Jumaat, 30 Mac 2012

Hujan yang turun...


"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu..hilanglah cintaku padamu
(Imam Nawawi)
Sudah dua hari hujan turun sepanjang hari.. semalam keluar di buletin utama disiarkan banjir terburuk berlaku di Klang sehingga 10 sekolah terpaksa membatalkan sesi persekolahan. Ikuti berita tersebut...

 Setiap kali hujan, aku selalu berasa bahagia, hujan memang kurniaan Allah yang sangat besar,, semua nikmat-Nya terasa begitu nyata. Suasana yang mendamaikan selalu ada setiap kali hujan turun.

Ya Allah bertapa banyaknya nikmat Hujan yang telah kau berikan.
ketika dalam keadaan hujan, doa kita mudah-mudahan mudah diterima.

Nabi SAW bersabda " Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera
bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun" ~~~Hadis riwayat Abu Dawud~~~

Oleh itu, sementara kita menghadapi musim hujan ni, janganlah kita mengeluh...  kerana
besarnya nikmat yang Allah kurniakan ini, berdoalah kita tika hujan turun.
Hujan mengingatkan aku kepadanya....
 

Tiada ulasan: