Rabu, 29 Februari 2012

DBP di bawah kepimpinan Prof. Dr. Awang Sariyan


Alhamdulillah..tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Awang Sariyan kerana telah dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP yang baru.. Pelantikannya sebagai Ketua Pengarah sangat bersesuaian atas pengalaman serta kepimpinan beliau. Sesungguhnya pelantikan Profesor Dr. Awang Sariyan sebagai teraju kepimpinan organisasi bahasa tertinggi negara ialah pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan kesarjanaan beliau yang luar biasa. Semoga beliau akan menjadi permulaan kepada tradisi meletakkan DBP sebagai sebuah entiti bahasa yang sangat dihormati dan dipercayakan serta dapat memartabatkan bahasa Melayu.
Ikuti wawancara Prof. Dr. Awang Sariyan dengan mStar Online

Anak anugerah Ilahi yang tidak terhingga

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Alhamdulillah..kembali terjalin sekian lamanya menyepi..Tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik – hadirnya seorang putera dalam kehidupan kami. Terasa baru semalam, kami disatukan dalam bingkai pernikahan. Namun, ketentuan Allah SWT yang mengizinkan kehadiran Muhammad Aiman Haikal dalam keluarga kecil ini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itulah lafaz yang terzahir tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Anak merupakan suatu aset yang sangat penting, mahal dan berharga dalam meraih keredaan Allah SWT. tugas yang paling besar bagi seorang ayah dan ibu ialah : - mendidik anak-anak untuk menjadi mukmin mukminah dan menghantar mereka ke syurga.Ya ke syurga. Menjadi calon-calon syurga. Syurga idaman dan impian semua manusia.

Dengan kata lain, ialah melahirkan suatu generasi anak-anak perindu syurga. Masya-Allah, beratnya tanggung jawab dan amanah ini. Jika proses pengabaian terhadap anak-anak berlaku dan terjadi, hal ini merupakan suatu jenayah, kejahatan dan kezaliman yang sangat besar dalam ketamaduan manusia.

Teringat kata-kata Ali Hassan An-Nadwi :
“ Apakah gunanya membesarkan anak kita jika hanya untuk menjadi bahan bakar dalam neraka?.”

Tersentak ..membayangkan semua perkara ini. Kehadiran Aiman dan Aisya adalah suatu perkara yang besar bagi kami. Insya-Allah, abi dan ummi akan sedaya upaya untuk mendidik, memelihara, membesarkan dan mengasuh kalian dengan didikan bersumberkan Al-Quran & As-Sunnah.

Abi dan ummi, sentiasa berdoa, munajat dan merintih kepada Ilahi agar diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah kubra ini. Mudahan-mudahan, insan yang sekerdil dan selemah abi dan ummi ini - sentiasa dipayungi, dirahmati dan diberikan hidayah oleh-Nya dalam setiap amalan yang kami lakukan.

Putera dan srikandiku...dewasalah sebagai penyejuk hati bagi abi dan ummi. Membesarlah sayang abi ummi dengan kekuasaan, kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT. Dengan sedaya kudrat dan pohonan munajat yang berterusan, ia akan menjadi modal kepada proses didikan abi dan ummi. Insya-Allah