Syukur Ya Allah kerana masih mengurniakan kesempatan untuk aku kembali ke bumi Pasir Salak ini. Suasana yang baru bersama orang baru di sisi... Alhamdulillah..hari ini hari ketiga menggalas tugas sebagai ibu tunggal 'sementara'. Terlalu banyak pengalaman baru yang dirasai dan semuanya itu mengajar aku erti realiti kehidupan. Pengorbanan dan kesabaran . Dua perkara itulah yang menjadi tunjang dalam kehidupan aku saat ini.. Kalau tidak kuat, habislah...dan memang pada mulanya aku rasa lemah... Bukan mudah untuk menjaga dua orang anak yang kecil bersendirian... Memang memerlukan kecekalan yang tinggi.. Ya Allah...kau tabahkan hati ini agar mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar ini... Terima kasih kepada teman-teman yang sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk aku mengharungi cabaran ini..
Alhamdulillah..sesi pengajaran berjalan dengan baik. Gelagat anak-anak di dalam kelas mampu untuk menceriakan hati ini..Walaupun baru memulakan tugas, dan dibebani dengan tanggungjawab yang banyak... alhamdulillah.. Allah permudah segala urusan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan