Isnin, 7 April 2014

Selamat Menghadapi Ujian Selaras 2


Alhamdulillah.. Hari ini bermulanya Ujian Selaras 2...Dalam kesibukan membuat persiapan untuk Pertandingan Keceriaan yang dianjurkan oleh MUAFAKAT Kebangsaan, para pelajar terpaksa bertungkus-lumus untuk membahagikan masa membuat ulang kaji dan dalam masa yang sama gigih untuk menceriakan kelas dan juga asrama. Rasa kagum juga dengan semangat guru-guru dan warden yang penuh bersungguh-sungguh untuk memastikan misi ini berjaya. Insya-Allah pada petang ini beberapa orang juri dari luar akan menilai keceriaan di maktab ini. Buat para pelajar, jangan direnung letihnya usaha, namun fikirlah manisnya kejayaan. Perkara yang paling penting ialah usaha dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah.. USAHA+DOA+TAWAKAL = SUKSES...
 
Bersama-samalah kita berdoa agar mudah-mudahan ALLAH memperkenankan doa-doa hambanya...Allah telah berpesan dalam firmannya yang berbunyi...."ud'uni...astajib lakum"...berdoalah kepadaku..maka pasti akan aku kabulkan...Oleh itu,...walau apapun ujian yang bakal kita tempuh...jangan lupa berdoa kepada-NYA...sebab DIAlah sebaik-baik perancang...dan dia MAHA MENGETAHUI segala sesuatu...

"man jadda wajada..waman zaro'a hasoda"..
 
 
 
 

Tiada ulasan: