Ahad, 8 November 2009

Kisah Rama-rama


Rama-rama...
Apabila kita melihat warnanya pasti kita akan menyukainya. Cantik..Comel.. Namun, di sebalik kecantikannya ada sesuatu yang perlu kita ambil kisah daripadanya.

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.



Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?




Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi kerana ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada di sekelilingnya, namun anda pasti rugi setiap kali ada tangan-tangan yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.



Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.



Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai ! hanya lelaki yg tidak tahu diri.




Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai alat. Tapi anda ibarat mutiara di puncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.



Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN




Nota: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Salam sayang buat rama-rama dan puteri cahaya...

2 ulasan:

manusia berkata...

Salam..alhamdulillah..
akhirnya artikel rama2 dpt diterbitkan..hehe..

em artikel yg menarik..

Pesanan buat rama2:
Hai..jaga diri baik2 ye..!!hehe..

Em buat pemilik blog ni:
Terima kasih atas segalanya..
Jaga diri baik2..=)

Pesanan buat puteri cahaya:
Jaga diri baik2 ye..!!
Selamat bercuti.. :p

srikandi idaman berkata...

semoga kita sama-sama menjadikan peristiwa rama-rama ini sebagai iktibar...