Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I
have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya
kata-kata itu? Maknanya, Erasmus
mengutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian.
Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain,
membaca itu amat penting buat santapan minda. Masyarakat hari ini banyak membelanjakan duit untuk keperluan-keperluan yang tidak penting. Bukan tidak ada duit untuk membeli buku. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi
membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan
supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan
lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Langkah kerajaan mengadakan pesta Buku Antarabangsa sangat bertepatan kepada masyarakat. dalam memupuk minat membaca. Sekali lagi pada tahun ini saya tidak mempunyai peluang untuk pergi ke pesta tersebut walaupun pihak maktab menyediakan rombongan ke sana pada 2 Mei ini.Memang berkeinginan untuk pergi namun, mengenangkan anak-anak terpaksalah menangguhkannya ...
Saya agak tertarik dengan Piramid Bacaan ini... satu muhasabah yang sangat bermakna buat kita semua. Ya.. betullah.. memang kita seorang yang suka membaca.. Namun, seimbangkah bahan bacaan yang kita baca itu? Memang benar, kita perlu membanyakkan membaca Al-Quran kerana beribu kisah dan pengetahuan yang terkandung dalamnya. Saat ini ada pelbagai jenis Al-Quran yang berada di pasaran..
Al-Quran digital
Mushaf Al-Quran Tajwid berwarna
Al-Quran Wanita - Mushaf Fathimah
Name Miracle Quran
Oleh itu, sama-samalah kita memperuntukkan masa untuk membaca Al-Quran dan menyeimbangkan bahan bacaan kita.
Tahukah anda? .. berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat,
setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Hal ini bermakna,
pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin
Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di
planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda
perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja,
anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu
yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari.
Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita,
kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Semoga usaha kerajaan untuk ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana
semata-mata.
1 ulasan:
pesta buku :)mari pergi
Catat Ulasan