Isnin, 30 November 2009

Rabitah Hati



Hari ini aku diberi peluang untuk duduk menghadap lapotop dalam tempoh yang agak lama...sambil mencari ilham untuk menulis, aku mencari sahabat-sahabat lama di Facebook...Akhirnya aku berjaya menjejak kembali sahabat-sahabat lama di KISAS dan di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih Klang.. Apabila dapat menjejak kembali sahabat-sahabat lama yang sekian lamanya tidak dapat berhubung, aku teringat kembali memori bersama mereka.. kata-kata yang cukup dalam maknaya..UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH...
Lagu dan lirik RABITAH HATI tidak mungkin lenyap daripada ingatan ini...dan akan tetap kukuh diingatan..

"Nikmat yang paling manis apabila ALLA TAALA mentarbiahkan kita dengan pelbagai ujian...Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI..."


UKHUWAH ....Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan...Ukhuwah...Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersbut..kekadang..keran sebuah ukhuwah air mata sering menitis kerananya..ALLAH..Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..

Coretan ini kutujukan kahas buat insan yang bergelar sahabat,teman,rakan,kawan..sahabat..coretan ini daripada hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli..sahabat..ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-Nya..diratib juga kerana-Nya..

Ukhuwah itu terlalu indahkan??Titik pertemuan ukhuwah yang sebenar adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI..sahabat..Demi ALLAH,saya menyanyangi kamu semua..bukankah mengasihi temannya lebih daripada diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga ..sahabat...

Sabda Rasulllullah s.a.w .."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan berpuasa tetapi di sebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..mengertikah kamu tentang erti menyayanginya dari seksa ALLAH..Mengertikah kamu tentang menyayangi??Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

Sahabat.. apabila berbicara tentang ukhuwah ,kasih cinta dan sayang ..kita sering mempersoalkan apakah makna di sebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita. Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH ..Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNya yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih....,

Ahad, 29 November 2009

Indahnya Pelangi...





Petang Raya Aidiladha kami pulang ke Jerantut Pahang bertemu sanak saudara... sepanjang 3 jam perjalanan banyak panorama yang sangat indah...kami cukup bertuah apabila dapat menyaksikan pelangi yang muncul dan menemani kami sepanjang perjalanan...Setiap saat dirakam...Maha Suci Allah...begitu unik ciptaan Allah...Aku begitu kagum dengan kekuasaan-Nya...Lantas aku teringat mutiara kata tentang pelangi..

"kadang-kadang..Allah sembunyikan matahari..

Allah turunkan hujan dan kilat...
kita tertanya tanya..ke mana perginya matahari..
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."
 

Teringat lagu Lasykar Pelangi...

mungkin adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang tanpa lelah sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya...
cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya......

http://www.youtube.com/watch?v=iaByat9UTxI
                                     






Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana memberikanku nikmat ini...

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidiladha


Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita.. Tanpa kita sedari  esok bakal menyambut Hari Raya Aidiladha...Moga-moga kita sama-sama dapat menghayati ibadah haji ini...S
elamat Hari Raya Aidiladha dan Mohon Maaf Zahir Batin

Rabu, 25 November 2009

Comelnya Jari Kita..



Apabila duduk bersendirian, secara automatik mata ini merenung jari-jemari..Terlalu banyak kenangan manis yang tercipta apabila mengenangkan jari-jemari ini. Dan terdapat banyak kisah, hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Kemudian, genggam kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


1. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


3. Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


4. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya jari ini sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada pada tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.







5. Akhir sekali, renung ibu jari. Besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "OK!" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

* Rindu untuk melihat dan membelai ibu jari yang comel ini... Jika direnungkan betul-betul..jari ini menyerupai wajah perempuan yang memakai tudung... Comelkan...hehehe... OK???

Selasa, 24 November 2009

Kenangan Terakhir 2009




Hari ini hari terakhir berada di maktab bersama-sama rakan sekerja...namun, 7-10 Disember 2009 akan datang semula untuk menjaga anak-anak Tingkatan 5 untuk SPM nanti...Meja dah kemas, jabatan pun dah nampak kemas boleh balik dengan hati yang senang...Mungkinkah akan ada peluang untuk aku terus berada di bumi Pasir Salak ini??? Emm..hari ni juga hari terakhir bersama temanku...Sedih untuk meninggalkannya ... Terlalu berat untuk berpisah dengannya sekian lama bersama...Walauapapun..semoga ikatan ukhwah yang terbina ini akan terus berpanjangan...Terima kasih wahai teman...

Sabtu, 21 November 2009

Kedinginan..Kesunyian...



Seusai terjaga pagi ini, terasa sunyi yang amat ditambah kedinginan pagi yang menyelubungi diri ini. Hujan seharian di maktab pada hari semalam menjadikan cuaca hari ini redup dan dingin. Sejak pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 telah pulang ke kampung masing-masing hanya pelajar Tingkatan 5 sahaja yang menjadi penghuni maktab ini. Selalunya pada waktu pagi akan diadakan inspection.. Namun, bermula pagi lagi mereka menghadiri Slot Gemilang… Maktab menjadi sunyi… tiada lagi riuh rendah anak-anak… tiada lagi kedengaran alunan nasyid di surau… Terasa sunyi… Namun, mujur ada insan yang sudi menemani diri ini…terima kasih wahai teman…(143)




Jamuan Penghargaan Warden(20/11)

Begitu indah pertemuan dalam majlis penghargaan warden ini..Mungkinkah pertemuan ini adalah pertemuan terakhir?? Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini. Namun, terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang menjadi warden di bumi Pasir Salak ini. Dan kenangan itu tidak akan pernah lenyap daripada ingatan… Semua yang berlaku sebenarnya mematangkan diri dalam menempuh kehidupan ini. Terima kasih Kak Pah, Kak Siti, Mardziah, Kak Fiza, Kak Azila dan Kak Urin atas ikatan ukhwah yang terjalin antara kita..


Khamis, 19 November 2009

Steambot Kasih Sayang


Hari ni walaupun bermulanya cuti sekolah, namun, guru-guru MARA masih meneruskan tugas sehingga Rabu depan.. Walaupun kertas peperiksaan masih belum siap ditanda.. meja masih belum siap dikemas...Namun, masih sempat untuk bersama rakan-rakan tercinta untuk mengadakan majlis "Steambot Kasih Sayang".. Terima kasih Kak Jun, Kak Amal, Kak Intan (Chef), Kak Dila, Kak Iza, Kak Urin, Kak Shima, Deepa, dan Aina...
Ukhwah Fillah Abadan Abada..



Ahad, 15 November 2009

Kenangan Abadi


Syukur kepada Tuhan..atas nikmat yang telah dikurniakan..Tenangnya jiwa raga, setenang hembusan bayu yang membelah angkasa. Alangkah nikmatnya…
Kenangan di sini takkan aku lupakan...
Kebahagiaan,ketenangan, kedamaian dan juga kasih sayang telah tercipta di sini..Terima kasih teman-teman kerana sudi menemani dan membahagiakan diri ini... 





Sungai kehidupan itu

penuh liku-liku yang tajamnya
menusuk sanubari


Sungai kehidupan itu punya kerikil tajam
mencucuk tapak harapan
memusnah jejak bahagia


Sungai kehidupan itu arusnya mengalir deras melanda
jiwa-jiwa kerdil yang lemah


Sungai kehidupan itu menghilang dahaga insan
mencurah rahmat-Nya menunjuk lubuk kebahagiaan


Sungai kehidupan itu tanpa peduli
pasti mengalir ke laut lepas lantaran janjinya kepada Allah pencipta

Rabu, 11 November 2009

Aku bersyukur...


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah kerana sekali lagi telah memberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Pasir Salak ini. Sebelum pergi ke jabatan tadi, sempat melihat panaroma yang cukup indah.. hijau...nyaman...dan menyegarkan...Sungguh besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Namun, kita sering kali alpa untuk menyatakan rasa syukur kita kepada-Nya.. Begitu sukar untuk kita melafazkan doa seusai bangun daripada tidur.. begitu sukar untuk kita menunaikan Solat tepat pada waktunya...sehinggakan begitu ramai sekali yang tidak menunaikan solat...Sedih...mengapa mereka sanggup melupakan Tuhan yang menciptakan kita di muka bumi ini..

“ Sesungguhnya solat itu tiang agama, maka barangsiapa yang meninggalkan solat beerti dia meruntuhkan agama”


Solat itu sangat penting bagi menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Hal ini demikian kerana solat ialah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. Solat juga berperanan untuk menjaga tingkah laku seseorang muslim sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:-
“ ...dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara keji dan mungkar.”


Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya oleh para sahabat berhubung firman Allah di atas.
Rasulullah menjawab “jika solat seseorang itu tidak mencegah seseorang daripada melakukan perkara mungkar, maka solatnya itu tidak sempurna.”


Hadis di atas bermaksud jika sesorang itu bersolat tetapi tetap melakukan perkara maksiat dan dosa, maka solatnya itu tidak sempurna. Kemungkinan ada sedikit kesilapan yang dilakukan semasa bersolat, Wallahualam.


Solat subuh ialah solat yang paling sukar untuk dilakukan oleh seseorang muslim. Hal ini demikian kerana solat ini dilakukan pada waktu awal pagi semasa semua orang masih tidur. Rasulullah bersabda:-
“ sesungguhnya syaitan mengikat kamu semasa kamu tidur dengan 3 ikatan. Jika kamu bangun dan mengingat Allah, terbukalah satu ikatan. Apabila kamu mengambil wudhuk maka terbukalah ikatan kedua. Apabila kamu bersolat maka terbukalah ikatan ketiga. Jika kamu tidak buat apa yang di atas,maka kamu akan berasa malas dan lemah.”


Dosa orang meninggalkan solat dengan sengaja sangat besar dan termasuk dalam salah satu dosa-dosa besar. Malaikat Jibril pernah berkata kepada Nabi Musa bahawa terdapat satu dosa yang lebih besar daripada berzina. Nabi Musa bertanya kembali dosa apakah yang dimaksudkan. Malaikat Jibril menjawab MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA TANPA MENYESAL. DOSANYA LEBIH BESAR DARIPADA 1000 KALI ZINA

Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan seperti ini.. Semoga Allah memberkati kehidupan kita...Amin...Sama-sama kita menghayati bait lagu ini sebagai renungan kita bersama

Erti Syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan

Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa



Isnin, 9 November 2009

Nota untuk Cikgu...


Baru sebentar tadi seorang pelajar datang berjumpa dan menyelitkan 3 keping nota dalam buku Petua Untuk Sentiasa Ceria yang dipinjamnya.....Notanya cukup bermakna...
Nota pertama: tentang perhubungan yang ikhlas..
nota kedua : betapa pentingnya dirimu buatku..
nota ketiga: pentingnya berbaik sangka dan berfikiran positif...
Alhamdulillah.. pelajar ini sudah boleh mengawal emosi dan sudah mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya...cukup mudah sebenarnya untuk kita memotivasikan diri kita apabila dirundung masalah...yang penting kita mahu dan mampu untuk berubah...Jangan cepat berputus asa... Kuatkan semangat dan iltizam.. dan Yakinlah pada diri sendiri...

Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar rahmat-Nya merantai kehidupan

P/s : Senyuman seorang wanita hendaklah melambangkan keceriaan, kehormatan, ketaatan dan persahabatan. Jangan melirik senyum untuk membawa kepada godaan dan kejatuhan maruah.

Indahnya Ukhwah...




Akanku kukenang segala memori yang tercipta sepanjang 3 tahun kita bersama..

Hari ni hari kedua berada di maktab tanpa kehadiran anak-anak yang tercinta(Tingkatan 3)... Serasa ada hubungan yang terlalu akrab antara mereka. Mungkin kerana telah bersama selama 3 tahun membuatkan diri ini terasa sunyi tanpa mereka di sisi.. Walaupun ada anak-anak yang lain menemani namun, perasaan rindu pada mereka tetap tersemat di dalam diri..Doaku agar kalian dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Ambillah mutiara-mutiara yang diperoleh sepanjang berada di maktab.. Yang penting jangan sama sekali meninggalkan solat. Jagalah diri kalian baik-baik.. Jangan lupa untuk melakukan Solat Hajat setiap hari sehingga keputusan peperiksaan PMR diumumkan...




kisah rama-rama lagi...





Kisah Bunga dan Rama-rama

Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama dan ulat...
Wanita ini sedih, dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza dengan permintaannya.
Kemudian, dia berfikir:Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan..
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya...
Selepas satu tempoh, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.
Wanita ini terperanjat apabila melihat daripada pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik..dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik..
Allah sentiasa melakukan perkara dengan betul..
Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik..walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain daripada Allah, percayalah..Pastinya Allah akan mengurniakan perkara yang diminta pada masa yang sesuai..
Apa yang kita pinta... tak semestinya apa yang diperlukan!...Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu-ragu dan mengeluh..
DURI hari ini ...adalah BUNGA hari esok...Allah mengurniakan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya..
Semoga Allah memberkati kita...
Yakinlah pada perancangan Allah...

Indahnya Rama-rama....





Ahad, 8 November 2009

Kisah Rama-rama


Rama-rama...
Apabila kita melihat warnanya pasti kita akan menyukainya. Cantik..Comel.. Namun, di sebalik kecantikannya ada sesuatu yang perlu kita ambil kisah daripadanya.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.



Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?




Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya, namun anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.



Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.



Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai ! hanya lelaki yg tidak tahu diri.




Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai alat. Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.



Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN




Nota: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Salam sayang buat rama-rama dan puteri cahaya...

Berita terkini...

Jabatan Bahasa kena ceroboh lagi.... siasatan perlu dijalankan..

Klinik Hati..


Semalam dapat bersama AJK BADAR...Terasa ukhwah antara mereka sudah semakin bertaut... Alhamdulillah.. Modul HATI masih menjadi pilihan... Apabila bertanya kepada mereka di manakah letaknya HATI.. masing-masing tidak dapat mengenal pasti kedudukan terletaknya HATI itu.. Oleh itu, Bagaimana untuk mengubati hati sedangkan hati itu tidak dapat dilihat??



Untuk mengubati hati kita perlulah:
1) sentiasa berbaik sangka sesama manusia.Jangan suka bercerita tentang keburukan orang lain. Fikirlah yang baik-baik.. Sekiranya ada 10 keburukan dia. ingatlah satu kebaikan dia.. Insya-Allah HATI akan rasa bahagia...
2) kita juga perlu buang segala sifat hasad dengki yang bersarang dalam hati kita kerana sifat itu mampu untuk merosakkan HATI kita ini.
3) kita juga perlu buang sifat ujub, sombong, riak, takabur, dan bongkak kerana sifat ini sangat dibenci oleh Allah s.w.t..
4) Kita perlu hiasi diri dengan sifat pemaaf. Sifat ini mampu untuk mengelakkan berlakunya persengketaan, kerana setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
5) Kita juga perlu sentiasa senyum walau dalam apa-apa jua sekalipun. Percayalah dengan senyuman akan membuatkan HATI kita akan berasa tenang.
6) Hati juga dapat dididik dengan menghadiri majlis ilmu, kerana orang yang menghadiri majlis ilmu akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t melalui barisan Malaikat yang membanjiri majlis ilmu untuk memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita.
7) kemudian, hati juga dapat diubati dengan berzikir, membaca Al-Quran, melakukan Solat Tahajjud dan berdamping bersama orang-orang soleh..

7 perkara ini adalah antara cara untuk kita mengubati dan merawat HATI kita apabila terluka. Percayalah.. apabila HATI kita sihat maka mental dan fizikal kita juga akan sihat. Namun, sekiranya HATI kita sakit, maka akan sakitlah mental dan fizikal kita...

Wallahu'lam...

Khamis, 5 November 2009

Salam Graduasi


Selamat bergraduat buat anak-anak pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5...Semoga segala usaha yang dilakukan selama berada di maktab ini akan membuahkan hasil yang membanggakan.. Ingatlah..
"Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Oleh itu, apakah yang anda ingin fikirkan?
~Othman Affan~

Rabu, 4 November 2009

KOREKSI DIRI


Disebabkan kesedaran untuk sama-sama membangunkan ISLAM, saya rasa saya mesti BERUBAH. Berubah ke arah KEBAIKAN bukannya berubah ke arah KEBURUKAN. Kini saya semakin bertekad untuk berubah. Berubah menjadi muslimah yang berani bersuara demi Allah dan Islam. Yang berani mempertahankan HAK. Berubah menjadi MUJAHIDAH yang sentiasa di samping MUJAHID. Bergerak seperti muslimah di zaman Rasulullah yang dijanjikan SYURGA Allah. Berubah menjadi seorang muslimah yang TEGAS dalam LEMBUT. Yang sentiasa menjadikan MALU dan IMAN sebagai BENTENG diri.




Insya-Allah saya akan berusaha dan memberanikan diri menyuarakan pendapat saya di mana-mana sahaja selagi tidak bertentangan dengan Syara'. Saya ingin menjadi muslimah yang tidak sekadar mengangguk mengiakan sebarang idea bahkan melontarkan idea untuk membangunkan UMMAT. Saya akan berusaha menebalkan benteng MALU dalam diri saya sesuai dengan tempatnya bukannya malu dalam semua hal namun malu pada tempatnya. Tazkiyatun nafs Insya-Allah diharapkan sentiasa diamalkan agar diri ini dalam landasan yang betul dalam usaha mencapai MARDHOTILLAH.

Ya Allah,
Moga setiap langkahku kerana-MU,
moga setiap niatku hanya untuk-MU,
moga diri ini dikurniakan ketabahan,
setabah Saidatina Khadijah,
dikurniakan kecerdikan,
secerdik Saidatina Aisyah,
dikurniakan kelembutan,
selembut Fatimah,
dan dikurniakan ketegasan,
setegas Sumayyah...
moga pengakiran-Nya Syurga-Mu yang indah,
disertai dengan MARDHOTILLAH...

Sekadar Renungan...


Keindahan ciptaan Tuhan sangat luas untuk dikira serta direnungi... contohnya ialah diri kita..sangat luas nikmat serta tersimpan rahsia yang tidak terkira....Akal diciptakan dengan begitu sempurna...Di dalam akal terdapat pelbagai fungsi. Setiap fungsi mempunyai tugas-tugas untuk menggerakkan akal... Subhanallah....Ya Allah... aku hanya mengharapkan rahmat-Mu mengalir di dalam kehidupanku di dunia dan akhirat....Satu saat akan tiba aku akan kembali kepada Tuhan...Biar apapun yang akan berlaku, seseorang yang beriman, hatinya diselimuti ketenangan...ibarat sebuah kapal yang berlayar tanpa menghiraukan taufan yang melanda....


'HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI'



Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.


Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.


'HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS'
Nafas Naik.
Nafas Turun.


Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.


Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


'HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN'
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.


'HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT'
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.


Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.


Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai


Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.


Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya .. .
Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali


Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.


Semoga Kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.

Jangan kita lupa

Terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja graduasi, Program MIGTY dan kes-kes disiplin pelajar sehingga terlupa tentang kisah Cikgu Roslan ditimpa kemalangan jalan raya pada hari Isnin (2/11/09/). Ya Allah kau berikanlah kekuatan untuk dia menerima segala dugaan ini. Namun, dalam kita sibuk menjalani rutin harian masing-masing, jangan sampai kita terlupa untuk bertanya khabar dengan rakan sekerja kita, pelajar kita, atau ahli keluarga kita. Bukan apa, kisah Cikgu Roslan ini sangat memberi pengajaran, kerana sehingga semalam masih ramai guru dan pelajar yang tidak mengetahui perakara ini. Semoga Cikgu Roslan akan cepat sembuh dan tabah dalam menghadapi segala dugaan ini….