Rabu, 18 April 2012

gaya berfikir Al-Fateh


Malam ini, saya ingin berkongi kisah kejayaan sahabat saya sewaktu belajar di KISAS dahulu.. Alhamdulillah, sekarang ini telah berjaya menjadi seorang penulis buku dan pelopor kepada gaya berfikir Al-Fateh.. Sebut nama Al-Fateh memang sangat dekat dengan kita. Sultan Muhammad Al-Fateh antara tokoh yang terulung dan terkenal akan kepimpinannya
-
Sultan Muhammad al-Fateh, adalah sebaik-baik pemimpin yang disebut di dalam hadis Rasulullah . Baginda menaiki takhta ketika berumur 19 tahun. Bagindalah merupakan orang yang pertama yang berjaya menawan kota Constantinople walaupun sebelum baginda lagi, banyak percubaan untuk menawan Constantinople, tetapi semuanya tidak berjaya.

Sultan Muhammad al-Fateh sememangnya amat layak untuk dijadikan sebagai idola. Baginda merupakan seorang yang intelek dan penuh bersahsiah. Baginda menguasai pelbagai jenis ilmu sejak kecil lagi. Baginda mendapat pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam ilmu peperangan, baginda menguasai taktik peperangan, memanah, menunggang kuda dan segala aspek ilmu ketenteraan. Di dalam bidang pemerintahan, baginda adalah seorang khalifah yang berjaya membangunkan negara dan rakyat serta matang menangani masalah negara. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Itulah serba sedikit tentang Sultan Muhammad al-Fateh. Tahniah kepada saudara Syaari Abdul Rahman telah berjaya mengkaji gaya berfikir al-Fateh untuk diaplikasikan dalam kehidupan kita. Saat ini beliau telah banyak diundang untuk memberi seminar berkenaan modul tersebut.



Temu bualdalam sebuah rancangan di TV Al-Hijrah




1 ulasan:

fatinnur berkata...

assalamualaikum..
kwn cikgu ni ustz syaari ke..
sya slalu jg join program beliau..
input yg diberikan sgt mmbntu dlm ognisasi.. :)