Allahurabbi... belakangan ini hampir setiap hari mendengar berita yang sangat sedih menimpa rakan-rakan dan juga anak- anak murid yang kehilangan orang yang tersayang... 3 orang kehilangan ibu dalam sekelip mata... kehilangan nenek, mak cik, dan yang paling sangat memilukan kehilangan anak yang berumur seawal empat bulan.. Masya-Allah...sungguh hebat mereka ini diuji oleh Allah ... sungguh tabah dan cekal mereka menempuh dugaan yang amat berat ini...
Hari Sabtu baru-baru ini sempat menziarahi seorang anak murid Tingkatan 3 yang kematian ibunya. Syahdu sangat melihat wajahnya... sewaktu tiba di rumahnya dia sedang memandikan jenazah ibunya... Dalam umur yang sangat muda telah merasai pengalaman seumpama itu. Seusai memandikan jenazah baru dapat bersua muka dengannya lantas segera datang memeluk saya untuk melepaskan rasa kesedihan kehilangan ibunya yang tercinta..menitis air mata ini melihatnya...hanya kata-kata semangat yang mampu diberikan.. adik kecil yang berumur 6 tahun tidak mengerti apa-apa yang sedang berlaku...tidak menyedari pun yang ibunya telah meninggalkan mereka selamanya.. Besar tanggungjawab pelajar ini untuk menjadi kakak dan dalam masa yang sama menggalas taggungjawab ibu kepada adik-adiknya... Masya-Allah..semoga dikau akan terus tabah dan mampu untuk memikul amanah yang amat besar ini...

Namun, saya cukup tenang apabila melihat rakan baik sewaktu belajar di Kolej Islam (KISAS) dahulu apabila beliau diuji oleh Allah anaknya yang berumur 4 bulan telah menghadap illahi...Meninggal di rumah pengasuh secara tiba-tiba... Dia tidak membuat post mortem pun pada jenazah anaknya...Dia reda yang anaknya telah pergi meninggalkannya... Post yang diletakkan di facebook ini menampakkan betapa redanya dia menerima ujian Allah ini...Masya-Allah...
MUHAMMAD HABIBILLAH BERSEMADILAH DIKAU DI SANA DGN TENANG...BIDADARI SYURGA MENANTIMU...30/12/2013-14/04/
Habibullah bermain dgn bidadari di syurga
Bersemadilah dengan tenang wahai ank ku...nnt kan ummi abah ngn abg ilham di syurga ye sayang....wahai MUHAMMAD KEKASIH ALLAH...MUHAMMAD HABIBULLAH...
Begitulah hebatnya mereka ini menerima ujian daripada Allah... Maka...
Hargailah denyut nafas yang dipinjamkan-Nya. Sesungguhnya, nyawa yang dianugerahkan umpama bateri pada sebuah kereta. Tanpa bateri, kereta tidak akan dapat dihidupkan. Ada bateri yang menunjukkan tanda untuk rosak. Ada juga yang tiba-tiba sahaja rosak. Begitulah nyawa kita; adakala tanpa tanda, kita dipanggil Ilahi.
Hidup ini pasangannya ialah mati. Sepeti pagi pasangannya ialah petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan Syurga ialah Neraka. Kesemua ciptaan Allah mempunyai pasangan. Yang tiada pasangan hanya Allah sahaja.
Sedarlah… kita semua ialah tetamu. Apabila disebut sebagai tetamu, ertinya kita menumpang sesuatu yang bukan milik kita. Maka kita tidak boleh memandai-mandi melakukan apa-apa yang kita mahu.
Jika kita bertamu ke rumah orang, kita seharusnya menjaga perilaku kita di tempat yang bukan milik kita. Begitu juga kita sebagai tetamu Allah di muka bumi ini. Sampai masa kita akan kembali juga kepada-Nya, kepada Dia Maha Pencipta.
Bumi ini juga bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita. Segala yang ada di bumi ini sudah ada saat mata kita tercelik kerana hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia. Semuanya ialah ciptaan Allah. Ertinya, kita hidup di bumi ini, makan tanaman yang dicipta-Nya, hirup udara-Nya, maka adakah munasabah kita mahu melawan-Nya?
Marilah kita gunakan usia yang masih berbaki ini untuk metaati-Nya.Marilah kita menjadikan kehidupan yang dipinjam ini sebagai saksi bahawa kita telah melakukan amalan soleh selama hayat dikandung badan. Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.
Andaiku Tahu...Kapan tiba masaku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan