Rabu, 11 November 2009

Aku bersyukur...


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah kerana sekali lagi telah memberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Pasir Salak ini. Sebelum pergi ke jabatan tadi, sempat melihat panaroma yang cukup indah.. hijau...nyaman...dan menyegarkan...Sungguh besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Namun, kita sering kali alpa untuk menyatakan rasa syukur kita kepada-Nya.. Begitu sukar untuk kita melafazkan doa seusai bangun daripada tidur.. begitu sukar untuk kita menunaikan Solat tepat pada waktunya...sehinggakan begitu ramai sekali yang tidak menunaikan solat...Sedih...mengapa mereka sanggup melupakan Tuhan yang menciptakan kita di muka bumi ini..

“ Sesungguhnya solat itu tiang agama, maka barangsiapa yang meninggalkan solat beerti dia meruntuhkan agama”


Solat itu sangat penting bagi menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Hal ini demikian kerana solat ialah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. Solat juga berperanan untuk menjaga tingkah laku seseorang muslim sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:-
“ ...dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara keji dan mungkar.”


Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya oleh para sahabat berhubung firman Allah di atas.
Rasulullah menjawab “jika solat seseorang itu tidak mencegah seseorang daripada melakukan perkara mungkar, maka solatnya itu tidak sempurna.”


Hadis di atas bermaksud jika sesorang itu bersolat tetapi tetap melakukan perkara maksiat dan dosa, maka solatnya itu tidak sempurna. Kemungkinan ada sedikit kesilapan yang dilakukan semasa bersolat, Wallahualam.


Solat subuh ialah solat yang paling sukar untuk dilakukan oleh seseorang muslim. Hal ini demikian kerana solat ini dilakukan pada waktu awal pagi semasa semua orang masih tidur. Rasulullah bersabda:-
“ sesungguhnya syaitan mengikat kamu semasa kamu tidur dengan 3 ikatan. Jika kamu bangun dan mengingat Allah, terbukalah satu ikatan. Apabila kamu mengambil wudhuk maka terbukalah ikatan kedua. Apabila kamu bersolat maka terbukalah ikatan ketiga. Jika kamu tidak buat apa yang di atas,maka kamu akan berasa malas dan lemah.”


Dosa orang meninggalkan solat dengan sengaja sangat besar dan termasuk dalam salah satu dosa-dosa besar. Malaikat Jibril pernah berkata kepada Nabi Musa bahawa terdapat satu dosa yang lebih besar daripada berzina. Nabi Musa bertanya kembali dosa apakah yang dimaksudkan. Malaikat Jibril menjawab MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA TANPA MENYESAL. DOSANYA LEBIH BESAR DARIPADA 1000 KALI ZINA

Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan seperti ini.. Semoga Allah memberkati kehidupan kita...Amin...Sama-sama kita menghayati bait lagu ini sebagai renungan kita bersama

Erti Syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan

Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa



Tiada ulasan: