Rabu, 27 Januari 2010

Histeria...






Sudah hampir 3 minggu kes histeria menyerang kembali di bumi Pasir Salak.. Emm.. sepanjang 3tahun duduk di sini, kejadian histeria pasti akan berlaku pada awal tahun dan mangsanya pelajar Tingkatan 2.. Agak musykil juga ..mengapa pelajar Tingkatan 2 sahaja yang kena..Mungkin faktor kedudukan bilik mereka di Aras 2 yang menjadi penyebabnya...Kadangkala ada yang memang betul-betul terkena dan ada juga yang buat-buat kena.. macam yang berlaku malam tadi.. 2 orang pelajar pura-pura terkena..Kadangkala geram juga melihat tingkah laku mereka.. agaknya mereka ini kurang kasih sayang kot.. jadi inginkan perhatian dan kasih sayang ... emm macam-macamlah depa  ni.. Pihak warden cuba untuk memanggil Darul Syifa' untuk memagar kawasan ni, tapi sampai sekarang pihak pengurusan tidak bertindak..Dulu ada juga panggil Darul Syifa' untuk memagarnya, keadaan alhamdulillah tenteram daripada gangguan-gangguan halus...Walau apapun, kepada semua pelajar cuba amalkan :

1. Solat berjemaah di masjid/surau

2. Sentiasa berwudhuk

3. Baca بـِسـْــم ِ اللهِ الرَّحـْــمـَـٰــن ِ الرَّحِــيم ِ dalam semua perbuatan dan pekerjaan
4. Amalkan membaca al-Quran

    - PAGI as-Soffat / Yassin
    - PETANG ad-Dhukan / al-Jin
5. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur.

    - al-Fatihah
    - al-Kursi
    - Subhanallah 33 kali.

    - Alhamdulillah 33 kali.

    - Allahu Akbar 33 kali.

    - Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 spt di bawah.




(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.






(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.


6. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur:

    - al-ikhlas sekali.
    - al-Falaq sekali.

    - an-Nas sekali.




7. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.

8. Perbanyak selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangnya 100 kali sehari.




- Himpunan amalan berikut adalah yang termudah dan paling pantas untuk melindungi diri dan rumah kita daripada gangguan jin/syaitan.
- Amalan berikut adalah dijamin ada hadithnya terutamanya 10 ayat daripada surah al-Baqarah, dan amalan Tasbih Nabi Yunus

Ahad, 24 Januari 2010

Kesusahan dan Kesenangan





Kita, walaupun di mana berada, jangan gundah berjalan dalam susah, kerana kesusahan itu memberi erti.

Kesusahan itu, membukitkan tabah dan menggunungkan sabar.
Kesusahan itu sebenarnya kesenangan. Jika bukan untuk hari ini, tapi untuk hari kemudian.
Kesusahan adalah guru kesenangan, yang paling tegas mengajar. Guru ini tidak pernah lalai dan memanjakan. Guru ini garang dan menyakitkan. Guru yang memaknakan ketegasan dan kesakitan.
Terseksa dengan guru ini, barang kali.
Namun, bukankah tanpa guru ini, kita mudah tersesat leka?
Percayalah, bersama kesusahan itu ada kesenangan [94 : 5-6].
Percayalah, kita tidak boleh terus menggapai kecemerlangan, tanpa menempuh sukar, tanpa berjalan dalam susah.
Apabila perjalananmu menjadi susah, kesusahan itu sebenarnya telah memulakan perjalanan!

Hari Tanpa beg plastik





Semalam aku ke farmasi Rawang bersama zauji..tiba-tiba mataku terpandang pintu masuk farmasi "Hari Sabtu merupakan Hari Tanpa Beg Plastik" oh ok.. satu kempen yang agak menarik... dan baru dilaksanakan pada 9 Januari 2010 di Selangor.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Pada waktu itu kami memang tidak membawa beg atau beg kertas. Mujur mereka memberi beg kertas kepada kami.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pengunaan beg plastik. Bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

Kerajaan negeri Selangor  memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dalam usaha ini.”

Sejak kempen ini dilancarkan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu, jumlah syarikat di dalam Selangor yang menyertai kempen ini telah meningkat kepada 15 buah.


Antara syarikat besar yang menyertai kempen tersebut ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.

Kempen ini akan dijalankan selama enam bulan buat peringkat awal dan kesannya akan dinilai bagi mempertimbangkan sama ada perlu menambahkan hari kempen tersebut.

Rabu, 20 Januari 2010

SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK-ANAKKU


Hari ini keluar senarai penuh pelajar Tingkatan 4 yang dapat pindah ke MRSM PKP(Bitara)..walaupun kebanyakan pelajar Tingkatan 4 sudah mengetahui keputusan tersebut pada minggu lepas lagi namun keputusan rasmi masih belum mereka ketahui… Apabila meneliti senarai nama yang berjaya ke MRSM PKP, tiba-tiba hati menjadi sayu..Tahun ini jumlah yang dapat ke MRSM PKP agak sedikit berbanding tahun lepas. Walau apapun, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada 29 pelajar yang berjaya ke MRSM PKP…

Tahniah dan Syabas buat anak-anak tercinta..

MRSM TUN GHAFAR BABA

Khaliq, Addin, Herman, Daniel, Naqib, Zhafriel, dan Anis Syakira

MRSM TAIPING

Amir Hamzah, Nasrul, Faris, Saufi, Rushaidi, Shazril,Shahmiyadiy, Syed,
Sahira, Shahira, Afiqah, Amanina, Fathin, Nabilla, Aqilah, Hajar S, Amalina Athira

MRSM PENGKALAN CHEPA
Nik Al-Zawier



pelajar lelaki yang dapat pindah ke MRSM PKP..





Pelajar puteri Tingkatan 4 2010(selesai Slot Pengucapan Awam)

Selesai menulis


Alhamdulillah...selesai tugas memantau dan membimbing pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan menulis esei integriti 2009.. Terima kasih yang tidak terhingga buat Sahira, Amalina Athira, Saufi, Rushaidi, Azren Putra dan Alif kerana telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam menyiapkan esei ini. Semoga kalian akan tetap terus menulis.. Ingatlah inilah medium terbaik untuk kita menyampaikan buah fikiran dan pendapat dalam membincangkan sesuatu isu.. Tambahan , dengan cara ini kita dapat mengasah minda dan kemahiran kita dalam menulis karangan dan Insya-Allah CEMERLANG BAHASA MELAYU...
Ingatlah, Jangan sesekali kita mengalah walapun tidak memenangi pertandingan tersebut.. Teruskan usaha... buat Sahira dan Saufi tahniah kerana memenangi pertandingan tersebut pada tahun lepas.. Insya-Allah ada rezeki menang lagi...Buat anak-anak yang lain, Insya-Allah ada rezeki kalian pun boleh menang juga...;)



Khamis, 14 Januari 2010

Mulakanlah dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih


Sebelum memulakan apa-apa jua perbuatan sama-samalah kita cuba mulakan dengan ucapan Bismillah... Insya-Allah segala perbuatan yang kita lakukan itu mendapat keberkatan daripada Allah Taala...


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah Barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan kepada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga Neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30). Ibnu Mas'ud berkata:'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'


7. Setiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga setiap huruf berkata, 'Sesiapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di Syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.



Tazkirah


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
















Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut



Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a., dan 'Ali r.a., berada di rumah Sayyidina Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayyidatina Fatimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut berada di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).


Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata: "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti di atas sehelai rambut".

Sayyidina Umar r.a. berkata: "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".


Sayyidina Usman r.a. berkata: "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".


Sayyidina 'Ali r.a. berkata: "Tetamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tetamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".


Sayyidina Fatimah r.ha.berkata: "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".


Rasulullah SAW berkata: "Seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".


Malaikat Jibril AS berkata: "Menegakkan ciri-ciri agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti di atas sehelai rambut".


Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat Syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


Begitulah ucapan-ucapan yang diutarakan oleh Allah taala, Malaikat Jibril alaihissalam, Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat r.anhum yang menggambarkan bahawa matlamat hidup seseorang ciptaan Allah taala, khususnya manusia adalah semata-mata penghujungnya untuk menegakkan Agama Islam di atas bumi ini.


Amat malang bagi seorang manusia yang berlatarbelakangkan agama meminggirkan matlamat ini, seolah-olah tidak memahami matlamat ilmu yang dipelajarinya. Mudah-mudahan kita semua bermuhasabah selagi umur masih ada ni, khusus diri ini sendiri...

Rabu, 13 Januari 2010

Biah Solehah ....



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

“Salam. Saya ada satu soalan. Macam mana nak wujudkan suasana islamik dalam kalangan komuniti yang tidak islamik?contohnya di sekolah-sekolah harian”.


Soalan yang mudah untuk dijawab secara teori, tetapi memerlukan mujahadah atau kesungguhan yang tinggi untuk menjayakannya. Saya yakin pelajar yang bertanyakan soalan begini adalah pelajar yang betul-betul sayang akan Islam. Mahu melihat Islam diamalkan oleh orang lain. Hasilnya kehidupan masyarakat di dalam komuniti tersebut akan lebih harmoni dengan cara hidup Islam yang diamalkan.

Namun begitu, unsur terpenting di dalam melakukan perubahan ini adalah penghuni komuniti itu sendiri. Sekiranya di pejabat, pekerja pejabat itu sendiri. Sekiranya di sekolah, mestilah pelajar di sekolah diberi perhatian. Hal ini demikian kerana manusia yang mendiami sesebuah tempat tersebutlah yang akan mencorakkan tempat tersebut. Maka manusialah yang perlu diubah, bukannya suasana. Sekiranya diubah manusia, maka suasana tersebut secara automatiknya akan berubah.

Perubahan mestilah daripada “in sight out” bukannya “out sight in”. Berubahan dari dalam keluar, bukannya dari luar ke dalam. Merubah manusia supaya merubah suasana, bukan merubah suasana untuk merubah manusia.

Sekolah Agama

Lazimnya selalu kedengaran pelajar sekolah agama menjadi baik disebabkan suasananya. Sebagai contoh sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah, SMAP Kajang, SMAP Labu dan banyak lagi. Namun tidak dapat dinafikan ada segelintir daripada mereka sukar untuk diubah sikap mereka. Sering kali diungkapkan di dalam siri-siri training yang dijalankan berkenaan roda perubahan manusia ini.

“Untuk menjadikan dunia ini baik, orang yang menghuninya mestilah dibaiki. Untuk memperbaiki manusia, kita perlulah memperbaiki hatinya. Untuk memperbaiki hatinya, kita perlulah memperbaiki solatnya. Kerana solat itulah yang akan merubah diri manusia tersebut”.

Sememangnya suasana sekolah agama itu baik, tetapi yang menjadikan hal ini baik adalah penekanan kepada soal akidah dititikberatkan di dalam sekolah. Hal ini berjalan secara langsung iaitu melalui subjek-subjek yang diajar atau secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran, usrah dan sebagainya yang dijalankan secara tidak formal di surau melalui Badan Dakwah Dan Rohani.

Penekanan kepada solat jemaah juga menyebabkan jiwa para pelajar terbina dengan roh Islam. Lazimnya pelajar yang culas untuk solat inilah yang akhirnya membawa kepada masalah. Sering ponteng program di surau dan aktiviti yang dijalankan. Jiwa mereka tidak terbangun kerana mengabaikan makanan rohani.

Mungkin sekali imbas kita nampak suasana sekolah membentuk pelajar yang baik, tetapi ketahuilah kita bahawa suasana yang baik itu dibentuk oleh pelajar yang baik rohani. Agak sukar sebenarnya untuk kita mewujudkan  “Biah Solehah”. Namun, begitu kesungguhan dan keikhlasan penting dalam usaha untuk mewujudkan biah solehah ini.

Rindu suasana di KISAS...

Pemandangan pejabat di KISAS

5 keunikan di KISAS

Slogan yang menjadi pencetus semangat mujahad

Selasa, 12 Januari 2010

Di manakah keikhlasan??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Kejujuran dan keikhlasan bukanlah satu ciri atau tingkah laku mahupun benda yang boleh kita nilaikan daripada mata kasar. Malahan, pada pendapat saya kita sebagai manusia biasa tidak layak pun untuk menentukan sama ada seseorang itu jujur atau ikhlas. Kejujuran dan keikhlasan seseorang melaksanakan sesuatu tugas, tidak kira anda seorang guru atau pun tidak, hanya boleh ditentukan oleh Allah S.W.T.




Adakah kerana seseorang guru itu menerima bayaran untuk tugasan mengajarnya menyebabkan guru tersebut tidak jujur dan tidak ikhlas?



Kalau begitulah keadaannya, minta maaf saya terpaksa cakap bahawa semua guru di dunia ini bukanlah guru yang ikhlas dan jujur kerana semua guru di dunia terutamanya di Malaysia dibayar gaji oleh kerajaan untuk mengajar di sekolah. Itu kalau sekolah kerajaan. Apatah lagi guru sekolah swasta dan guru tuisyen yang nyatanya kadar bayarannya adalah lebih tinggi berbanding guru kerajaan.



OLeh itu, di mana dan bagaimana dengan kejujuran dan keikhlasan guru?



Hakikatnya, guru juga seorang manusia biasa seperti anda dan jiran anda. Hehehe.. Seorang guru juga ada bil yang perlu dijelaskan, ada anak isteri (atau suami) dan tanggungan yang perlu disediakan makan minum, pakai dan tempat tinggal. Lebih hebat lagi, seorang guru juga perlu mengeluarkan sejumlah wang poket sendiri untuk memastikan dirinya sentiasa up-to-date dengan ilmu dan teknologi yang terkini, tidak kiralah sama ada untuk membeli buku dan bahan rujukan atau mempunyai talian internet di rumah.



Tambahan pula, anak-anak zaman sekarang lebih meluas pemikirannya. Mereka sudah pandai menentukan sama ada seseorang guru itu cantik, kemas ataupun selekeh dan lebih kurang saja penampilannya. Bukan murah kosnya untuk memastikan kita sentiasa tampil kemas dan menarik di hadapan mata murid-murid. Guru yang kemas dan menarik akan dapat memastikan perhatian murid-murid sentiasa berpusat padanya sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran.



Oleh itu, masih relevankah jika guru zaman sekarang hanya dihadiahkan pisang, durian, ubi kayu ataupun kain pasang sebagai tanda terima kasih kerana mengajar anak-anak?



Pembaca yang saya hormati,



Pepatah inggeris ada menyebut, “If you pay nuts, you get monkeys”. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, ‘you get back what you give’. Apa yang anda beri (atau bayar) itulah yang anda dapat. Jika pisang yang anda bayar kepada guru yang mengajar anak-anak anda, maka menjadi monyetlah anak-anak anda itu. Hehehe.. Bukan gurunya yang menjadi monyet!



Begitulah keadaan dunia zaman sekarang. Masakan sama dengan 20, 30 tahun yang lampau. Bahkan langsung tidak sama dengan 10 tahun yang lepas.



Bagaimanapun pada pendapat saya, masih ada ruang untuk guru zaman sekarang memiliki kejujuran dan keikhlasan mengajar walaupun menerima bayaran. Guru perlu memberikan lebih sedikit daripada apa-apa yang perlu diajar. Jika janjinya mengajar murid-murid mengira, guru boleh memupuk tingkah laku yang baik pada murid-murid yang diajar. Ataupun menunjukkan pada murid bagaimana mereka boleh belajar sendiri di rumah. Itukan nilai tambah, tidak termasuk pun dalam perjanjian mengajar dan bayaran.



Kembara Mencari Erti Kehidupan


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Alhamdulillah,Akhirnya dapat juga menulis sepatah dua untuk blog ini yang telah lama terbiar. Memang sudah agak lama meninggalkan blog ini dengan membiarkannya terus diam dan membisu. Melihat blog rakan-rakan yang lain, ternyata aku sudah jauh ketinggalan. Mungkin kerana kurangnya ilmu untuk dikongsikan atau ketandusan idea untuk menulis. Teringat kata-kata seorang ustaz dalam mukaddimah Kuliah hadis 40 berkenaan Imam Nawawi.

Ust tersebut menjelaskan bahawa Imam Nawawi ketika ingin menulis Kitab Hadis 40, Ulama besar ini beristikharah kepada Allah supaya diberikan petunjuk sama ada ingin meneruskan hajatnya untuk menulis atau tidak. Lantas Ustaz itu bertanya pula kepada sidang hadirin yang khusyuk mendengar,

"adakah anda para bloggers beristikharah sebelum membuat sebarang artikel untuk dipersembahkan kepada tatapan umum atau main belasah je..?"

Dalam tempoh 'uzlah' ni, banyak juga yang difikirkan untuk diluahkan dan dikongsi dalam bentuk tulisan. "Keyword" dan idea sudah ada tapi masih belum pandai mencuri kesempatan untuk menulis.

Insya-Allah dalam masa terdekat akan bermula episod baru penulisan dalam Kembara Mencari Erti Kehidupan...Doakan moga penulisan akan datang lebih baik dan membawa manfaat untuk semua. Sekadar tu dulu untuk diluahkan setelah sekian lama tidak menulis. Wallahua'lam Bissawab..