Khamis, 24 Disember 2009

TAHNIAH BUAT SEMUA PELAJAR TING. 3 (MRSM PASIR SALAK)





















Setelah puas berjuang selama 3 tahun ...akhirnya..kejayaan mengiringi langkah kalian...Tahniah atas kejayaan yang  cemerlang.."Kegagalan hari ini bererti pendorong, namun kejayaan semalam bukan bererti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"...

Ahad, 20 Disember 2009

Jangan biarkan umur berlalu...




Syaikh Ibnu ‘Athaillah mengatakan:
“Apa yang telah luput daripada umurmu itu tidak akan ada ganti baginya. Dan apa yang telah berjaya bagimu daripada umurmu itu, tidak ternilai harganya.”

Usia manusia bagaikan awan yang berlalu. Sekali melintas maka selama-lamanya dia tidak pernah kembali. Oleh yang demikian, selagi hayat dikandung badan dan selagi kita mempunyai kesempatan, maka gunakanlah umur yang demikian amat berharga itu untuk melakukan dan mengumpulkan amal kebajikan sebanyak-banyaknya. Sungguh rugi seseorang manusia yang tidak menggunakan usianya dengan baik. Kesempatan itu hanya datang sekali, selepas itu kita akan dihadapkan kepada Allah Ta’ala untuk mempertanggungjawabkan segala sesuatu yang telah lakukan selama hidup di dunia ini....(selanjutnya)

“Aku tangisi zaman muda yang telah pergi. Wahai kiranya muda, bilakah akan kembali lagi kepada kami? Sekiranya muda dapat dijual, maka akan ku bayar kepada penjualnya berapapun harga yang dikehendakinya. Tetapi masa muda itu, bila dia telah pergi menjauh, maka dia tidak akan kembali lagi…”

Selamat Hari Lahir untuk semua yang menyambutnya pada bulan Disember..

Sabtu, 19 Disember 2009

Buat Kaum Hawa



Pada awal 90-an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah. Tetapi...

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat-tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, di panggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang-kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Apabila direnung-renung sebab hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil tentang tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik-beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang-kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun.

Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang dibuat bukan dari hati yang ikhlas, walaupun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah dipadang Mahsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh seorang sahabat:
"Ya Rasulullah, dengan apakah manusia mencapai keselamatan kelak?"
Jawab Nabi S.A.W :
"Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi:
"Bagaimana menipu Allah?"
Jawab baginda:
"Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat.




Pesanan Daripada Kaum ADAM..


Bismillahhirrahmannirrahim..

Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan...
bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan
Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.


Untuk mendapatkan iman...
mesti menurut perintah Allah dan Rasul-Nya
dan menjauhi larangan-Nya.


Pada mata lelaki,......
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal
jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan

boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh sebab itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup
bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang
agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
entah tak tahu Kenapa?Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampakkan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan melabuhkan kain,
atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
kan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya
yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki,
ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yangcantik akan menimbulkan fitnah


maka berpurdahlah kamu,jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenispenyakit,
iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan spontan
jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang terang-terang..


wahai muslimah saudara2 ku..ayuhlah kita berusaha memperbaiki diri


Pesanan daripada kaum ADAM...


 



Kita Lupa Sebenarnya



Semalam aku berkesempatan melawat laman web sosial "my space" walaupun aku tak mempunyainya...Dari dulu lagi teringin nak melihatnya tapi tidak berkesempatan...Tangan ni gatal nak melihat laman anak-anak didikku..Memang secara jujur aku agak terkejut dan tidak menyangkanya. Mungkin itulah remaja sekarang.. Namun, mengapa ye?? kita sanggup untuk mencalarkan maruah kita sebagai orang yang beragama Islam...Sebenarnya mak ayah, guru kita telah memberikan didikan agama yang secukupnya...Tinggal kita saja lagi yang menentukan hala tuju hidup kita...Adakah kita tidak malu dengan mak,ayah atau guru-guru yang telah banyak menasihati dan membimbing diri kita??... Kita lupa sebenarnya dari mana kita datang...dan untuk apa kita didatangkan.. Tapi satu je...apa-apa yang berlaku sebenarnya adalah ... Kita tidak merasai bahawa Allah itu ada dalam HATI kita...kalau kita rasa Allah ada dalam HATI kita , kita takkan berani untuk melakukannya...Kita sanggup membuka aurat kita untuk menjadi tatapan kawan-kawan kita...kita sanggup menggunakan ayat-ayat yang kurang ajar dan agak lucah...Hatta ada yang lebih teruk daripada itu..Tapi..itulah remaja sekarang...Tapi ingatlah...kita takkan selamanya bergembira...satu hari nanti pasti Allah akan membalasnya ...Buat anak-anak atau semua remaja di luar sana...Jagalah diri dan maruah kita..





Teringat tentang satu tazkirah tentang POHON SEMALU... sama-sama kita mengambil iktibar daripada kejadian POHON SEMALU yang dikaitkan dengan kita yang bergelar wanita...


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.




Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.


Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.









"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"



Cukuplah. Dia, Allah Yang Esa tahu segalanya pasal kami. perkataan kami, HATI-HATI kami, kata-kata kami, akal fikiran kami.pernahkah kami consider akan kehadiran KAMU, ya Allah? Sedihnya, kami menjadi hamba yang ignorant pada Tuhan kami. jahilnya kami tak melihat KAMU ada di situ.selalu sahaja KAMU lihat kami begini? jatuh cinta dengan duniawi. nauzubillah. berangan2kan sang lelaki idaman kalbu. sedangkan KAMU janjikan kami pasangan. Sudah tentu! tapi kami masih mahu teringat2kan dia.
selalu sahaja KAMU dengar isi hatiku. yang kadangkala melampiaskan rasa marah, tak puas hati, dendam kesumat. sehinggakan KAMU benci untuk mendengarnya lagi, kerana bukan itu yang KAMU harapkan hati2 kami penuh dengan. Ya Allah, tak sangka kami ni lebih suka penuhi hati2 ini dengan benda2 duniawi daripada perkara tentang KAMU. Jahilnya, jahilnya kami..
Ya Rabb kami, mungkin hati2 ini sudah lama dihanyut jahiliah duniawi hinggakan sangat susah untuk kami sedari kehadiranMu. Takut sangat andai Kau bosan dengan kehidupan dan amalan kami lalu Kau pergi. biarkan kami yang berlumpur2 ini lemas. begitu saja.


Maka, kami berlindung pada-MU, Allah!

Ketika tuhan berkata kepadaku

Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku
Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?


Jumaat, 18 Disember 2009

Teristimewa buatmu..

Buat adik-adikku, anak didikku, dan kau yang bergelar srikandi...




Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?



Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhdap keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Adik-adikku, anak didikku, dan kau yang bergelar srikandi yg kukasihi,


Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,


"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?


Ingatlah  sayang,


Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.


"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik."


Ya Allah, hiasilah adik-adikku, anak didikku dan kau yang bergelar srikandi dengan keindahan akhlak, kesopanan budi pekerti, kehalusan dalam berbicara dan jadikanlah penyeri syurga-Mu. Ameen



Penghijrahan Tanggungjawab



Ya Allah, saya masih bernafas lagi. Pagi tahun baru ini bangun tidak seperti kebiasaan sebelumnya. Kini, di depan mata adalah bukit bukau tanggungjawab yang perlu dan mesti didaki.


- Suami
- Emak, adik beradik serta keluarga mentua..
- Penulisan
- Kerjaya

Ya Allah, berkatilah umurku dengan kebaikan. Amin

Anda bagaimana??/



Selamat Tahun Baru 1431 H dan 2010M .. Kita semua berada di mana ye??

Belajar masak bagi pakar lagi..

Belajar buat air bagi sedap lagi

Belajar tersenyum selalu lagi

Belajar menjahit walau tak tahu menjahit..jahit butang baju boleh lah sikit-sikit.

Belajar simpan duit banyak-banyak…Sebab nak tunang ke, kahwin ke, masjlis hari jadi ke, cukur jambul ke, habiskan duit ke pesta buku ke dan penting, sedekah ke rumah anak-anak yatim.


Belajar habiskan membaca semua buku yang dah beli meski tak habis-habis lagi


Belajar membaca,membaca,membaca dan membaca lagi


Belajar menulis,menulis,menulis dan menulis lagi


Belajar menyayangi orang lain seadanya…aisehhh


Belajar muhasabah diri lagi


Belajar untuk bohong sunat..hihihi (jangan buat..kalau buat, tak tahulah)


Belajar baca Al-Quran sebolehnya kalian baca bersama tafsir, lebih bagus dan manfaat


Belajar solat dengan ketenangan


Belajar pergi tazkirah (bagi yang tak pernah pergi….hmm, baik lekas-lekas pergi) banyak manfaatnya.


Belajar dengar kaset al-quran, nasyid dan tazkirah Ustaz hensem , Aqill Hayy dalam kereta dan penyanyi nasyid lain.


Belajar angkat telefon dengan tenang, jangan gelabah-gelabah masa di opis


Belajar kemas kini jadual perbelanjaan diri. Makan 1 hari kena tulis, walau 10 sen. Walau beli pisang goreng di kedai tepi jalan.


Belajar simpan duit dalam Tabung Haji (siapa tak masuk lagi, pergi buat cepat)


Belajar simpan syiling. 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen. Asingkan ikut kategori dan masuk bila ada lebih lepas balik dari shopping Sogo dan makan ABC atau secret recipe. Duit ini boleh guna masa penting!


Belajar buat kerja dengan keyakinan, usaha dan tawakal, Doa dan sentiasa tahu, setiap apa yang dilakukan adalam kerana Allah s,w.t


Juga belajar menghargai perasaan dan kasih sayang yang Allah berikan. Sentiasa Istiqamah dalam gerak kerja, persahabatan dan keluarga.


Belajar jadi isteri/suami/ibu/ayah/kawan/teman/sahabat/datuk/nenek/tan sri/puan sri/dato’/datin/mr/ms dan pangkat-pangkat yang sewaktu dengannya. Namun setiap hikmah, kita dijadikan, biar apa pangkat dan darjat, kita serupa di sisi Allah.


Belajar menghargai diri sendiri. Doa..


Belajar betulkan lap top sendiri..sedihnya diri!


Belajar menghargai kebaikan orang lain dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka



Erm, entry ini ditujukan khas untuk semua yang saya sayang……….ada nak tambah atau update diri anda dengan senarai ini? Senaraikan dan muhasabah diri. Bagi yang ingin menambah, saya alu-alukan. Ini, entri kenang-kenangan sempena tahun 1431 H dan 2010. hehehe



Tazkirah Tahun Baru...




Seorang sahabat saya mengirimkan tazkirah menarik ini. Terlanjur saya masih tertanya-tanya bahan untuk tahun baru, akhirnya saya temui sesuatu.  Alhamdulillah, Allah itu masih menyayangi hati-hati ini dan semua umat-Nya.  TAHUN baru ini, sama ada masihi atau hijrah meninggalkan catatan sejarah yang terukir dalam diari kehidupan setiap insan. Kita juga cukup bertuah kerana kita dapat menyambut 2 tahun baru masihi dan hijrah dalam masa yang lebih kurang sama..Oleh itu, Masa untuk kita bertafakur meraba nilai diri yang dicalit oleh tinta yang penuh noda. Hitam dan putih, dosa dan pahala, kebaikan dan kejahatan, untung dan rugi, kegagalan dan kejayaan, semua itu mematangkan peribadi.


Rasanya baru sekejap anak dilahirkan, merangkak dan berlari, kini sama tinggi dengan ayah dan ibu mereka. Melihat cermin, nampak kulit semakin kedut, uban tumbuh di sana sini, hari-hari semakin sibuk melayari dunia yang mencabar keimanan.


Ada satu amalan paling sesuai dilakukan malam ini, bukalah album kenangan masa lalu dan letakkanlah di hati. Singkap lembaran demi lembaran yang mengandungi gambar tentang kehidupan kita. Kemudian cuba fikirkan beberapa persoalan mengenai takdir yang anda lalui sepanjang tahun ini.


Betapa lemahnya daya ingatan kita, apatah lagi mahu menjawab beberapa soalan yang menjadi rahsia Tuhan ke atas diri kita. Mungkin ada yang menolak takdir ke atas dirinya, tapi selepas dijalani akhirnya Tuhan membuka matanya melihat bahawa takdir itu baik dan membawa kebahagiaan dalam hidupnya.


Saat bermuhasabah, kita boleh merasai apakah kekuatan yang selama ini menunggangi keperibadian kita? Apakah kekuatan hawa nafsu atau keimanan? Dalam diri kita hanya ada dua kekuatan itu, silih berganti yang satu memenangi perlawanan terhadap yang lain.


Perlawanan itu berlangsung sepanjang hayat kita hingga akhirnya. Firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”


Selepas beribu batu perjalanan ditempuhi, eloklah berhenti sejenak sambil bertafakur untuk memastikan adakah jalan itu betul dan lurus sesuai dengan matlamat asal kita. Dari mana kita datang, untuk apa kita berjalan dan ke mana kita kita tuju? Kembalilah kepada Allah sebelum segala berakhir dengan kesengsaraan abadi.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan peliharalah dirimu daripada (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).”

Tidak ada ucapan selamat kepada mereka yang mensia-siakan hidupnya walaupun setiap tahun mereka menyambut perayaan tahun baru dengan gilang-gemilang. Yang sepatutnya diberi ucapan itu adalah orang yang cekal dan gigih memperjuangkan imannya hingga menemui Tuhannya dengan hati yang reda.

Ahlan Wa Sahlan 1431Hijrah.

-Maafkan saya andai ada ruang di dalam ini yang tidak cukup dan tidak menambahkan apa-apa, tetapi saya percaya, usaha saya, adakala bukan seratus peratus untuk blogging. Ilmu yang saya ada masih seperti setitis air yang menitis dari lautan luas, umpama jari yang dicelup, basahnya di jari itu adalah ilmu kita semua.











Khamis, 17 Disember 2009

Salam Maal Hijrah buat semua....


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H


: : Kullu Aam Wa Antum Bikhair : : kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaik amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih bik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah

Khamis, 10 Disember 2009

Semuanya selesai...Alhamdulillah...

Lama sungguh tidak menulis...Rindu rasanya.. Hari ini selesai sudah perjuangan pelajar-pelajar SPM setelah hampir satu bulan mereka berjuang di medan peperiksaan...Senyuman dan gelak tawa menghiasi wajah mereka ketika keluar dari dewan peperiksaan... Hal ini bermakna selesai sudah tanggungjawab aku untuk menjaga mereka selama seminggu di maktab..Semoga usaha dan pengorbanan mereka akan mendapat keberkatan dan membuahkan kejayaan yang membanggakan. Selamat meninggalkan alam persekolahan buat anak-anak tercinta dan ambillah mutiara-mutiara yang diperoleh sepanjang berada di bumi Pasir Salak ini.. Dan...esok aku bakal pulang ke kampung beristirahat bersama zauji dan keluarga yang tersayang... Terima kasih wahai temanku...kerana telah menemaniku sepanjang seminggu di maktab...Jasamu takkan kulupakan..







Selasa, 1 Disember 2009

Pasir Salak Tetap Di Hati...

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga aku menaiki komuter setelah hampir setahun lebih tidak menaikinya..dulu sewaktu belajar di UPM, komuter itulah yang menjadi pengangkutan utama untuk aku ulang-alik dari Klang ke UPM..dan banyak juga stesen komuter yang telah bertukar wajah...emm..kelakar juga melihat kak long dan anak buahku yang agak pening menaikinya..tambah-tambah apabila perjalanan dirasakan seperti berundur ..Mungkin itu yang pertama dan yang terakhir bagi mereka...Alah bisa tegal Biasa..





Sampai di stesen Bank Negara kami terus menuju ke bangunan MARA...lama juga tidak ke sana.. Sambil menemani kak long untuk urusan kemasukan anaknya ke MRSM, aku pun tumpang sekali untuk menyelesaikan urusan pertukaranku ke MRSM Bentong...



Emmm...hati berdebar-debar apabila menantikan keputusan sama ada permohanan pertukaranku berjaya atau tidak..Datang seorang pegawai menyatakan bahawa keputusan pertukaran sudah dikeluarkan pada hujung bulan November..dan itulah keputusan terakhir dan tiada lagi keputusan pertukaran lain yang akan dibuat... Menurut katanya, hanya 31 orang itu sajalah yang berjaya..
Hal ini bermakna??? Keputusan pertukaranku*****???

Mungkin rezekiku masih di Pasir Salak. Sewaktu mendengar makluman itu,ada dua perasaan yang dirasakan.. Satu sedih dan satu gembira... Sedih kerana permohonan untuk bertukar tidak berjaya..dan tidak dapat bersama dengan zauji tercinta.. dan gembira kerana masih dapat berkhidmat di Pasir Salak...
Buat anak-anak tercinta...Insya-Allah, kita akan bersua kembali pada tahun hadapan untuk meneruskan misi dan visi kita mencapai kejayaan dan menjadi pelajar yang cemerlang di dunia wal akhirat...
Buat zauji tercinta...walaupun kita akan berjauhan sekali lagi, namun kasih sayang ini tetap akan utuh dan semakin bertaut erat...Insya-Allah..mungkin ada rezeki lain untuk kita...


Pasir Salak Tetap Di HATI...

Pasir Salak Tetap Di Hati...

Isnin, 30 November 2009

Rabitah Hati



Hari ini aku diberi peluang untuk duduk menghadap lapotop dalam tempoh yang agak lama...sambil mencari ilham untuk menulis, aku mencari sahabat-sahabat lama di Facebook...Akhirnya aku berjaya menjejak kembali sahabat-sahabat lama di KISAS dan di Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih Klang.. Apabila dapat menjejak kembali sahabat-sahabat lama yang sekian lamanya tidak dapat berhubung, aku teringat kembali memori bersama mereka.. kata-kata yang cukup dalam maknaya..UKHWAH ITU INDAH APABILA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH...
Lagu dan lirik RABITAH HATI tidak mungkin lenyap daripada ingatan ini...dan akan tetap kukuh diingatan..

"Nikmat yang paling manis apabila ALLA TAALA mentarbiahkan kita dengan pelbagai ujian...Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI..."


UKHUWAH ....Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan...Ukhuwah...Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersbut..kekadang..keran sebuah ukhuwah air mata sering menitis kerananya..ALLAH..Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami..

Coretan ini kutujukan kahas buat insan yang bergelar sahabat,teman,rakan,kawan..sahabat..coretan ini daripada hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli..sahabat..ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-Nya..diratib juga kerana-Nya..

Ukhuwah itu terlalu indahkan??Titik pertemuan ukhuwah yang sebenar adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI..sahabat..Demi ALLAH,saya menyanyangi kamu semua..bukankah mengasihi temannya lebih daripada diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga ..sahabat...

Sabda Rasulllullah s.a.w .."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan berpuasa tetapi di sebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH..mengertikah kamu tentang erti menyayanginya dari seksa ALLAH..Mengertikah kamu tentang menyayangi??Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

Sahabat.. apabila berbicara tentang ukhuwah ,kasih cinta dan sayang ..kita sering mempersoalkan apakah makna di sebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita. Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH ..Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNya yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih....,

Ahad, 29 November 2009

Indahnya Pelangi...





Petang Raya Aidiladha kami pulang ke Jerantut Pahang bertemu sanak saudara... sepanjang 3 jam perjalanan banyak panorama yang sangat indah...kami cukup bertuah apabila dapat menyaksikan pelangi yang muncul dan menemani kami sepanjang perjalanan...Setiap saat dirakam...Maha Suci Allah...begitu unik ciptaan Allah...Aku begitu kagum dengan kekuasaan-Nya...Lantas aku teringat mutiara kata tentang pelangi..

"kadang-kadang..Allah sembunyikan matahari..

Allah turunkan hujan dan kilat...
kita tertanya tanya..ke mana perginya matahari..
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.."
 

Teringat lagu Lasykar Pelangi...

mungkin adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang tanpa lelah sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa raih bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya...
cinta kepada hidup memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai jutaan mimpi di bumi
menarilah dan terus tertawa walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia selamanya......

http://www.youtube.com/watch?v=iaByat9UTxI
                                     






Syukur kepada-Mu Ya Allah kerana memberikanku nikmat ini...

Khamis, 26 November 2009

Salam Aidiladha


Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita.. Tanpa kita sedari  esok bakal menyambut Hari Raya Aidiladha...Moga-moga kita sama-sama dapat menghayati ibadah haji ini...S
elamat Hari Raya Aidiladha dan Mohon Maaf Zahir Batin

Rabu, 25 November 2009

Comelnya Jari Kita..



Apabila duduk bersendirian, secara automatik mata ini merenung jari-jemari..Terlalu banyak kenangan manis yang tercipta apabila mengenangkan jari-jemari ini. Dan terdapat banyak kisah, hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari kita yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Kemudian, genggam kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


1. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


3. Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


4. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya jari ini sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada pada tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.







5. Akhir sekali, renung ibu jari. Besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "OK!" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

* Rindu untuk melihat dan membelai ibu jari yang comel ini... Jika direnungkan betul-betul..jari ini menyerupai wajah perempuan yang memakai tudung... Comelkan...hehehe... OK???

Selasa, 24 November 2009

Kenangan Terakhir 2009




Hari ini hari terakhir berada di maktab bersama-sama rakan sekerja...namun, 7-10 Disember 2009 akan datang semula untuk menjaga anak-anak Tingkatan 5 untuk SPM nanti...Meja dah kemas, jabatan pun dah nampak kemas boleh balik dengan hati yang senang...Mungkinkah akan ada peluang untuk aku terus berada di bumi Pasir Salak ini??? Emm..hari ni juga hari terakhir bersama temanku...Sedih untuk meninggalkannya ... Terlalu berat untuk berpisah dengannya sekian lama bersama...Walauapapun..semoga ikatan ukhwah yang terbina ini akan terus berpanjangan...Terima kasih wahai teman...

Sabtu, 21 November 2009

Kedinginan..Kesunyian...



Seusai terjaga pagi ini, terasa sunyi yang amat ditambah kedinginan pagi yang menyelubungi diri ini. Hujan seharian di maktab pada hari semalam menjadikan cuaca hari ini redup dan dingin. Sejak pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 telah pulang ke kampung masing-masing hanya pelajar Tingkatan 5 sahaja yang menjadi penghuni maktab ini. Selalunya pada waktu pagi akan diadakan inspection.. Namun, bermula pagi lagi mereka menghadiri Slot Gemilang… Maktab menjadi sunyi… tiada lagi riuh rendah anak-anak… tiada lagi kedengaran alunan nasyid di surau… Terasa sunyi… Namun, mujur ada insan yang sudi menemani diri ini…terima kasih wahai teman…(143)




Jamuan Penghargaan Warden(20/11)

Begitu indah pertemuan dalam majlis penghargaan warden ini..Mungkinkah pertemuan ini adalah pertemuan terakhir?? Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini. Namun, terlalu banyak kenangan manis dan pahit sepanjang menjadi warden di bumi Pasir Salak ini. Dan kenangan itu tidak akan pernah lenyap daripada ingatan… Semua yang berlaku sebenarnya mematangkan diri dalam menempuh kehidupan ini. Terima kasih Kak Pah, Kak Siti, Mardziah, Kak Fiza, Kak Azila dan Kak Urin atas ikatan ukhwah yang terjalin antara kita..


Khamis, 19 November 2009

Steambot Kasih Sayang


Hari ni walaupun bermulanya cuti sekolah, namun, guru-guru MARA masih meneruskan tugas sehingga Rabu depan.. Walaupun kertas peperiksaan masih belum siap ditanda.. meja masih belum siap dikemas...Namun, masih sempat untuk bersama rakan-rakan tercinta untuk mengadakan majlis "Steambot Kasih Sayang".. Terima kasih Kak Jun, Kak Amal, Kak Intan (Chef), Kak Dila, Kak Iza, Kak Urin, Kak Shima, Deepa, dan Aina...
Ukhwah Fillah Abadan Abada..



Ahad, 15 November 2009

Kenangan Abadi


Syukur kepada Tuhan..atas nikmat yang telah dikurniakan..Tenangnya jiwa raga, setenang hembusan bayu yang membelah angkasa. Alangkah nikmatnya…
Kenangan di sini takkan aku lupakan...
Kebahagiaan,ketenangan, kedamaian dan juga kasih sayang telah tercipta di sini..Terima kasih teman-teman kerana sudi menemani dan membahagiakan diri ini... 





Sungai kehidupan itu

penuh liku-liku yang tajamnya
menusuk sanubari


Sungai kehidupan itu punya kerikil tajam
mencucuk tapak harapan
memusnah jejak bahagia


Sungai kehidupan itu arusnya mengalir deras melanda
jiwa-jiwa kerdil yang lemah


Sungai kehidupan itu menghilang dahaga insan
mencurah rahmat-Nya menunjuk lubuk kebahagiaan


Sungai kehidupan itu tanpa peduli
pasti mengalir ke laut lepas lantaran janjinya kepada Allah pencipta

Rabu, 11 November 2009

Aku bersyukur...


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah kerana sekali lagi telah memberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di bumi Pasir Salak ini. Sebelum pergi ke jabatan tadi, sempat melihat panaroma yang cukup indah.. hijau...nyaman...dan menyegarkan...Sungguh besar nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Namun, kita sering kali alpa untuk menyatakan rasa syukur kita kepada-Nya.. Begitu sukar untuk kita melafazkan doa seusai bangun daripada tidur.. begitu sukar untuk kita menunaikan Solat tepat pada waktunya...sehinggakan begitu ramai sekali yang tidak menunaikan solat...Sedih...mengapa mereka sanggup melupakan Tuhan yang menciptakan kita di muka bumi ini..

“ Sesungguhnya solat itu tiang agama, maka barangsiapa yang meninggalkan solat beerti dia meruntuhkan agama”


Solat itu sangat penting bagi menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Hal ini demikian kerana solat ialah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. Solat juga berperanan untuk menjaga tingkah laku seseorang muslim sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:-
“ ...dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perkara keji dan mungkar.”


Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya oleh para sahabat berhubung firman Allah di atas.
Rasulullah menjawab “jika solat seseorang itu tidak mencegah seseorang daripada melakukan perkara mungkar, maka solatnya itu tidak sempurna.”


Hadis di atas bermaksud jika sesorang itu bersolat tetapi tetap melakukan perkara maksiat dan dosa, maka solatnya itu tidak sempurna. Kemungkinan ada sedikit kesilapan yang dilakukan semasa bersolat, Wallahualam.


Solat subuh ialah solat yang paling sukar untuk dilakukan oleh seseorang muslim. Hal ini demikian kerana solat ini dilakukan pada waktu awal pagi semasa semua orang masih tidur. Rasulullah bersabda:-
“ sesungguhnya syaitan mengikat kamu semasa kamu tidur dengan 3 ikatan. Jika kamu bangun dan mengingat Allah, terbukalah satu ikatan. Apabila kamu mengambil wudhuk maka terbukalah ikatan kedua. Apabila kamu bersolat maka terbukalah ikatan ketiga. Jika kamu tidak buat apa yang di atas,maka kamu akan berasa malas dan lemah.”


Dosa orang meninggalkan solat dengan sengaja sangat besar dan termasuk dalam salah satu dosa-dosa besar. Malaikat Jibril pernah berkata kepada Nabi Musa bahawa terdapat satu dosa yang lebih besar daripada berzina. Nabi Musa bertanya kembali dosa apakah yang dimaksudkan. Malaikat Jibril menjawab MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA TANPA MENYESAL. DOSANYA LEBIH BESAR DARIPADA 1000 KALI ZINA

Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan seperti ini.. Semoga Allah memberkati kehidupan kita...Amin...Sama-sama kita menghayati bait lagu ini sebagai renungan kita bersama

Erti Syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan

Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa



Isnin, 9 November 2009

Nota untuk Cikgu...


Baru sebentar tadi seorang pelajar datang berjumpa dan menyelitkan 3 keping nota dalam buku Petua Untuk Sentiasa Ceria yang dipinjamnya.....Notanya cukup bermakna...
Nota pertama: tentang perhubungan yang ikhlas..
nota kedua : betapa pentingnya dirimu buatku..
nota ketiga: pentingnya berbaik sangka dan berfikiran positif...
Alhamdulillah.. pelajar ini sudah boleh mengawal emosi dan sudah mampu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya...cukup mudah sebenarnya untuk kita memotivasikan diri kita apabila dirundung masalah...yang penting kita mahu dan mampu untuk berubah...Jangan cepat berputus asa... Kuatkan semangat dan iltizam.. dan Yakinlah pada diri sendiri...

Tanam tebu di halaman taman,
Agar rimbunnya sampai ke depan,
Ceriakan harimu dengan iman,
Agar rahmat-Nya merantai kehidupan

P/s : Senyuman seorang wanita hendaklah melambangkan keceriaan, kehormatan, ketaatan dan persahabatan. Jangan melirik senyum untuk membawa kepada godaan dan kejatuhan maruah.

Indahnya Ukhwah...




Akanku kukenang segala memori yang tercipta sepanjang 3 tahun kita bersama..

Hari ni hari kedua berada di maktab tanpa kehadiran anak-anak yang tercinta(Tingkatan 3)... Serasa ada hubungan yang terlalu akrab antara mereka. Mungkin kerana telah bersama selama 3 tahun membuatkan diri ini terasa sunyi tanpa mereka di sisi.. Walaupun ada anak-anak yang lain menemani namun, perasaan rindu pada mereka tetap tersemat di dalam diri..Doaku agar kalian dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Ambillah mutiara-mutiara yang diperoleh sepanjang berada di maktab.. Yang penting jangan sama sekali meninggalkan solat. Jagalah diri kalian baik-baik.. Jangan lupa untuk melakukan Solat Hajat setiap hari sehingga keputusan peperiksaan PMR diumumkan...




kisah rama-rama lagi...





Kisah Bunga dan Rama-rama

Seorang wanita berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama dan ulat...
Wanita ini sedih, dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza dengan permintaannya.
Kemudian, dia berfikir:Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan..
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya...
Selepas satu tempoh, wanita ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.
Wanita ini terperanjat apabila melihat daripada pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik..dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik..
Allah sentiasa melakukan perkara dengan betul..
Cara Allah sentiasanya cara yang terbaik..walaupun kelihatan semuanya salah...
Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain daripada Allah, percayalah..Pastinya Allah akan mengurniakan perkara yang diminta pada masa yang sesuai..
Apa yang kita pinta... tak semestinya apa yang diperlukan!...Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu-ragu dan mengeluh..
DURI hari ini ...adalah BUNGA hari esok...Allah mengurniakan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya..
Semoga Allah memberkati kita...
Yakinlah pada perancangan Allah...

Indahnya Rama-rama....