Seusai membaca kalimah Allah Maghrib tadi, mataku terpandang rak di sudut ruang tamu. Maka, terpandanglah dua buah buku yang sudah lama tidak disentuh dan ditatap. Dengan rasa penuh semangat kucapai buku tersebut.
Apabila melihat buku Tatabahasa Dewan..rindu ingin mengasah kemahiran tatabahasaku. Terima kasih Pn. Aina..kerana telah memberi perangsang untuk kembali menguasai kemahiran tatabahasa. Ditambah pula anak-anak yang rajin menelefon bertanyakan soalan-soalan tatabahasa sebelum ujian pagi tadi. Maklumlah 3 bulan bercuti.. manalah tahu kot..kot..terlupa..Alhamdulillah masih boleh menjawab soalan-soalan itu dan masih lagi kukuh diingatan. Tiba-tiba teringat akan Cikgu Rosnaini (KISAS) , guru yang sangat kukagumi akan kredibilitnya sebagai seorang guru dan juga sebagai guru Bahasa Melayu. Saat ini terlantar di hospital kerana sakit di bahagian hempedu.. Mohon maaf kerana tidak dapat untuk menziarahi cikgu.. kerana kesuntukan masa.. walau apapun semoga Cikgu Rosnaini diberi kekuatan dan akan kembali sembuh. Semoga Allah melindunginya... Amin...
Apabila melihat buku Dirgahayu Bahasa .. tiba-tiba perasaan risau menerjah..sempat ke untuk menghabiskan buku itu sebelum kembali mengajar Selasa depan?.. Oleh itu, masa yang ada ini akan kuhabiskan untuk 'mengkhatamkan' buku Dirgahayu Bahasa dengan ditemani teman yang sentiasa berada di sisi..
Tidak sabar untuk kembali bersua muka dengan anak-anak di sana.. Rindu untuk mengajar..rindu untuk 'marah-marah' . Sebenarnya bukan marah betul pun.. tapi sekadar selingan.. kalau baik sahaja pun rasa tidak seronok.. hehe.. siapalah yang tidak mengenali Cikgu Eriza..kan? walaupun nampak garang tapi hati baik sebenarnya... Garang itulah yang mendewasakan kita...Bagaimana agaknya perangai anak-anak Tingkatan 1.. Ada ke seperti sahira..ruhana.. wan..Syikin.. dan lain-lain (maaf tak boleh nak tulis semua) ?.. hehe..ramai yang rindu nak belajar dan belajar BM semula... kan ruhana dan yang lain-lain?
Masa sudah pun berubah.. zaman pun dah berubah..namun, apa yang penting alang-alang menjadi cikgu, sebutir pasir dijadikan intan.. Semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan untuk aku terus mendidik anak bangsa...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan