Isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara) menjadi isu panas yang telah menggegarkan negara terutama politik negara. Pelbagai pihak termasuk parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kakitangan kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri sedang membincangkan isu ini. Persoalan yang timbul apabila ramai yang tidak berpuas hati terhadap sistem PTPTN yang membebankan masyarakat dan pelajar. Saya pasti setiap orang ada pandangan dan pendapat yang berbeza terhadap PTPTN. Tetapi isu pokok yang sewajibnya menjadi keutamaan adalah Mansuh atau kekalkan PTPTN..
Isu pemansuhan PTPTN telah dilontarkan oleh beberapa pihak. Polemik ini bertambah rumit dengan beberapa isu yang berkaitan seperti penyediaan pendidikan percuma, pengurusan kewangan kerajaan, sistem Ujrah yang dilakukan pihak PTPTN dan masa depan pelajar Melayu.
Dalam menangani isu ini, semua pihak seharusnya melakukan perbincangan meja bulat secara intelektual untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang ditekankan dalam Islam. Bagi saya, PTPTN harus dikekalkan dengan penambahbaikan dari sudut sistem dan implimentasi. Keadaan semasa menunjukkan mahasiswa IPT masih memerlukan bantuan sara hidup bagi meneruskan kehidupan mereka sebagai pelajar IPT. Hal ini bertepatan dengan objektif penubuhan PTPTN yang telah diterangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Khalid Nordin.
Dengan adanya PTPTN rakyat yang mendapat tawaran ke universiti tetapi tidak berkemampuan boleh meminta pinjaman mudah alih. Untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan PTPTN, seharusnya sistem caj perkhidmatan 1% dihapuskan terus dan ditanggung oleh kerajaan sebagai komitmen memberikan kemudahan pinjaman kepada mahasiswa. Hal ini bertepatan dengan sistem pinjaman Islam dan mampu mengurangkan beban mahasiswa apabila mereka tamat pengajian nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan