Baru sebentar tadi seorang pelajar datang berjumpa dan menyelitkan 3 keping nota dalam buku Petua Untuk Sentiasa Ceria yang dipinjamnya.....Notanya cukup bermakna...
Nota pertama: tentang perhubungan yang ikhlas..
nota kedua : betapa pentingnya dirimu buatku..
nota ketiga: pentingnya berbaik sangka dan berfikiran positif...
Alhamdulillah.. pelajar ini sudah boleh mengawal emosi dan sudah mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya...cukup mudah sebenarnya untuk kita memotivasikan diri kita apabila dirundung masalah...yang penting kita mahu dan mampu untuk berubah...Jangan cepat berputus asa... Kuatkan semangat dan iltizam.. dan Yakinlah pada diri sendiri...
Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar rahmat-Nya merantai kehidupan
P/s : Senyuman seorang wanita hendaklah melambangkan keceriaan, kehormatan, ketaatan dan persahabatan. Jangan melirik senyum untuk membawa kepada godaan dan kejatuhan maruah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan