Khamis, 15 April 2010

pulang bermalam...

Hari ini rasa sunyi pula kat jabatan.. kak intan, kak dila, Kak Izan dan Deepa tidak ada di jabatan... Kak Intan masih cuti lagi.. Kak Dila dan Deepa pergi ke UIA untuk pertandingan debat (Jumaat - Rabu)...Kak Izan pula mc...
Persiapan untuk Minggu Bahasa Zon Barat masih belum sepenuhnya.. Selesai ujian Selaras 2 minggu depan semua guru jabatan bahasa terpaksa bertungkus lumus untuk membuat persiapan. Tahun ni Minggu Bahasa akan dilaksanakan di MRSM Lenggong awal bulan Mei... Peringkat kebangsaan pula di MRSM Kuala Kubu Bharu...
Hari ini juga, pelajar-pelajar boleh pulang bermalam.. Namun, aku tetap setia menunggu di sini menjaga anak-anak yang tidak sanggup untuk berpisah dengan maktab kerana terlalu cinta dan sayang untuk berada di sini.. Oleh itu, terpaksalah menjaga 70 orang pelajar puteri yang tidak pulang bermalam disebabkan kami (dgn kak fiza) yang jadi warden mingguan minggu ini. Buat rakan-rakan guru, selamat bercuti...dan buat anak-anak gunakan waktu dan cuti dengan sebaiknya. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam Ujian Selaras 2 nanti...  

Rabu, 14 April 2010

YB turun padang...

Petang semalam pihak MRSM Pasir Salak menerima kunjungan daripada YB Norashikin ... Kunjungan tersebut agak mengejutkan kami... Tambahan pula pihak RTM pun turut serta dalam kunjungan tersebut. Makluman yang diterima daripada Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik (HEA), kunjungan itu disebabkan oleh terdapat  ibu bapa pelajar yang membuat aduan tentang air yang berkarat ke pihak radio RTM...Oleh sebab itu, YB terpaksa turun kawasan untuk mengesahkan sama ada aduan itu betul atau tidak..setelah pemantauan dilakukan, ternyata aduan itu tidak tepat... TP HEA menyatakan rasa kecewa terhadap sikap ibu bapa yang tidak menyelidiki maklumat yang diperoleh kepada pihak maktab, bahkan terus membuat aduan kepada pihak atasan... Seharusnya, pihak ibu bapa perlu merujuk dan berbincang dahulu dengan pihak maktab sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa kerana....kadangkala maklumat tersebut tidak tepat ... Teringat kisah sepanjang 3 tahun aku mengajar di sini... sudah 3 kali ibu bapa mengugut untuk menyaman dan membawa isu yang sangat remeh kepada pihak atasan... Kadangkala kecewa dengan sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga perkara yang remeh diperbesar... Kisah paling lucu yang pernah aku alami sewaktu aku menegur seorang pelajar perempuan yang memakai seluar pendek paras paha di hadapan rakan-rakan perempuan yang lain... Aku tidak cakap banyak dan meminta pelajar tersebut menyerahkan seluarnya kepadaku... Tidak ada nada marah yang dikeluarkan daripada mulut ini...Namun, ibu kepada pelajar ini terlalu marah dengan tindakan yang aku lakukan. Aku diherdik, dihina dan macam-macam lagi sehinggalah ibu pelajar tersebut mengugut aku untuk membawa kes itu kepada Datuk Noh Omar yang pada waktu itu menjadi Menteri Pembangunan dan Keusahawanan... Namun, aku tidak gentar sama sekali dengan ugutan itu, kerana berkata benarlah walapun perkara itu pahit.." dan akhirnya ...kebenaran mengalahkan kebatilan...

"Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan...sayangkan anak, tangan-tangankan..."

MRSM Pekan

Simpati kepada rakan-rakan guru yang mengajar di MRSM Bentong.. baru setahun mengajar di sana...terpaksa berpindah untuk tempoh 3 tahun ke MRSM Pekan yang akan dibuka pada bulan 5. Walaupun mereka diberitahu perpindahan tersebut hanya untuk tempoh 6 bulan, namun, mereka menyedari itu semua hanya kata-kata untuk menyedapkan hati...MRSM Bentong terpaksa di baik pulih selama 3 tahun ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 7 Disember lalu... semua guru dan pelajar akan berpindah ke sana kecuali pengetuanya. Dengar khabar mengatakan ramai juga guru yang  mengisi borang perletakan jawatan kerana tidak sanggup untuk berpindah ke MRSM Pekan...

Sabtu, 10 April 2010

Permata Srikandi Perjuangan


Rasa rindu dengan Program Untukmu Srikandi... Kalau nak diikutkan memanglah masa 2 hari satu malam itu  terlalu singkat dan tidak mencukupi... banyak lagi mesej yang ingin disampaikan kepada mereka.. Cerita tentang srikandi... Sejarah membuktikan srikandi turut berjuang dalam mempertahankan kedaulatan Islam. Nama-nama srikandi seperti Saidatina Khadijah r.a, Rabiatul Adawiyah, Sumayyah, Saidatina Aisyah r.a sanggup berkorban apa-apa sahaja untuk Islam yang tercinta. Srikandi sebeginilah yang didambakan kehadirannya.
Wujudnya mereka sebagai memberi sokongan kepada pejuang-pejuang lelaki. Namun, bagi diri mereka kerana Islam adalah tujuan terutama. Sejarah Saidatina Khadijah menunjukkan harta kekayaan diserahkan untuk membangunkan Islam. Tiada kepentingan diri diperutamakan. Sokongan demi sokongan diberikan kepada suami tercinta yang juga utusan Allah, Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W. Tiada berbelah bagi ketaatan diserlahkan melalui kasih sayang dan kecintaan.
Rabiatul Adawiyah srikandi yang sering mendambakan kasih sayang dan kecintaan hanya kerana Allah. Kehormatan dan maruah diri sering diperlihara. Dunia dinyatakan dalam diri sebagai sementara dan syurga yang kekal abadi menjadi dambaan hati. Kesucian diri sering diutamakan. Segala perintah Allah ditunaikan dan laranganNya dijauhi. Tiada kesangsian dalam diri untuk berjuang di jalan Allah.
Sumayyah perlu dicontohi ketabahan dan kecekalan dalam memepertahankan keislaman diri serta keluarga. Tiada ketakutan ke atas peristiwa yang berlaku walaupun pelbagai seksaan dikenakan. Hanya Allah sahajalah bagi dirinya berserah. Syurga tetap menjadi idaman. Tiada kekesalan untuk mempertahankan keislamannya walaupun diseksa teruk.
Peristiwa fitnah yang berlaku ke atas Saidatina Aisyah selepas pulang dari perang Musthalik menguji kesabarannya. Bukan sahaja Aisyah, bahkan turut menguji Rasulullah dan para sahabat ketika itu. Pelbagai cacian dan tohmahan berlaku. Namun kesabaran Aisyah dalam mempertahankan maruah Islam dikagumi. Tetap bersabar demi membela maruah diri dan Islam.
Perhatikanlah kisah-kisah srikandi yang sentiasa cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba. Dugaan demi dugaan perlu ditempuhi dan digagahi. Namun diri tetap kepada pendirian kerana rasa cinta yang teguh kepada Islam.
Adakah masih ada srikandi yang menyerupai akhlak-akhlak srikandi Islam terdahulu. Srikandi yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi Islam. Yang sentiasa tabah, cekal dalam mengharungi dugaan serta cabaran.

