Semalam dapat bersama AJK BADAR...Terasa ukhwah antara mereka sudah semakin bertaut... Alhamdulillah.. Modul HATI masih menjadi pilihan... Apabila bertanya kepada mereka di manakah letaknya HATI.. masing-masing tidak dapat mengenal pasti kedudukan terletaknya HATI itu.. Oleh itu, Bagaimana untuk mengubati hati sedangkan hati itu tidak dapat dilihat??
Untuk mengubati hati kita perlulah:
1) sentiasa berbaik sangka sesama manusia.Jangan suka bercerita tentang keburukan orang lain. Fikirlah yang baik-baik.. Sekiranya ada 10 keburukan dia. ingatlah satu kebaikan dia.. Insya-Allah HATI akan rasa bahagia...
2) kita juga perlu buang segala sifat hasad dengki yang bersarang dalam hati kita kerana sifat itu mampu untuk merosakkan HATI kita ini.
3) kita juga perlu buang sifat ujub, sombong, riak, takabur, dan bongkak kerana sifat ini sangat dibenci oleh Allah s.w.t..
4) Kita perlu hiasi diri dengan sifat pemaaf. Sifat ini mampu untuk mengelakkan berlakunya persengketaan, kerana setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
5) Kita juga perlu sentiasa senyum walau dalam apa-apa jua sekalipun. Percayalah dengan senyuman akan membuatkan HATI kita akan berasa tenang.
6) Hati juga dapat dididik dengan menghadiri majlis ilmu, kerana orang yang menghadiri majlis ilmu akan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t melalui barisan Malaikat yang membanjiri majlis ilmu untuk memohon keampunan terhadap dosa-dosa kita.
7) kemudian, hati juga dapat diubati dengan berzikir, membaca Al-Quran, melakukan Solat Tahajjud dan berdamping bersama orang-orang soleh..
7 perkara ini adalah antara cara untuk kita mengubati dan merawat HATI kita apabila terluka. Percayalah.. apabila HATI kita sihat maka mental dan fizikal kita juga akan sihat. Namun, sekiranya HATI kita sakit, maka akan sakitlah mental dan fizikal kita...
Wallahu'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan