Sabtu, 14 April 2012

semarak kasih, secangkir senyuman


Syukur..hujan membasahi bumi lagi... lantas membuatkanku semakin mengingatinya...
Saat ini masa yang sangat bermakna untuk meluangkan masa bersama-sama dengan permata hatiku...hampir 3 bulan menjadi suri rumah sepenuh masa... nikmat yang paling berharga yang telah dikurniakan oleh-Nya..24 jam sentiasa bersama.. rindu.. sayang..kasih.. tidak dapat digambarkan perasaan di hati ini. Namun, tinggal seminggu sahaja lagi masa seumpama ini bakal dilalui...sedih? sangat sedih kerana akan berpisah nanti.. namun, kata-kata peransang daripada seorang teman, membuatkan aku lebih bersedia dan bersemangat untuk memulakan tugas dan tanggungjawabku kembali...
Bukan mudah untuk mendidik anak bersendirian nanti..Ya Allah Kau kurniakanlah kekuatan dalam diriku agar aku mampu untuk menggalas tugas ini.. Buat permata hatiku...kalian bakal menjadi pengubat di saat suka dan duka... Terima kasih atas segalanya.
 
Ummi sayang Aiman dan Aisya 




Anakku,Kamu adalah hamba, kau mulakanlah hidupan dengan bisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup ini lahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu.



Tiada ulasan: