Malam ini cuaca agak dingin... sambil-sambil membaca blog http://genta-rasa.com/ dan http://kembarabahasa.blogspot.com/ sempat jugalah berhubung dengan bekas-bekas pelajar MRSM PS melalui facebook. Macam-macam kisah dikongsikan bersama...dan rata-ratanya merindui alam persekolahan... Ternyata jauh berbeza apabila masing-masing sudah tamat zaman persekolahan... kebanyakannya memasuki matrik atau asasi di mana-mana kolej atau IPT.
Apabila telah tamat alam persekolahan..kita rasa kita bebas, bebas daripada kongkongan cikgu, warden, jauh daripada keluarga, bebas daripada kongkongan mak ayah. Kita cuba lari daripada didikan yang cikgu dan mak ayah kita ajar..kita cuba lari daripada perkara yang kita tidak suka hendak lakukan. Kita rasa kita bebas sangat..
Tapi hakikatnya..kita lupa yang kita semakin jauh daripada Allah. Contohnya :
- Dulu di sekolah, kita menutup aurat dengan sempurna. Tapi apabila sudah keluar sekolah, tudung entah ke mana..aurat entah ke mana.
- Dulu di sekolah, selepas subuh dan petang-petang selalu membaca ma'thurat..membaca al-Quran. Tapi sekarang, al-Quran pernah disentuh atau tidak.
- Dulu di sekolah, sebelum tidur..perlu membaca surah al-Mulk ramai-ramai. Tapi sekarang, semua itu sudah pasti tidak dilakukan..
- Dulu di sekolah, solat berjemaah di surau subuh, maghrib, isya' ..tapi sekarang, sudah tinggalkan semua itu.
Walaupun kita nampak perkara ini macam remeh sahajakan..tapi, inilah yang menyebabkan diri kita semakin jauh daripada agama. Sedangkan waktu di sekolah, cikgu sudah ajar macam-macam perkara, macam-macam benda, cikgu telah didik kita dengan sempurna..tapi, diri kita sendiri yang masih tiada kesedaran bahawa perkara itu adalah satu kebaikan untuk diri sendiri.
Apabila sudah masuk u, barulah terfikir dan terdetik...bagus juga cikgu mendidik kita macam itu, walaupun pada masa tu mungkin kita tidak suka..tapi, apabila kita dah semakin jauh dan apabila kita tersedar, kita dapat kembali semula pada "garis panduan" yang telah mereka bina dalam diri ni.
Agaknya elok juga ada "lembaga" yang tolong mengawal dan menjaga setiap perkara yang kita lakukan..supaya kita tidak tersasar jauh. Kalau di sekolah dulu, cikgu..warden.. kalau di u nanti, siapa? Diri sendirilah..
Apalah guna ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah. Dah tahu tapi tak amalkan..tak bermanfaat untuk diri sendiri apatah lagi orang lain
Sudi kiranya Kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini
Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu yang Maha Qudus
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa lalu
Terkubur dilipatan kenangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan