Khamis, 24 April 2014




Assalamualaikum.

Tiba-tiba teringat lagu mirai-kiroro... Suatu ketika dulu lagu ini menjadi siulan zaman era awal 2000 tak silap... Sewaktu itu menjadi guru ganti di sekolah rendah... murid-murid tahun 5 menyanyikan lagu ini sempena hari Guru... Kagum mereka dapat menghafal lirik lagu ini dan teringin sangat nak tahu maksud lagu itu... Setelah biasa dengar barulah faham akan maksud lirik lagu ini... Sangat menyentuh hati dan perasaan... Sebenarnya lagu ini merupakan sebuah lagu tentang perjuangan untuk hidup
MIRAI
Hora ashimoto wo mite goran
Look! Look at your feet
Kore ga anata no ayumu michi
This is the road you walk
Hora mae wo mite goran
Look! Look ahead of you
Are ga anata no mirai
That is your future

Haha ga kureta takusan no yasashisa
My mother gave me so much kindness
Ai wo idaite ayumeto kurikaeshita
"Embrace love and walk," she said over and over
Ano toki wa mada osanakute imi nado shiranai
At that time I was still immature
Sonna watashi no te wo nigiri
Even I'm in that condition. She held my hand
Issho ni ayundekita
And walked with me

Yume wa itsumo sora takaku aru kara
Our dreams are always high in the sky
Todokanakute kowai ne dakedo oitsuzukeru no
It's scary that they might not come true. But we still continue to chase them
Jibun no sutoori dakara koso akirametakunai
Because it's our story, we don't want to give up
Fuan ni naru to te wo nigiri
When I was unsure, she held my hand
Issho ni ayundekita
And walked with me
** sono yasashisa wo toki ni wa iyagari
There were time when I hated that kindness
Hanareta haha e sunao ni narezu
When separated from my mother I couldn't be obedient
 
Terjemahan nya:
Lihatlah langkah anda,
Inilah jalan yang anda lalui,
Lihatlah,apa-apa yang berlaku kelak,
Itulah masa depan anda.
Ibuku banyak berikan tunjuk ajar,
"Pelukan sayang dan majulah" ulanginya
Akan tetapi ketika itu aku masih kecil dan tidak
mengerti apa-apa yang diucapkan,
Namun,dia tetap berikanku inspirasi,
Bersama-sama,aku peroleh kejayaan.
Keindahan mimpi datangnya dari langit yang tinggi,
Namun begitu,ia seolah-olah lumpuhkan semangatku
sehingga aku mungkin tidak dapat kecapinya,
Dengan semangat yang ada,aku cuba
mencapainya dan aku tidak akan putus asa,
Namun,dia tetap berikanku inspirasi,
Bersama2,aku peroleh kejayaan.
Namun,semangat itu mula menghilang,
Kerana ibu meninggalkan aku dan ia adalah takdir
yang tak dapat aku terima…
Bersabarlah,
ketika menuju masa akan datang…
P/s:
Kesimpulannya,kita perlulah berusaha untuk
mencapai kehidupan akan datang yang
bahagia.Jangan mudah berputus asa dengan
kegagalan hari ini. Kuatkan semangat dan cekalkan hati. Ambillah setiap dugaan yang berlaku sebagai satu
pengajaran untuk kita baiki diri dan jangan sesekali kita
berbangga dengan kejayaan kita kecapi hari ini.  ….Tanpa bantuan tunjuk ajar dan
semangat juga kita tidak akan dapat  mencapai apa-apa yang
diimpikan selama ini…….Oleh itu,marilah kita
memajukan diri dan berusaha dengan gigih untuk menuju
kejayaan di dunia dan di akhirat.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian...bersakit-sakit dahulu...bersenang-senang kemudian...
 

Rabu, 23 April 2014

Marah Tanda Sayang


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
 
Tidak ada seorang pun yang apabila ditanya sama ada dia suka dimarahi atau tidak, pastilah jawapannya tidak. Saya sendiri pun tidak suka apabila dimarahi (huhu). Namun, marah seorang guru berbeza dengan marah seorang ayah. Marah seorang kawan berbeza dengan marah seorang adik. Apabila guru marah, tanda dia tegur kita, dia cabar kita, kita bersemangat.  Marah bukan benci, tapi tanda sayang. Tetapi, bukanlah marah yang tidak bertempat. Ucaplah terima kasih melalui hati kerana kita dimarahi. Jika seseorang tidak menegur kita, itu maknanya, orang sudah tidak sayang pada kita. Sampai bila kita hendak betul kalau tidak pernah dimarahi dan tidak suka ditegur??

Carilah hikmah di sebalik kita kena marah. Kenapa guru sering marah kita? Kenapa ibu bapa sering tegur kita? Kita selalu menganggap itu suatu yang negatif dan terus memprotes mereka. Sekiranya kita tidak membendungnya maka akan menjadi kudis yang bernanah dan akan membengkak dan menjadi barah yang bias menghancurkan diri kita...

Andai seorang guru memarahi anak muridnya, guru itu ingin membaiki kelemahan anak didiknya itu. Guru ingin anak didiknya sedar. Guru memberi kata semangat dan motivasi melalui luahan amarahnya. Guru memarakkan nyalaan api untuk menuntut ilmu dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Bukan belajar main-main. Belajar bukan senang, oleh itu, kita kena bersungguh-sungguh untuk menggarap buah kejayaan di dunia dan akhirat. Andai seorang ibu atau ayah memarahi anaknya pula, itu tandanya mereka prihatin dengan anak. Mereka tidak terus-terusan membiarkan anaknya leka dan lalai dalam mengharungi kehidupan. Andai anak berbuat salah, mereka tegur. Andai anak lalai, mereka mengingatkan. Marah mereka kerana sayang akan anak-anak. Bukan kerana benci! Maka..bagaimana anak-anak? mahu dimarahi atau mahu guru atau ibu bapa kita membiarkan kita dengan dunia kita tanpa perlu menegur dan membimbing kita ke jalan yang benar.
 
CARI HIKMAH SETIAP HARI

Setiap hari, peruntukkanlah sedikit masa untuk menulis dan merenung hikmah yang terjadi pada hari ini, esok dan seterusnya. Jangan biarkan hari-hari yang dilalui kita pergi berlalu tanpa sebarang hikmah.
 
Contohnya, ketika kita sedang dimarahi oleh guru dek kesilapan kita sendiri. Kita tidak siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Cuba kita hayati kata-kata guru itu. Bebelannya tidak pernah sia-sia malah amat berharga untuk kita membaiki diri kita dalam pelajaran. Tulislah di dalam buku hikmah kita (twitter mungkin) apa-apa yang kita dapat daripada nasihatnya. Hikmahnya :

- Buat kerja sekolah bersungguh-sungguh sampai siap, barulah tak kena marah.
- Jangan malas buat kerja sekolah. Malas tu sifat mazmumah!
- Dengar dan amalkan nasihat cikgu, barulah ada kaf , ba, ra, kaf, alif, ta,      
   nun....KEBERKATAN
 
 
Kesimpulannya : Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru kita dan juga ibu bapa kita... Lafazkanlah perkataan sayang kepada mereka...nescaya bergetar hati mereka dan tiada perkataan yang mampu untuk diungkapkan melainkan rasa sayang mereka juga kepada diri kita...Percayalah...
 
Hikmahnya : Kadang-kadang, muhasabah 5 minit itu boleh menyelamatkan kita daripada dibaham api Neraka.
 
 

Rabu, 16 April 2014

Andaiku Tahu....



Allahurabbi... belakangan ini hampir setiap hari mendengar berita yang sangat sedih menimpa rakan-rakan dan juga anak- anak murid yang kehilangan orang yang tersayang... 3 orang kehilangan ibu dalam sekelip mata... kehilangan nenek, mak cik, dan yang paling sangat memilukan kehilangan anak yang berumur seawal empat bulan.. Masya-Allah...sungguh hebat mereka ini diuji oleh Allah ... sungguh tabah dan cekal mereka menempuh dugaan yang amat berat ini...

 Hari Sabtu baru-baru ini sempat menziarahi seorang anak murid Tingkatan 3 yang kematian ibunya. Syahdu sangat melihat wajahnya... sewaktu tiba di rumahnya dia sedang memandikan jenazah ibunya... Dalam umur yang sangat muda telah merasai pengalaman seumpama itu. Seusai memandikan jenazah baru dapat bersua muka dengannya lantas segera datang memeluk saya untuk melepaskan rasa kesedihan kehilangan ibunya yang tercinta..menitis air mata ini melihatnya...hanya kata-kata semangat yang mampu diberikan.. adik kecil yang berumur 6 tahun tidak mengerti apa-apa yang sedang berlaku...tidak menyedari pun yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya.. Besar tanggungjawab pelajar ini untuk menjadi kakak dan dalam masa yang sama menggalas taggungjawab ibu kepada adik-adiknya... Masya-Allah..semoga dikau akan terus tabah dan mampu untuk memikul amanah yang amat besar ini...
 
Namun, saya cukup tenang apabila melihat rakan baik sewaktu belajar di Kolej Islam (KISAS) dahulu apabila beliau diuji oleh Allah  anaknya yang berumur 4 bulan telah menghadap illahi...Meninggal di rumah pengasuh secara tiba-tiba... Dia tidak membuat post mortem pun pada jenazah anaknya...Dia reda yang anaknya telah  pergi meninggalkannya... Post yang diletakkan di facebook ini menampakkan betapa redanya dia menerima ujian Allah ini...Masya-Allah...

MUHAMMAD HABIBILLAH BERSEMADILAH DIKAU DI SANA DGN TENANG...BIDADARI SYURGA MENANTIMU...30/12/2013-14/04/2014...SEMOGA BAHAGIA BERSAMA PENCIPTAMU...

Habibullah bermain dgn bidadari di syurga

Bersemadilah dengan tenang wahai ank ku...nnt kan ummi abah ngn abg ilham di syurga ye sayang....wahai MUHAMMAD KEKASIH ALLAH...MUHAMMAD HABIBULLAH...

Begitulah hebatnya mereka ini menerima ujian daripada Allah... Maka...

Hargailah denyut nafas yang dipinjamkan-Nya. Sesungguhnya, nyawa yang dianugerahkan umpama bateri pada sebuah kereta. Tanpa bateri, kereta tidak akan dapat dihidupkan. Ada bateri yang menunjukkan tanda untuk rosak. Ada juga yang tiba-tiba sahaja rosak. Begitulah nyawa kita; adakala tanpa tanda, kita dipanggil Ilahi.


Hidup ini pasangannya ialah mati. Sepeti pagi pasangannya ialah petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan Syurga ialah Neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai pasangan. Yang tiada pasangan hanya Allah sahaja.


Sedarlah… kita semua ialah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandi melakukan apa-apa yang kita mahu.


Jika kita bertamu ke rumah orang, kita seharusnya menjaga perilaku kita di tempat yang bukan milik kita.  Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.


Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Segala yang ada di bumi ini sudah ada saat mata kita tercelik kerana  hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya ialah ciptaan Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-Nya, hirup udara-Nya, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?


Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan. Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.
 
Andaiku Tahu...Kapan tiba masaku....
 
 

Rabu, 9 April 2014



Allahurabbi... Rasa rindu di hati ini untuk mempelajari bahasa syurga...rindu suasana pengajian di KISAS.. rindu untuk berbahasa Arab bersama-sama rakan dan guru.. Memang banyak sangat kosa kata Arab yang sudah luput diingatan ini... Sedih dan sangat sedih.. Apabila ilmu tidak diamalkan inilah jadinya... Ibarat pepatah arab "Al-'ilmun bila 'amalin, ka syajaratin bila tsamarin.." sebuah pepatah arab..pepatah yang pendek,namun penuh dengan maksud yang mendalam..."Ilmu tanpa amal,ibarat pohon tiada berbuah".... Apabila melihat anak-anak pelajar yang menyambung pengajian di Timur Tengah hati ini berasa amat bangga kerana kalian memilih untuk berada di sana.. Semoga kalian dapat mengutip segala ilmu yang ada di bumi para anbia'...
Secara kesimpulannya,marilah kita mngamalkan ilmu yang kita ada ini sebaik-baiknya....ilmu ini milik Allah..kita hanya meminjam ilmu-ilmu itu,sebagaimana kita meminjam kehidupan kita ini...jika Allah mahu,bila-bila masa DIA boleh menariknya kembali..sama-samlah kita berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat yang boleh kita manfaatkan untuk kebaikan kita semua,insya-Allah...=)





JOM BERBAHASA ARAB



1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang  

      banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)

      @Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah

      bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah ,

      inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai

      ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami



ucapan harian:
1 astaudi'ukumulah - semoga berada di dalam jagaan Allah
2 fi amanillah - semoga aman
3 wa iyyakum - demikian juga kepadamu
4 la ba'sa - tidak mengapa
5 la 'alaika - tidak mengapa
6 minal 'aidin wal faizin - semoga dapat meraikannya lagi dan berjaya
7 ajma'in - untuk kita semua
8 bissihhati wassalamah - semoga diberikan kesihatan dan keselamatan
9 alfu mabruk - tahniah/seribu keberkatan
10 Allahu yubaariku fik - terima kasih/semoga Allah memberkatimu
11 Allahumma amiin - semoga Allah mmperkenankan doamu
12 syafaakallah (L) syafaakillah (P) - semoga Allah menyembuhkan penyakitmu
13 'idil milaadin sa'id - selamat hari lahir
14 wallahu 'a'lam - Allah Maha mengetahui


5S Jabatan Bahasa 2014


 
 
Sebut 5S memang sudah sebati dalam kalangan warga Pasir Salak ini... Sisih.. Sapu.. Susun.. Seragam.. dan Sentiasa Amal sudah ada dalam ingatan pelajar, guru dan kakitangan maktab. Namun, yang paling memerlukan pengorbanan dan penghayatan yang lebih untuk Sentiasa Amal... ;-) Namun, kami berusaha untuk sebaik mungkin mengekalkan momentum ini sehingga akhir tahun... Alhamdulillah apabila dapat dikekalkan maka dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan seronok untuk bekerja... Maka, inilah hasilnya...
 
 
 
Pada masa akan datang akan tunjukkan 5S dan keceriaan kawasan maktab..
Insya-Allah...
 

Selasa, 8 April 2014

Mekarnya bunga sakura di Pasir Salak


Entri  hari ini berkisarkan fenomena musim bunga yang melanda Malaysia sejak penghujung Mac 2014 hingga sekarang. Apa yang uniknya dengan pemandangan sekitar kita sekarang ini ialah keindahan panorama pohon rendang yang berbunga lebat yang boleh dilihat dengan jelas di negeri-negeri di utara semenanjung juga di bahagian lain seperti di selatan tanah air. 
 
Pemandangan ini mampu memukau setiap mata yang memandangnya dek  cantiknya bunga-bunga yang berkembang mekar dengan pelbagai warna lembut seperti merah jambu, putih dan kuning. Seolah-olah kita berada di Negara Jepun atau Korea sambil menikmati kembang mekar bunga Sakura. 

Namun yang ada di Malaysia ini bukanlah pohon sakura tetapi sejenis tumbuhan asli yang diimport dari negara-negara Amerika Latin. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan asli yang banyak terdapat di negara seperti Brazil, Argentina, Paraguay, Bolivia, Peru, Trinidad and Tobago, Venezuela, Mexico, Equador, Costa Rica dan kebanyakan negara Amerika Latin yang lain. 
 
Namun, perkara yang membimbangkan ialah fenomena pelik yang berlaku akhir-akhir ini membuka mata untuk bermuhasabah diri . Daripada banjir yang berlaku akhir bulan Disember diikuti musim sejuk yang amat dalam bulan Januari dan disambung pula musim kemarau pada bulan Februari hingga Mac. Kini musim bunga pula... Cuma negara kita belum merasai musim salji saja lagi. Nauzubillah..semakin dekat kita dengan hari Kiamat... Semoga kita sama-sama mengambil iktibar atas setiap perkara yang berlaku dan kembali berpegang teguh kepada ajaran Islam.
 
Fenomena musim bunga ini memang setiap tahun dirasai oleh warga MRSM Pasir Salak. Bunga inilah yang menjadi penyeri maktab ini dan kanak-kanak riang ini dapat merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t... Maka, nikmat Allah yang mana kamu dustakan?
 
 

 

Isnin, 7 April 2014

Selamat Menghadapi Ujian Selaras 2


Alhamdulillah.. Hari ini bermulanya Ujian Selaras 2...Dalam kesibukan membuat persiapan untuk Pertandingan Keceriaan yang dianjurkan oleh MUAFAKAT Kebangsaan, para pelajar terpaksa bertungkus-lumus untuk membahagikan masa membuat ulang kaji dan dalam masa yang sama gigih untuk menceriakan kelas dan juga asrama. Rasa kagum juga dengan semangat guru-guru dan warden yang penuh bersungguh-sungguh untuk memastikan misi ini berjaya. Insya-Allah pada petang ini beberapa orang juri dari luar akan menilai keceriaan di maktab ini. Buat para pelajar, jangan direnung letihnya usaha, namun fikirlah manisnya kejayaan. Perkara yang paling penting ialah usaha dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah.. USAHA+DOA+TAWAKAL = SUKSES...
 
Bersama-samalah kita berdoa agar mudah-mudahan ALLAH memperkenankan doa-doa hambanya...Allah telah berpesan dalam firmannya yang berbunyi...."ud'uni...astajib lakum"...berdoalah kepadaku..maka pasti akan aku kabulkan...Oleh itu,...walau apapun ujian yang bakal kita tempuh...jangan lupa berdoa kepada-NYA...sebab DIAlah sebaik-baik perancang...dan dia MAHA MENGETAHUI segala sesuatu...

"man jadda wajada..waman zaro'a hasoda"..