Tinggal sebulan lebih sahaja lagi dapat berehat di rumah melayan anak-anak sepenuhnya. Jadi, perlu memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya sebelum kembali bertugas dan terpaksa mengasuh anak bersendirian. Apabila kembali ke maktab menuntut pengorbanan yang besar dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Semoga dengan adanya dua orang pembakar semangat ini mampu untuk terus dapat memberikan yang terbaik untuk semua. 21 Mac ini keputusan SPM bakal diumumkan. Masa yang ada ini, anak-anak pelajar manfaatkanlah...dengan terus mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t. untuk bermohon kepada-nya agar dapat yang terbaik. Moga-moga akan diberikan kejayaan yang cemerlang. Namun, sekiranya sebaliknya.....janganlah anda kecewa apabila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah gigih berusaha. Itu semua adalah sebahagian daripada ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara... anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. Insya-ALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, apabila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan