Rabu, 26 September 2012

Lawatan Penanda Aras dan Latihan Temu duga



Hari Isnin baru-baru ini , seramai 12 orang guru dari MRSM Serting membuat lawatan penanda aras ke MRSM Pasir Salak.. Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian ilmu dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik PMR dan SPM. Semoga perkongsian antara kedua-dua sekolah akan dapat diteruskan dan dapat memberi manfaat kepada peningkatan dan kecemerlangan sekolah.


Bagi pihak Jabatan Bahasa mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan hormat dan muhibbah.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.
LATIHAN TEMU DUGA MRSM PASIR SALAK


Petang pada hari itu juga, para pelajar Tingkatan 5 menjalani latihan temu duga untuk memenuhi sebahagian sukatan KPD 531 (Kemahiran Berkomunikasi) dan sebagai persediaan untuk menempuh suasana temu duga yang sebenar.. Namun, pada tahun ini, panel penemu duga melibatkan beberapa pakar dalam bidang-bidang tertentu antaranya doktor, jurutera, pensyarah, arkitek dan juga pegawai kerajaan. Pelajar dapat merasai suasana sebenar sewaktu ditemu duga untuk memilih kerjaya yang diinginkan. Rata-rata pelajar kelihatan gementar kerana pertama kali ditemu duga dan pelajar dilihat kurang menguasai isu-isu semasa di negara ini. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 kerana mampu untuk berkomunikasi dan semoga anda berjaya untuk mencapai kerjaya yang anda ingini.




Selasa, 25 September 2012

Pilihan raya kampus




Pilian raya kampus: Calon sokong kerajaan kuasai 12 universiti

Kuala Lumpur: Calon proaspirasi (Pro-A) menang besar mengatasi calon promahasiswa (Pro-M) yang menyokong pembangkang pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berakhir semalam.
Setakat malam tadi, Pro-A menguasai 12 universiti 
Petikan daripada Berita Harian 26 September 2012


Apabila melihat tajuk artikel Berita Harian hari ini teringat kenangan sewaktu pertama kali bertanding dalam pilihan raya kampus di UPM sekitar tahun 2003. Pada tahun itu buat pertama kalinya sistem e-voting atau electronic voting dilaksanakan. Natijahnya pada tahun tersebut buat pertama kalinya calon promahasiswa kalah dalam pilhan raya tersebut.  Umumnya, seluruh Malaysia mengetahui kebanyakan kampus menggunakan sistem e-voting dalam pilihan raya kampus baru-baru ini.Kononnya, untuk selari dengan pembangunan sistem ICT Malaysia dan dalam mempercanggih sistem yang sedia ada e-voting dianggap sistem yang relevan
dalam pilihan raya kampus. E-voting  telah diguna pakai oleh kebanyakan negara semasa pilihan raya. Antara negara terawal menggunakan e-voting ialah di Amerika. Bagi Malaysia, sistem ini masih lagi belum dilaksanakan dan mungkin juga tidak akan dilaksanakan di dalam pilihan raya umum. Tapi, sistem ini telah dilaksanakan di kebanyakan kampus di Malaysia terutamanya institusi awam seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Terengganu (UNT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Untuk USM, sistem ini tidak dilaksanakan.
 
E-voting boleh dikatakan pemudah cara semasa mengundi. Antaranya:
1. Menjimatkan masa pihak HEP dan pelajar
2. Menjimatkan duit
3. Lebih terurus
Namun begitu, terdapat beberapa persoalan besar yang timbul tentang sistem e-voting.
1. Adakah undi anda rahsia?
2. Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?
3. Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-voting?

Adakah undi anda rahsia?


Sekiranya sistem tersebut boleh mengenal pasti sama ada anda telah mengundi atau tidak, maka sistem tersebut juga mesti berupaya untuk mengesan siapa yang telah anda undi. Jadi, rahsiakah undi anda? Mungkin pihak yang bertanggungjawab membangunkan sistem itu tidak ke arah itu, tetapi ini tidak bermaksud perkara itu (track the votes) mustahil. Bagi pendapat saya, selagi ada cara untuk mengesan siapa yang telah anda undi, selagi itu undi anda tidak rahsia. Tidak kira pengundian secara manual ataupun e-voting.

Sejauh manakah keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian?

E-voting bermaksud data akan bergerak dalam rangkaian sebelum di simpan dalam pangkalan data. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, terdapat banyak cara untuk memperolehi(capture) data dalam rangkaian dengan mudah. Jadi, ada kemungkinan data undi anda yang bergerak dalam rangkaian dicuri dan diubah sebelum dihantar ke server untuk pemprosesan. Ini penting untuk menjaga data integrity supaya data yang pengguna hantar selamat disimpan tanpa diubahsuai.
Apakah yang perlu diambil kira dalam pelaksanaan sistem e-undi?
Selain aspek keselamatan data yang bergerak dalam rangkaian, perlu ada makanisme disaster recovery dimana sekiranya berlaku sebarang bencana (cth server down, database corrupt, black-out dsbg),tempoh masa yang diambil untuk recovery mestilah singkat. Selain itu, segala data mestilah sama seperti dalam keadaan yang sebelum berlakunya bencana tersebut. Data availability dalam sistem e-voting adalah kritikal.
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira dengan teliti dalam pelaksanaan sistem e-voting.
Mungkin perkara-perkara yang disentuh tidak kritikal untuk sistem e-voting pilihan raya kampus, tetapi untuk membangunkan sistem e-voting yang betul-betul selamat dan reliable, perkara-perkara tersebut perlu diambil serius oleh pihak yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut.
Ketelusan dan kerahsiaan sistem ini dipertikaikan kerana ada kelompangan dan kebocoran yang berlaku.

Bagi saya, selagi mana sistem e-voting ini dilaksanakan selagi itulah calon promahasiswa tidak akan menang bertanding  dalam pilhan raya kampus. Teringat kembali kenangan lama sewaktu proses pengiraan undi menggunakan manual undian.. Hampir majoriti kerusi dikuasai oleh promahasiswa dan nampak telus walaupun terpaksa memerhati proses kiraan undi sehingga jam 6.00 pagi... Tetapi kepuasaan dapat dirasai apabila melihat kemenangan promahasiswa..

Yang paling nyata dan ketara pada pilhan raya di UPM sewaktu menggunakan sistem e-voting untuk pertama kalinya,  dipaparkan calon promahasiswa dari Fakulti Veterinar hanya mendapat satu undian sahaja. Memang tidak logik apabila calon itu mendapat undian satu sahaja walhal penyokong promahasiswa pasti menyokong calon tersebut. Hal ini jelas menunjukkan tidak menunjukkan ketelusan dalam sistem tersebut. Selain itu, sewaktu proses mengundi juga, bekalan elektrik terputus di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (fakulti yang saya bertanding) menyebabkan proses pengundian tergendala hampir satu jam lebih... Sewaktu sistem ini tergendala pelbagai kemungkinan berlaku dalam sistem tersebut. Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang dilihat daripada pelaksanaan sistem ini. Seharusnya pihak pentadbiran universiti dan kerajaan boleh menilai semula ketelusan sistem ini untuk keadilan bagi kedua-dua pihak...

Isnin, 24 September 2012

Kursus Pembangunan Staf


Pada 21 dan 22 September seramai 50 orang guru dan kakitangan MRSM Pasir Salak menghadiri Kursus Pembangunan Staf di Hotel Grand Kampar. Alhamdulillah banyak ilmu baru yang diperoleh sepanjang kursus tersebut. Di samping dapat menambah pengetahuan, ukhuwah antara guru dan staf dapat dieratkan... Antara penceramah yang hadir dalam kursus ini ialah Tn. Haji Ahmad Fadzli Yusof antara pakar motivasi yang terkenal di negara kita. 

Antara kata-kata yang dapat saya ambil daripada beliau ialah:

Kejayaan sering dilihat milik sesetengah individu sahaja. Sekiranya kita yang biasa-biasa ini mengecap kejayaan sekalipun, itu hanyalah dalam bentuk pencapaian yang kecil. Kuasa Sukses mengubah kepercayaan ini. Ternyata kejayaan luar daripada biasa mampu menjadi milik semua.


• Antara judul buku hasil tulisan beliau: Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya, 55 Petua Kerja Berpasukan, 55 Petua Seronok Bekerja (Bersama Motivator terkenal- Datuk Dr Fadzilah Kamsah), Resipi Kejayaan untuk Pekerja Cemerlang, dan Resipi Kejayaan untuk Eksekutif.• Buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca 2008 oleh Berita Harian-Popular Bookstores.

• Bukunya telah terjual lebih 100,000 naskhah di pasaran.
• Telah berkongsi idea sukses dengan puluhan ribu yang pernah mengikuti ceramah dan program kendaliannya.

• Buku Mengurus Kerja dan Waktu dijadikan bahan rujukan untuk Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

• Seorang Certified NLP Practitioner dan mendapat tauliah daripada National Federation of Neuro Linguistic Programming yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

• Sedang menyiapkan kajian PhD dalam bidang pembangunan insan.

• Pernah menjadi kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita. Sekarang mengendalikan ruangan Tip Pelajar dan Soal Jawab Kepimpinan dalam majalah e-Siswa terbitan Karangkraf dalam Panduan Pelajar dan Soaljawab Kepimpinan Pelajar.

• Pernah terpilih sebagai personaliti pilihan untuk Majalah i, Anis, Pa & Ma, Mingguan Wanita, Nur dan Berita Harian.

• Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan tenaga akademik di IPTA.

• Beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al Mubarak, Hiwar, hingga ke Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa.



Khamis, 20 September 2012

Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua

Semalam diadakan Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua yang diadakan di Dewan Besar. Para pelajar yang mendapat PNG 3.75 dan ke atas diberi penghargaan oleh pihak maktab atas kejayaan mereka. Semoga dengan penghargaan yang diberi akan menyuntik semangat mereka dalam mencipta kejayaan yang lebih cemerlang...Tahniah kepada pelajar...




Selasa, 18 September 2012

Masanya untuk mengamalkan 5S






 

Amalan 5S ini sebenarnya sudah bertahun-tahun diguna pakai di negara Jepun, dan di negara kita untuk peringkat permulaannya dimulakan di agensi-agensi kerajaan. Tahniah kepada pejabat-pejabat kerajaan yang telah mengamalkan sistem amalan 5S ini. Buat rakan-rakan di Jabatan Bahasa, selamat melaksanakan 5S ini..



 
5S (Penglibatan Semua Kakitangan)
􀁹 Semua kakitangan di dalam pertubuhan mesti melibatkan di dalam program 5S
􀁹 Semua kakitangan harus memahami 6 sebab munasabah program 5S harus diamal di tempat     
      kerja iaitu
     1. tempat kerja yang bersih mempunyai PRODUKTIVITI tinggi
     2. tempat kerja yang bersih mempunyai MUTU tinggi
     3. tempat kerja yang bersih mengurangkan kos
     4. tempat kerja yang bersih memastikan PENGIRIMAN tepat pada masanya
     5. tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang SELAMAT
     6. tempat kerja yang bersih mempunyai SEMANGAT PERANSANGyang tinggi

Sabtu, 15 September 2012

Pertandingan Penulisan Artikel


Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh DBP boleh melayari laman sesawang http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php



Objektif    
 Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja                            Negara Anggota MABBIM 2012

Meningkatkan kefahaman dalam kalangan remaja negara anggota tentang peranan dan fungsi MABBIM.           
    Mengusahakan penyelarasan dan penyebaran maklumat tentang bahasa dan persuratan melalui penulisan artikel dalam bahasa Melayu dalam kalangan remaja negara anggota.
    Menggalakkan remaja negara anggota menghasilkan artikel dalam bahasa Melayu yang berkualiti daripada aspek tatabahasa, ejaan, istilah dan kejelasan idea untuk komunikasi tulisan.
    Meningkatkan kesedaran remaja negara anggota tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara mereka.


 

SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL
                                DALAM KALANGAN REMAJA  NEGARA ANGGOTA MABBIM 2012
▪ Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja Negara Anggota MABBIM 2012 akan memberikan tumpuan kepada penggunaan bahasa Melayu baku dalam penyampaian isi dan hujah terhadap isu atau tema yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
▪ Isu atau tema untuk Pertandingan Penulisan Artikel dalam Kalangan Remaja Negara Anggota MABBIM 2012 ialah isu atau tema yang berkaitan dengan perkembangan bahasa Melayu di negara anggota.
▪  Panjang artikel hendaklah tidak melebihi 1500 patah perkataan, dan mempunyai sumber rujukan.
▪ Artikel hendaklah ditaip langkau dua baris dengan menggunakan fon 12 poin Times New Roman atau fon 11 poin Arial.
▪ Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini hendaklah berumur 15 – 25 tahun pada tahun 2012.
▪ Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi setiap penyertaan mestilah karya asli, dan disahkan oleh guru atau pensyarah tempat mereka belajar, atau pegawai dalam kumpulan A.
                ▪  Peserta hendaklah menghantar artikel mereka bersama-sama borang penyertaan yang disediakan, yang boleh juga dimuat turun dari laman web www.dbp.gov.my, dan menghantarnya melalui pos ke alamat yang tertera di borang penyertaan.
▪  Hadiah bagi pertandingan ini adalah seperti yang berikut, dan keputusan panel hakim adalah muktamad. 

TEMPAT PERTAMA  :   RM2000.00 dan sijil penyertaan
TEMPAT KEDUA       :   RM1500.00 dan sijil penyertaan
TEMPAT KETIGA      :   RM1000.00 dan sijil penyertaan
   SAGU HATI                :   RM500.00 x 5 pemenang dan sijil penyertaan


TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 30 september 2012