Sabtu, 26 Mac 2011

Hebatnya adikku......


Bangunlah wahai Muslim..kita bangun...
Ya...500 tahun dahulu..memang kita tersungkur di bumi..
tetapi adakah kita memerlukan 500 tahun untuk bangun?
Kita dilahirkan mulia..maka hidup mulia..mati juga sebagai mulia..
Kita perlu bangkit bersama...
Gunung kita sama daki..lurah sama kita turuni
Berat sama kita pikul..Ringan sama kita jinjing
Hati kuman sama kita cecah Hati gajah sama kita lapah
Biar 1000 musuh lawan kita tempuh walau badai hidup kita

Gayong sudah di tangan
Perahu sudah di air..apa yang kita tunggu lagi wahai MUSLIM
MARA ke depan..biar kita mati sebagai pejuang
Jangan hidup sebagai petualang..

Begitulah semangatnya bicara adik Fasiha dalam pertandingan akhir ADIK-ADIKKU...Sangat menusuk kalbu dan memukau audiens yang menontonnya.. Hati pertama melihat kehebatan adik Fasiha berpidato...hati ini terus terpikat..lantas tertanya-tanya siapakah murabbinya... pasti hebat orangnya.. setelah adik Fasiha berjaya mendapat naib juara rancangan ini...barulah berkesempatan untuk mengenali murabbinya... terasa agak kerdil apabila tidak pernah mengetahui kehebatan Murabbi Badrul Sani.. Beliau bukan sahaja dapat membawa adik Fasiha bergelar Naib Johan...  adik Zaid juga berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara ini.. Berulang-ulang kembali saya menonton aksi mereka...Sangat bersemangat dan bergetar hati mendengarnya..tambah-tambah apabila murabbinya yang berucap... 

"Kebolehan Murabbi Badrul Sani memukau audiens... membuatkan kita  perlu menyelongkar rahsia bicara beliau melalui buku panduan ini."

Bagi yang tidak berkesempatan melihat rancangan akhir adik-adikku...saksikan aksi mereka di sini... TAHNIAH kepada JAKIM kerana menganjurkan rancangan seumpama ini.. Namun, alangkah baiknya sekiranya banyak lagi pihak yang boleh menaja rancangan ini dan menghadiahkan wang yang lebih besar jumlahnya berbanding rancangan-rancangan hiburan yang beratus-ratus ribu ganjarannya berbanding rancangan ini sekadar rm 10 000 sahaja utk tempat pertama... semoga rancangan seumpama ini perlu diteruskan dan dapat melahirkan lebih ramai lagi Daei Kecil...

                                                               
Adik Fasiha

Adikku Zaid Bahagian 1
Adik Zaid Bahagian 2

Jumaat, 25 Mac 2011

Kehidupan ibarat pusingan roda


Hidup kita diibaratkan seperti putaran sebuah roda. Hari ini kita senang hati, gembira, sihat, kaya, berjaya atau bahagia tetapi besoknya kita mungkin akan mengalami suasana yang sebaliknya pula. Hal ini bermakna sewaktu kita senang kita harus bersedia untuk menghadapi putaran kesusahan dan begitulah seterusnya jika kita susah maka kita harus yakin bahawa pada suatu masa nanti kita pasti akan mendapat kesenangan pula
dalam susah ada senangnya,

Dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya…
Begitulah warna-warna kehidupan. Hal ini langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.
“Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan,”

(5-6,Al-Insyirah)
Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firman-Nya,
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali-Imran:139)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah 2 : 286)
Masya-Allah, damainya jiwa apabila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.
Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah,dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah  dengan zikrullah dan bacaan-bacaan Al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat.
Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengkabulkan semua doa-doa kita jika kita taat pada-Nya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah?? Oleh itu , janganlah kita patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.
Tiada gunanya semua itu. Oleh itu, sekarang tukar mood kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan mengagumi kebesaran Allah pada alam ciptaan-Nya. Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.
Mari memaknakan hidup saudaraku!!
Walaupun tahun ini bukan tahun kejayaan bagi Pasir Salak dalam keputusan peperiksaan SPM, Namun, hal ini tidak bermakna kita tewas... Ayuh, kita bangkit untuk teruskan perjuangan dalam misi untuk mecipta kejayaan dalam akademik dan juga sahsiah....













Khamis, 17 Mac 2011

Bila Diri Disayangi...

Teringat satu malam ketika berbicara dengan seorang teman... katanya dia sangat bersemangat apabila menghayati lirik lagu Bila Diri Disayangi... Ketika berada di alam sekolah rendah dulu, selalu mendengar lagu ini...waktu itu masih tidak dapat nak menghayati liriknya ... Namun, apabila sudah masuk alam menengah barulah dapat menghayati tema dan persoalan lagu ini...Lagu ini sebenarnya bertemakan ketuhanan... Sebenarnya Allah Taala sentiasa menyayangi umat-Nya ...sekiranya kita memerlukan pertolongan mengadulah dan mohonlah kepada-Nya..


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempatmu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )

Bilaku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru kuucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Kuberserah diri

Apabila kita diuji...

Alhamdulilah wa syukurlillah... segala puji bagi Allah... Walaupun banyak dugaan yang Kau datangkan kepadaku..namun kupasrah atas segala ketentuan-Mu...Kadang-kadang dalam perjalanan merentas matlamat kita, pelbagai dugaan yang menimpa...meratah keimanan kita satu persatu... Kadangkala mahu mengalah,Namun, di sana ada kebahagian hakiki...

setiap kali prasangka datang..cubalah untuk mendiamkan diri
sebentar..dan elakkan untuk menghamburkan terus apa-apa yang ada
dalam hati..perlahan-lahan..cuba untuk kembali kepada Allah..yakin Allah yang
izinkan semua ini berlaku..ini yang terbaik utk kita..andai dtg
persoalan dlm hati knp kita dikurangkan(atau apa-apa saja yang
membuatkan hati rasa tidak puas hati dan sedih)..cepat-cepatlah sedarkan hati mgkin
cinta akan dunia lebih daripada Allah..sebab itu masih ada rasa tidak boleh terima kalau
kalah, rasa memiliki, rasa ingin mengatasi,hendak  lebih daripada orang lain..dan masa itupun
kena tanam dlm hati..aku hamba..aku layak utk dikurangkan..aku
layak diuji..walau dlm keadaan terburuk...dan tidak akan kurang atau lebih
kasih sayang manusia kat aku tanpa izin Allah..yang penting
berusahalah utk tdak menghamburkan kata-kata yang pedih itu sedang
kita tidak tahu hakikat sebenar..ya..sekalipun rasa ingin dihamburkan..diam-diamkan dlm hati seiring
mengadu kat Allah...sebut la Ya Allah..dan mengadu
pada-Nya..insya-Allah..'panas' yang kita rasa akan makin
berkurang..insya-Allah..Allah tidak akan mensia-siakan hamba-Nya yang mengadu
pada-Nya..insya-Allah akan datang bisikan penyejuk yang akan
membuatkan kita reda dgn apa-apa yg Allah beri dan bersangka
baik..insya-Allah.

Jadilah seperti laut bukan seperti lopak




Syukurlillah.. walhamdulillah... Ya Allah kau teguhkan HATI ini untuk menerima segala dugaan yang yang mendatang... Kuatkan HATI ini agar dapat menerima ketentuan-Mu..

JADILAH SEPERTI LAUT BUKAN SEPERTI LOPAK...

Kata-kata yang sarat dengan makna tersirat dan penuh bermakna...

Satu perumpamaan yang dibuat... sekiranya kita campakkan bangkai tikus ke dalam lopak..pasti air tersebut akan busuk dan berbau hapak... Namun, apabila kita campakkan bangkai tersebut ke dalam laut...laut tersebut takkan berbau busuk... Jadi, kita perlu jadi seperti laut... Kena besarkan HATI...kuatkan semangat apabila kita menerima apa-apa jua cabaran yang datang... sekiranya kita sebagai pelajar...kita perlu besarkan hati kita... terima dengan HATI yang terbuka atas setiap kritikan dan teguran daripada guru kita...kuatkan mental untuk menerimanya juga... Jangan cepat kecil hati dan jadi seperti lopak...kelak kita juga yang akan menerima kesan buruknya...

Oleh itu, kita kena belajar besarkan hati..reda.. terima atas apa-apa yang berlaku....serta kuatkan mental...


Selasa, 15 Mac 2011

Mengapa perlu menipu?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Syukur walhamdulillah... cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.. Alhamdulillah.. hari ini diberi kesempatan untuk menulis...hampir sebulan tidak menambah entry ...terasa kekosongan pula... Rindu untuk membaca artikel Genta Rasa...Kembara Bahasa...

Tiba-tiba hati ini teringat kisah mengapa orang suka menipu... anak-anak menipu ibu dan ayahnya...anak murid menipu gurunya..suami yang menipu isterinya dan macam-macam lagi kisah yang berlaku di luar sana...Mengapa hal seumpama ini berlaku? Di mana hilangnya kejujuran dalam kehidupan kita...

Dalam kitab Penawar Bagi Hati, disebutkan bahawa Allah SWT melaknat orang yang menipu. Perbuatan menipu merupakan perbuatan yang boleh mendatang perpecahan dalam kalangan masyarakat kita khususnya sesama Islam. Sehingga perbuatan ini di misalkan nisbahnya lebih berat berbanding berzina. Hal ini demikian kerana orang yang melakukan berzina dan mungkin akan bertaubat kepada Allah SWT kerana perbuatan zina dirasakan berdosa besar. Sebaliknya orang yang melakukan penipuan tidak rasa bersalah kerana merasakan perbuatan ini tidak berdosa besar, maka si penipu tidak mudah untuk bertaubat walaupun sering kali melakukan penipuan.

Dosa menipu melibat dua belah pihak iaitu dosa kepada Allah SWT dan dosa kepada yang kena tipu. Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang bersalah terhadap orang lain selagi orang yang menjadi mangsa tidak memaafkan si penipu. Orang yang menipu juga akan jauh daripada keimanan kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana perbuatan menipu mungkin tidak diketahui oleh orang yang ditipu, tetapi Allah SWT maha mengetahui. Orang yang menipu seoalah-olah dia tidak meyakini bahawa Allah SWT sedang melihat dan mendengar apa yang sedang dia lakukan. Tidak meyakini dan mempercayai salah satu sifat Allah SWT akan merosakkan keimanan seseorang. Nauzubillah.. Bagi yang suka menipu...bertaubatlah........

Siakap senohong gelama ikan duri...
Bercakap bohong lama-lama mencuri...