Sabtu, 29 Mac 2014

Kubahagia ;-)

 
Tidak semua yang duka itu derita
Tidak semua yang kecewa itu sengsara
Sesungguhnya di sebalik yang duka dan kecewa itu
AdaBahagia kurniaan yang Maha Esa...
 
 

Kau Yang Maha Melihat


Hari ini masuk hari yang ke-20 tragedi pesawat MH370 hilang dan masih menjadi misteri dan bualan masyarakat di seluruh dunia. Pelbagai teori dan spekulasi yang telah dibuat sehinggakan kadangkala agak melampaui batas. Di sinilah akal kita mempertimbangkan sama ada sesuatu yang kita terima itu benar atau salah. Namun, semuanya itu hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap perkara yang berlaku.  Hanya Allah sahaja Yang Maha Melihat.. Kita hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudah segala urusan ini dan menunjukkan perkara yang telah berlaku sebenarnya...

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
[25--28: طه]


Lirik Lagu Maha Melihat - Opick ft Amanda

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
S'gala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
Pada-Mu semua bertekun

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

 

GENGGAM BARA API

 
 
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG
 
Berpeganglah dengan 1 prinsip, “Sahabat merupakan cermin kepada sahabat yang lainnya.” Seharusnya kita selalu bersikap terbuka terhadap orang yang menegur atau menasihati kita. Biarpun seseorang itu bukanlah tergolong dalam golongan yang alim ulama’, kita tetap perlu menerima teguran itu dengan berlapang dada. Lagi- lagi jika kesalahan itu benar- benar kita lakukan. Bak kata orang,

 

“Jangan lihat siapa yang menegur kita, tapi lihatkan teguran yang dilontarkan kepada kita.”

Sedangkan, Allah s.w.t memerintahkan kita untuk saling mengingati dan tegur- menegur akan setiap kesilapan yang saudara semuslimnya lakukan.

Dalam pada itu, kita sepatutnya bersyukur kerana masih ada yang sanggup untuk memperbetul dan menyedarkan kita daripada melakukan perbuatan yang membawa kepada kemurkaan Allah s.w.t. Setiap teguran dan bait nasihat yang baik, yang keluar daripada mulut sesiapapun, pastinya daripada Allah s.w.t. Mungkin Allah s.w.t ingin menyedarkan kita melalui sahabat atau kawan- kawan kita. Ingat, ilham datang daripada Allah s.w.t.. kalau kita bersikap sombong untuk menerimanya, ini juga bermaksud kita ingin berpaling daripada menerima peringatan daripada Allah s.w.t yang sememangnya terang- terang dijelaskan dan dilarang di dalam al- Quran. Agak malang jika kita tahu akan kewujudan suatu larangan, tetapi kita tetap sengaja melakukannya. Tidakkah kita gerun dengan ayat Allah s.w.t yang bermaksud:

 

“Barangsiapa berpaling daripada Al qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat,” – Surah Thaahaa; ayat 100

 

“…Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan Tuhannya, nescaya akan dimasukkan-Nya ke dalam azab yang amat berat.” – Surah al- Jin; ayat 17

 

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.” – Surah As- Sajadah; ayat 22
 kesimpulannya, setiap orang harus berazam dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik..
Bagi mereka yang menolong gerak kerja Islam di sekolah (AJK BADAR, BWP dan LDP..ingatlah..
"barang siapa menolong agama Allah pasti Allah akan menolong kita pada saat tidak ada lagi yang menolong kita selain Dia."

Jangan rasa berputus asa apabila diherdik dan dimarahi kawan-kawan.. Cekalkan HATI..teguhkan semangat...Kerana pada akhir zaman ini..memegang Islam ibarat memegang BARA API...dipegang kita sakit...dilepaskannya  padam... selagi mana kita bergelar orang Islam kita perlu menyampaikan dakwah dan mempertahankan Islam.. Insya-Allah janji ALLAH pasti akan tiba... TERUSKAN PERJUANGAN KALIAN....
 
 

Jumaat, 28 Mac 2014



Malam ini sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang tertangguh...soalan ujian selaras Tingkatan 3, minit mesyuarat Agung MUAFAKAT, Pertandingan Keceriaan dan 5S dan lain-lain lagi. Paling memeningkan apabila ingin menyiapkan soalan ujian selaras Tingkatan 3 ni. Macam-macam format berubah bermula dari Tingkatan 1 lagi.. tidak terarah dan hilang hala tujuan. Guru pening murid apatah lagi.. Kalau ingin mengulas berkenaan dengan PBS, PBSMR, PPMR, PT3 memang panjang berjelalah... Menunggu sahaja pelaksanaan baharu berkenaan PT3 ini pada 1 April 2014 ini. Makanya, akan keluar lagilah untuk mendengar taklimat atau kursus berkenaan pelaksanaan yang tidak pasti keberkesanannya dalam menilai pencapaian pelajar. Walau apapun, semoga para pelajar Tingkatan 3 dan guru-gurunya akan terus tabah dan berusaha melaksanakan PT3 ini dengan jayanya... Wallahu a'lam...

Khamis, 27 Mac 2014

kEPUTUSAN SPM 2013




Alhamdulillah... keputusan Peperiksaan SPM 2013 telah pun diumumkan baru-baru ini.. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang memperoleh keputusan yang cemerlang...Jadikan kejayaan ini sebagai batu loncatan untuk anda terus berjaya di dunia dan di akhirat.. Bagi yang kurang berjaya ingatlah...perjuangan anda belum selesai...SPM bukanlah penamatnya...teruskan beruasaha dan yakinlah bahawa kita telah merancang ...Allah juga punya perancangan dan yang menentukannya hanya Dia Yang Maha Berkuasa....
 
Sehingga hari ini rasanya analisis kedudukan SPM antara SBP dan MRSM masih belum dikeluarkan sepenuhnya... Cuma di sini ada sedikit analisis kedudukan yang ada sebagai renungan untuk semua... Analisis yang ada di bawah ini mungkin ada perubahan. Insya -Allah akan dikemas kini sekiranya analisis penuh dikeluarkan nanti..   
Berdasarkan kedudukan keputusan SPM ini jelas menunjukkan penguasaan SBP dalam 30 tempat teratas... Kehebatan Sekolah Tun Fatimah masih tidak dapat ditandingi oleh sekolah-sekolah yang lain. Agak sedikit mengejutkan apabila Sekolah Menengah Sains Sabah mampu menandingi MCKK, SESMA, SASER dan lain-lain. MRSM Tun Ghafar Baba dan Taiping berada di kedudukan ke-5 dan ke-6.. Masih jauh pencapaian MRSM dalam menandingi SBP yang berjaya mendapat GPS bawah 1.0...  Bagi MRSM Pasir Salak kedudukan ke-6 antara MRSM bukanlah kedudukan yang agak baik jika dibuat perbandingan secara menyeluruh. Hasil yang dibuat dapat dilihat MRSM Pasir Salak berada kedudukan ke-29 atau ke-30. Masih jauh lagi perjalanan ini. Tahniah kepada bekas sekolah lama saya Kolej Islam Sultan Alam Shah yang masih berada di top 15 bersaing sentiasa dengan Sekolah Seri Puteri. Semoga semuanya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang...
 
                       KEPUTUSAN SPM SBP & MRSM 2013

1
SEKOLAH TUN FATIMAH
0.8410
2
SEKOLAH MENENGAH SAINS SABAH
0.9650
3
MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR
1.1051
4
SM SAINS SULTAN MAHMUD
1.1201
5
MRSM TUN GHAFAR BABA
1.1329
6
MRSM TAIPING
1.1426
7
SM SAINS TUANKU MUNAWIR
1.1461
8
SBPI GOMBAK
1.1800
9
MRSM PENGKALAN CHEPA
1.1971
10
SM SAINS ALAM SHAH
1.2136
11
SEKOLAH SERI PUTERI
1.2580
12
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
1.2727
13
SM SAINS HULU SELANGOR
1.3991
14
MRSM TUN DR ISMAIL (PONTIAN)
1.4476
15
MRSM KOTA KINABALU
1.4566
16
KOLEJ TUNKU KURSHIAH
1.4648
17
SM SAINS TAPAH
1.5375
18
SM SAINS JOHOR
1.5429
19
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
1.5603
20
SEKOLAH SAINS KUALA TERENGGANU
1.6404
21
SEKOLAH MENENGAH SAINS LAHAD DATU
1.6429
22
SEKOLAH MENENGAH SAINS KOTA TINGGI
1.6532
23
SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR
1.6638
24
SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI
1.6693
25
SBPI RAWANG
1.6877
26
SEKOLAH MENENGAH SAINS MIRI
1.6879
27
SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING
1.7019
28
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUAR
1.7035
 
 
 
29
MRSM PASIR SALAK
1.7153
30
MRSM KUALA KLAWANG
1.7402
 
























 

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t...

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat yang tak terkira ke atas diri ini..syukur walhamdulillah.. sangat beruntung berada di sini sedangkan ada orang-orang di luar sana yang sedang diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk dugaan dan ujian yang cukup hebat ..namun, yang paling penting sejauh mana kita menerimanya dengan hati yang tabah dan reda atas setiap ujian yang diberikan-Nya...

Masya-allah..begitu lama membiarkan blog ini sunyi sepi tanpa diisi dengan pengisian-pengisian yang boleh untuk dimanfaatkan oleh orang lain...Insya-Allah ini perluaan untuk meneruskan usaha mengekalkan momentem ini....