Percayalah bahawasanya sifat itu pasti ada dalam diri srikandi masa kini. Hal ini dipamerkan dan dibuktikan sekiranya Islam tetap menjadi landasan utama dalam diri. Maruah sentiasa dipelihara, perintah Allah dituruti larangan dijauhi. Tindak tanduk berlandaskan Al-Quran As-Sunnah. Keimanan dalam diri diserlahkan melalui cara berkata-kata, berpakaian dan bergaul.

Bahagialah sekiranya wanita berusaha menjadi srikandi Islam. Dalam erti kata lain adalah wanita solehah. Inilah perjuangan utama yang perlu ada dalam diri. Setiap perbuatan diteliti dengan jelas.

Sesungguhnya inilah permata yang dicari yang menjadi srikandi dalam perjuangan. Berjuang kerana bahagia dunia dan akhirat.

Khamis, 8 April 2010

RUMPUT DAN KASIH SAYANG???



* Oleh itu, hargailah orang yang menyayangi diri kita...dan tidak perlulah untuk kita mencari pengganti sekiranya orang itu masih ada di depan mata kita....

Rabu, 7 April 2010

MRSM BENTONG DITUTUP...

Minggu lepas kak Ieza menyampaikan berita bahawa MRSM Bentong akan ditutup selama 3 tahun akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 7 Disember 2009 yang lalu...Kasihan mendengar cikgu-cikgu di sana terpaksa berpindah ke MRSM lain... Penat baru berpindah ke situ pun tidak hilang lagi..alih-alih terpaksa berpindah lagi... guru-guru dan pelajar terpaksa menjadi mangsa... MRSM tu baru beroperasi pada tahun lepas... Apapun semua yang berlaku pasti ada hikmahnya... Semoga guru-guru dan pelajar-pelajar MRSM Bentong tabah menghadapinya....




Buat muslimah sejati

Seorang Muslimah Sejati akan menghiasi kepribadiannya dengan budi pekrti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan & kehalusan perasan insaniah, yang berpegang teguh dengan ajaran Islam & senantiasa menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir, hatinya tunduk dan patuh atas perintah Rabb & Rasul-Nya serta menjalankan kewajiban insani sesuai ketentuannya.


Muslimah Sejati ialah Wanita Solehah merupakan calon penghuni surga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan bunga yang semerbak mewangi,. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukan hati dan penyeri budi pekrti. ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran serta mendamaikan jiwa, membuahkan HIKMAH umpaman SENANDUNG RINDU SYAIR KEINSAFAN sorang HAMBA !!

Isnin, 5 April 2010

UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA... Semanis Senyuman Seindah Kenangan....





Alhamdulillah… setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat-Mu Ya Allah kerana Kau telah mempermudah perjalanan Program Untukmu Srikandi ini…Walaupun masanya yang agak singkat namun, setiap detik sangat bermakna....



Terima kasih wahai sahabat-sahabat kerana telah menjayakan Forum “Ada Apa Dengan Cinta” Ustzah Siti Suriani, Ustazah Shuhaida dan Mardziah… terima kasih atas pengorbanan dan komitmen yang diberikan…. Terima kasih juga buat Nur Amira Liyana kerana sudi untuk menjadi pengerusi forum…

Adik-adik BADAR…tahniah kerana berjaya membuat persembahan pentomen dan nasyid “SUMAYYAH” dengan jayanya…

Finalist pertandingan Busana Muslim… tahniah buat Wan Atikah Nabilah kerana berjaya memenangi pertandingan ini…Terima kasih buat Ustazah Fazilah kerana memberi sumbangan T-Shirt Labuh kepada pemenang pertandingan Busana Muslim..


Jualan t-shirt labuh...

Pengalaman pertama tidur di surau ditemani Ain dan Munirah.. nak balik ke rumah takut tak terjaga pagi tu.. jam 2.30 pg baru dapat melelapkan mata kerana menyiapkan modul "Koreksi Diri".. dapatlah tidur satu jam.. jadilah... 3.35 pagi aku menggagahkan diri untuk naik ke setiap aras mengejutkan adik-adik yang sedang tidur ..tak sampai hati nak mengejutkan munirah dan ain... biarlah mereka berehat.. Bunyi siren mengejutkan mereka yang sedang lena tidur... Ramailah yang terkejut dengan kehadiranku dan dengan kadar yang pantas segera turun ke surau.. Alhamdulillah semuanya turun dalam jangka masa yang ditetapkan…Dalam hati tidak sampai hati sebenarnya melihat mereka … yelah kepenatan... namun, bila masa lagi mereka nak merasai pengalaman seperti ini kan... Jam 4 pagi bermulalah slot “Koreksi Diri” Pada mulanya mereka sangat mengantuk sewaktu turun ke surau, namun apabila melihat tayangan yang dipersembahkan …kaki dan lutut menjadi sejuk dan ketakutan.. dan sedikit sebanyak memberi kesedaran dalam diri mereka…Alhamdulillah… Jam 5.00 pagi mereka dapat menunaikan Qiamullail diketuai oleh AJK BADAR..


Pagi itu, tersangat letih… yelah dapat tidur sejam..namun, semangat perlu diteruskan… pagi tu ada pertandingan senam robik sewaktu "inspection".. Sangat menghiburkan melihat gaya persembahan yang dipamerkan..walaupun masa persiapan sangat singkat namun, mereka berjaya melakukannya dengan baik… Terima kasih adik-adikku sayang…

Alhamdulillah..selesai pertandingan senam robik, mereka berjaya menunaikan Solat Sunat Duha…

Jam 9.40 pertandingan nasyid dan pentomen bermula.... Aku sangat sebak dan terharu melihat persembahan mereka..Aku tidak menyangka mereka mampu untuk melakukannya dengan baik sekali... Mereka mampu untuk menghayati sejarah srikandi-srikaindi Islam terdahulu seperti Rabiatul Adawiyah, Ainul Mardhiah, Zinnirah dan Balqis..." Tahniah dan syabas kepada semua srikandiku...

Majlis Perasmian bermula 11.45… Sebenarnya aku tidak mampu untuk menyampaikan ucapan perasmian ..namun demi adik-adik…aku gagahkan diri juga… terasa sangat sebak..dan akhirnya tidak mampu untuk menahan air mata kerana melihatkan kesungguhan dan sambutan daripada adik-adik terhadap program ini….Namun, wahai adik-adikku… ingatlah…jagalah maruah diri kita…dan jadilah srikandi seperti “SUMAYYAH, RABIATUL ADAWIYAH,ZINNIRAH,BALQIS,AINUL MARDHIAH dan srikandi-srikandi Islam yang lain”..
Terima kasih kepada srikandi-srikandi SILAT kerana telah membuat persembahan gimik yang menyentuh HATI…

Sematkan 4S dalam diri kita…
SENYUM, SALAM, SAPA dan SAYANG… Insya-Allah UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA…

“Cikgu sayang kalian….”

   Judul : Mari Berkasih Sayang
Album : Kasih Sayang
Munsyid : Qatrunada
Hati telah lama gersang
Dari siraman kasih sayang
Karena hujan iman
Sudah lama tidak turun

Kita tanamkan kembali
Budi penyiram kasih
Agar hati yang gersang
Gembur dan subur lagi
Marilah kita jalinkan
Kasih sayang sesama kita
Ia telah lama hilang
Tambah gersang dihati ini
Kita siram kembali
Dengan air iman yang suci
Dengan menabur budi
Kepada semua manusia

Bila hati gembur dan subur semula
Benih mahmudah akan subur kembali
Ia kan berdaun subur dan berbunga
Memberi manfaat semua kepada
Penghuni taman yang resah

Jangan kita biarkan hati ini
Gersang dari kasih sayang
Manusia akan terombang ambing
Hidup di dunia ini
Pangkat dan kekayaan tiada erti