Khamis, 29 Mac 2012

dengan menyebut nama-Mu Illahi


 

Pada pagi Jumaat ini ingin saya kongsikan amalan Asmaul-Husna yang sangat membawa keberkatan  dan kebahagian dalam kehidupan kita. Dan sememangnya nama-nama allah ini banyak membawa kebaikan jika kita mengamalkannya sebagai zikir harian. Aisya Humaira' sekarang ni suka berzikir menyebut nama Allah..Allah..Allah..Bangun tidur.. ketika bermain..sebelum tidur.. dengan sendirinya dia menyebut dan mengulang-ngulang .. sehingga kami sekeluarga turut sama berzikir bersama-samanya... terasa satu kebahagian yang amat sangat mendengar aisya humaira menyebut kalimah Allah.>
.Teringat sewaktu hendak melahirkan Aisya Humaira' dan Aiman Haikal ketika di wad bersalin... alhamdulillah sepanjang di wad itu dipasangkan zikir asmaul-husna... terasa ada satu kekuatan ketika menempuh saat yang paling mendebarkan itu... Semoga kita sama-sama dapat menghayati makna asmaul-husna ini..

Zikir inilah yang memberi semangat kepada saya dalam melakukan apa-apa jua perkara ...Bersama-samalah kita amalkan Asmaul-Husna ini dengan penuh istiqamah dan keyakinan. Allah Maha Melihat dan Mendengar.Semoga doa dan harapan kita akan dikabulkan Allah...AMin..

Tiada ulasan: