Jumaat, 13 April 2012

anugerah nasyeed.com




Apa khabar iman? apa khabar hati? apa khabar jiwa? semoga Allah akan terus menguatkan hati ini dalam mencari keredaan-Mu..

Seminggu tidak menjengah blog... rindu..rindu mahu mencari santapan hati yang sudah lama tidak terisi... alhamdulillah malam tadi sambil-sambil menonton anugerah nasyid dapat juga meluangkan masa untuk mencari pengubat hati ... tenang... Namun, di sebalik ketenangan itu, rasa geram juga di hati apabila melihat rancangan anugerah nasyid. com itu.. Walau apapun tahniah kepada TV Al-Hijrah kerana buat pertama kalinya diadakan rancangan seperti itu untuk mengangkat irama nasyid ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat tempat di hati masyarakat. Apa yang dikesalkan ialah apabila penyampai anugerah digandingkan bersama antara lelaki dan perempuan. Nampak molek dah yang perempuan bertudung, tapi yang tak sedapnya apabila jarak antara penyampai lelaki dan perempuan terlalu dekat sehingga hampir bersentuhan bahu dan lengan secara tidak sengaja. Mungkin ramai yang tidak perasan.. begitu juga dengan pengacaranya...Kalau dilihat tidak ada bezanya dengan anugerah bintang popular... cuma yang membezakan adalah pakaiannya yang lebih sopan... Rasanya tidak menjadi masalah sekiranya penyampai anugerah itu diasingkan jantina.. lebih selesa dan nampak agak sopan. Mohon maaf..sekiranya kata-kata ini menyinggung mana-mana pihak..  Walau bagaimanapun.. tahniah kepada semua yang menang dan semoga rancangan-rancangan seperti ini akan terus diadakan . 

KATEGORI NASYEED CINTA

  1. Cuba Berikan – Ammar Hamdan
  2. Kerana Cinta – Mestica & Inteam
  3. Lagu Cinta – Varianz
  4. Saat Lafaz Sakinah – Far East
  5. Setia Seorang Isteri – Wildan

KATEGORI NASYEED AMAR

  1. Berjalan Tanpa Henti – Devotees
  2. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
  3. Menuju Wawasan – UNIC
  4. Patah Hati – Saujana
  5. Syahadah – Rabbani

KATEGORI NASYEED MUNAJAT

  1. Layar Keinsafan – Mestica
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Menanti Di Barzakh – Far East
  4. Pergilah Dunia – Varianz
  5. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal

KATEGORI NASYEED PERJUANGAN

  1. Kembali Gemilang – Mestica
  2. Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
  3. Inikah Petanda – Rabbani
  4. Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
  5. Mungkinkah – Asyraf

KATEGORI NASYEED SIRAH

  1. Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
  2. Sumayyah – Hijjaz
  3. Balqis – UNIC
  4. Ansar Muhajirin – Mu’adz
  5. Bilal Bin Rabah – All One

KATEGORI NASYEED SELAWAT

  1. Binnabil Huda – UNIC
  2. Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Insan Terulung – R-iF
  5. Nur Muhammad – Inteam & UNIC

 KATEGORI LAGU TERBAIK

  1. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
  2. Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
  4. HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
  5. Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
  6. Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)

KATEGORI MUZIK TERBAIK

  1. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  2. Mahabbah – Rabbani
  3. Dia Muhammad – Inteam
  4. Jauh – Mirwana
  5. Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy

KATEGORI VOKAL TERBAIK

  1. Mahabbah – Rabbani
  2. Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
  3. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  4. Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
  5. Nurul Iman – Rabbani

KATEGORI LIRIK TERBAIK

  1. Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
  2. Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
  3. Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
  4. Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
  5. Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)

KATEGORI VIDEO KLIP TERBAIK

  1. Patah Hati – Saujana
  2. Jauh – Mirwana
  3. Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
  4. Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
  5. Layar Keinsafan – Mestica

ANUGERAH KHAS KHALIFAH NASYEED

Al-Fadhil Ustaz Sohibul Fadhil Sabikin – antara orang kuat kumpulan Nada Murni (bersama Allahyarham Ustaz Asri Rabbani + Hijjaz) suatu masa dahulu

ANUGERAH JUARA CARTA NASYEED.COM

Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart




Tiada ulasan: