Selasa, 8 April 2014

Mekarnya bunga sakura di Pasir Salak


Entri  hari ini berkisarkan fenomena musim bunga yang melanda Malaysia sejak penghujung Mac 2014 hingga sekarang. Apa yang uniknya dengan pemandangan sekitar kita sekarang ini ialah keindahan panorama pohon rendang yang berbunga lebat yang boleh dilihat dengan jelas di negeri-negeri di utara semenanjung juga di bahagian lain seperti di selatan tanah air. 
 
Pemandangan ini mampu memukau setiap mata yang memandangnya dek  cantiknya bunga-bunga yang berkembang mekar dengan pelbagai warna lembut seperti merah jambu, putih dan kuning. Seolah-olah kita berada di Negara Jepun atau Korea sambil menikmati kembang mekar bunga Sakura. 

Namun yang ada di Malaysia ini bukanlah pohon sakura tetapi sejenis tumbuhan asli yang diimport dari negara-negara Amerika Latin. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan asli yang banyak terdapat di negara seperti Brazil, Argentina, Paraguay, Bolivia, Peru, Trinidad and Tobago, Venezuela, Mexico, Equador, Costa Rica dan kebanyakan negara Amerika Latin yang lain. 
 
Namun, perkara yang membimbangkan ialah fenomena pelik yang berlaku akhir-akhir ini membuka mata untuk bermuhasabah diri . Daripada banjir yang berlaku akhir bulan Disember diikuti musim sejuk yang amat dalam bulan Januari dan disambung pula musim kemarau pada bulan Februari hingga Mac. Kini musim bunga pula... Cuma negara kita belum merasai musim salji saja lagi. Nauzubillah..semakin dekat kita dengan hari Kiamat... Semoga kita sama-sama mengambil iktibar atas setiap perkara yang berlaku dan kembali berpegang teguh kepada ajaran Islam.
 
Fenomena musim bunga ini memang setiap tahun dirasai oleh warga MRSM Pasir Salak. Bunga inilah yang menjadi penyeri maktab ini dan kanak-kanak riang ini dapat merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t... Maka, nikmat Allah yang mana kamu dustakan?
 
 

 

Tiada ulasan: