Khamis, 29 Julai 2010

Masih ada ruang...


Tanpa disedari...hari ini sudah pun 18 hari kita di bulan Syaaban..Tinggal beberapa hari sahaja lagi bakal menjelang bulan Ramadan... Masih terlalu banyak amalan sunat yang masih belum sempurna diamalkan.. Insya-Allah...sama-sama kita berusaha untuk memperbanyak amalan di bulan Syaaban ini... 

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN.


MEMPERBANYAK PUASA SUNAT...
Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Saidatina Aisyah Ranha berkata yang bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajibkan) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

MELAZIMI BERZIKIR DAN BERDOA
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat al-Tirmizi).

SENTIASA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur: Ayat 31).


AYATUL MAHABBAH

HATI @ JANTUNG


Tempoh hari aku ada terbaca artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin tentang Jantung @ HATI... Apabila bercerita tentang HATI...memang aku agak berminat untuk mengetahuinya... Yang menjadi tanda tanya ialah.. adakah apa yang kita faham selama ini tentang hati itu sebenarnya betul ... Aku masih membuat kajian tentang hal ini...

Kita sering mendengar sabda Nabi s.a.w "Ketahuilah bahawa dalam  jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuliah ia adalah HATI"

Perkara yang menjadi kemusykilannya ialah..adakah benar yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah HATI?

Menurut Dr. Asri " Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut HATI, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun HATI dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai HATI. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu "HEART" yang bermaksud jantung. Cuma orang Melayu menterjemahkan "you are in my heart" sebagai "awak dalam HATIKU" padahal HATI dalam bahasa Inggeris "liver" bukan "heart". Namun, "heart attack" tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan HATI. Begitu juga dengan "heart disease" sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana hal ini berkaitan sakit, jika disalahertikan buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya HATI. Orang boleh menderma HATI dan terus hidup, namun tidak mungkin orang boleh menderma jantung dan terus hidup.


Kekeliruan dalam memberikan maksud qalbu atau heart ini telah menyebabkan Kamus Dewan Bahasa memberikan maksud perkataan HATI yang pelbagai.
1) organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan di dalam perut di bahagian sebelah kanan.
2) jantung...
3) batin (tempat perasaan, pengertian)...
4) bahagian tengah buah-buahan (pokok dll)..

Justifikasi bahasa di sudut konsep yang cuba diberikan dan juga kepelbagaian maksud HATI sehingga diterjemahkan salah satunya sebagai jantung, tetap mengelirukan bagi memahami maksud asal qalb dalam al-Quran dan Hadis. Bahkan penyataan HATI bermaksud jantung dalam bahasa Melayu itu sendiri boleh mengelirukan kerana keduanya organ yang berbeza. Apatah lagi, kajian saintifik moden benar-benar membezakan peranan antara kedua organ tersebut. Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian HATI itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin @ perasaan.

Maka, perkataan qulub atau qalb dalam nas-nas Islam lebih tepat diterjemahkan sebagai jantung, atau jika hendak digunakan juga perkataan HATI mungkin boleh disebut "JANTUNG HATI". Sebahagian penulis suka menggunakan perkataan "kalbu".

Wallahu a'lam... sekadar ingin berkongsi...

Warden Baru


Tiba-tiba hati terkenang akan orang yang jauh di perantauan... rindu pula nak bergurau senda bersama... Agak lama juga tidak berhubung dengan Cikgu Mardziah melalui YM... sebab memang agak lama tidak menghadap laptop pun...
Rindu juga nak naik aras bersama Cikgu Hafizah untuk pastikan aras 2 bersih daripada segala kekotoran...rindu sangat-sangat....
Semoga kalian berdua berbahagia di sana... Memang ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku...                       
Semalam.. datang seorang pelajar bercerita tentang asrama... tentang warden baru... Hehe..rasa seronok pula mendengar cerita mereka... Dengar ceritanya warga aspuri agak berasa takut sekarang ini... " warden baru tu agak tegas cikgu, takut kami..Kalau seorang bertugas, tiga-tiga sekali turun "roll coll"  Apabila beri ucapan waktu "roll coll" tidak memerlukan "hailer" pun... kuat sungguh suaranya... Setegas-tegas Cikgu Eriza, tegas lagi Cikgu tu... begitulah antara dialog mereka...

Aku tersenyum melihat mereka... Alhamdulillah...ada juga pengganti yang baik untuk warden-warden yang telah berpindah... "Patah tumbuh hilang berganti" semoga dengan kehadiran warden yang baru ini,sedikit sebanyak membantu dalam mendisiplinkan warga aspuri...Aku pun dah jarang-jarang dapat turun ke surau memandangkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan... Semoga dengan kehadiran warden baru itu, membantu untuk mentarbiyah warga aspuri.  ..Minggu hadapan ada mesyuarat warden kali pertama untuk semester II ini... rasa berdebar juga apabila akan merasai suasana baru di bawah kepimpinan KETUA WARDEN yang baru (Ustaz Hafiz)

HUJAN

hujan....
turunnya kau dibumi fana
membasahi hati-hati yang kering kontang
tandus, gersang.
hujan..
basahilah hatiku dengan cahaya penyuluh jiwa
agar aku terbimbing ke jalan-Nya
dengan bacaan zikrullah pelembut hati..
biar hatiku lembut,
sentiasa dibasahi dengan ayat- ayat Mu Ya Rabbi
Amin...Ya Rabbal Alamin

Nyaman rasanya apabila dapat menghirup udara yang segar.. diriingi hujan lebat yang membasahi bumi Pasir Salak ini... Terasa kedinginanan terus meresap ke jiwa... tenang...dan damai...Lantas segera memberi kekuatan untuk aku kembali menulis di blog.. agak lama membiarkannya menyepi..

Saat ini,  guru-guru sedang tekun menanda kertas prapercubaan PMR dan Ujian Selaras 1.. Semuanya tunduk khusyuk menanda... Alhamdulillah, mujur perlu "key-in" pada 5 Ogos (Menengah Rendah) 12 Ogos (Menengah Atas) adalah ruang untuk bernafas lega... Namun, aku cuba untuk menyiapkan menanda skrip jawapan PMR pada hari esok.. Oleh itu, malam ni perlu berjaga malam untuk menyiapkannya.

Minggu hadapan bermulanya MINGGU AKTIVITI untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 4... Manakala pelajar Tingkatan 3 ada slot GEMILANG dan pelajar Tingkatan 5 masih menghadapi peperiksaan prapercubaan SPM...Agak merisaukan apabila melihat pencapaian Tingkatan 3 kali ini... Mungkin tidak ramai yang mendapat A untuk subjek BM... Terpaksalah bersedia untuk mencari alasan apabila berhadapan dengan pengetua nanti... Walau apapun, dengan berkat kegigihan cikgu-cikgu yang mengajar (Cikgu Aina dan Cikgu Junaidah) Insya-Allah akan membuahkan hasil juga nanti... Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka...

Ahad, 11 Julai 2010

Konsert Mahabbah Gaza


Alhamdulillah...hari Sabtu baru-baru ini dapat pergi ke konsert Mahabbah Gaza di Stadium Malawati. konsert Mahabbah Gaza atau lebih dikenali sebagai konsert kasih sayang Gaza ini sebagai satu usaha untuk mengumpul dana bagi mangsa kekejaman Israel di Gaza, sekali gus membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesengsaraan penduduk Palestin.
Konsert ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang hikmah di sebalik semua kejadian yang menimpa delegasi Malaysia dalam misi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin. Alhamdulillah, pada malam tersebut pihak penganjur dapat mengumpulkan dana sejumlah RM 20 000 lebih untuk disumbangkan kepada rakyat di Palestin hasil sumbangan daripada penonton yang menghadiri konsert pada malam itu.
Antara kumpulan nasyid yang menjayakan konsert ini antaranya, Rabbani, Raihan, Saujana, In-Team,Nowseeheart, Ummul Quran, di samping DJ-DJ IKIM yang mempersembahkan puisi. Tidak ketinggalan zauji tersayang juga menyumbangkan sebuah puisi yang dideklamasikan oleh seseorang sewaktu konsert tersebut.
Persembahan daripada kumpulan In-Team
Raihan membawakan lagu Iman Mutiara dan "We Will Not Go Down"
Saujana menyanyikan lagu "Patah Hati" dan "Bebas Palestin"

Selasa, 6 Julai 2010

Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan Kali Ke-8

Alhamdulillah...semalam telah menghadiri Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan Kali Ke-8 bertempat di Institut Integriti Malaysia(IIM). Seawal pagi lagi sudah bertolak ke KL... Memang perjalanan yang meletihkan ditambah tidak mendapat tidur yang mencukupi...
Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang... Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Joseph Entulu anak Belaun Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Wilayah & Luar Bandar..Agak mendukacitakan YB Datuk Seri Shafie Afdal tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut.
Banyak isu yang dibangkitkan dalam ucapan Presiden MUAFAKAT untuk disampaikan kepada Timbalan Menteri agar dapat dipanjangkan kepada Menteri KKWL...
Dalam majlis tersebut juga disampaikan Anugerah Akademik Cemerlang..
Bagi Kategori MRSM PKP, MRSM Taiping mendapat RM 1500.00
Manakala MRSM bukan PKP:
MRM Pasir Tumbuh : RM 1500.00
MRSM Pengkalan Hulu : RM 1000.00
MRSM Pasir Salak : RM 500.00

Ucapan Presiden MUAFAKAT Kebangsaan
Ucapan Perasmian daripada Timbalan KKWL
Pelancaran program "Satu Pelajar Satu Komputer" yang akan dilaksanakan di semua MRSM
Barisan jawatankuasa MUAFAKAT sesi 2010-2012

Seminar Kecemerlangan Bahasa Melayu PMR


Pada 3 Julai baru-baru ini telah diadakan Seminar Kecemerlangan  Bahasa Melayu PMR di Bilik Seminar 1.. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar...Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 3 kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang seminar tersebut dijalankan. Seminar tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Helmi B. Musa (Guru Cemerlang) Sek. Mengh. Kebangsaan Hutan Melintang.
Semoga dengan adanya seminar, kem tatabahasa dapat mengukuhkan penguasaan mereka dalam  subjek bahasa Melayu...