangga bestari,melentur buluh biarlah dari  rebungnya. Semoga bahasa Melayu akan terus mekar sepanjang zaman


                                      “BAHASA AKAR WARISAN BANGSA”

 Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.




Sepanjang Program Bulan Bahasa ini pelbagai acara telah dijalankan antaranya mengadakan pertandingan melukis poster, membina kamus KOMSAS mini, mencipta pantun, melukis komik KOMSAS dan Koleksi Wacana Ilmu, Kempen Membaca dan Pelancaran Program Bulan Bahasa dan Pelancaran Laman Ilmu/ Letters Lane. Alhamdulillah, para pelajar dapat memberikan kerjasama dan menjayakan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat MRSM Pasir Salak.

Khamis, 11 Oktober 2012

Analisis Percubaan SPM MRSM 2012






Analisis Peperiksaan Percubaan SPM 2012


BIL
MRSM
GPM
1
PONTIAN
2.551
2
TUN GHAFAR BABA
2.651
3
TAIPING
2.794
4
LANGKAWI
2.902
5
PENGKALAN CHEPA
3.138
6
TUN ABDUL RAZAK
3.353
7
BALING
3.424
8
KUALA BERANG
3.447
9
KUANTAN
3.516
10
MUKAH
3.553
11
BATU PAHAT
3.639
12
PENDANG
3.659
13
KUALA TERENGGANU
3.678
14
ALOR GAJAH
3.707
15
TRANSKRIAN
3.743
16
KEPALA BATAS
3.789
17
TUMPAT
3.820
18
MUAR
3.875
19
PASIR SALAK
3.970
20
JELI
4.039
21
BETONG
4.056
22
PENGKALAN HULU
4.159
23
PDRM
4.166
24
TAWAU
4.170
25
SERTING
4.188
26
GEMENCHEH
4.212
27
TERENDAK
4.236
28
MERBOK
4.261
29
BALIK PULAU
4.272
30
MERSING
4.304
31
FELDA
4.319
32
KUBANG PASU
4.320
33
KOTA KINABALU
4.349
34
BESUT
4.363
35
KOTA PUTRA
4.375
36
LENGGONG
4.429
37
TUN GHAZALI SHAFIE
4.511
38
MUADZAM
4.570
39
KUCHING
4.667
40
KUALA KRAI
4.667
41
BESERI
4.754
42
KUALA KUBU BHARU
4.871