Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tidak ada seorang pun yang apabila ditanya sama ada dia suka dimarahi atau tidak, pastilah jawapannya tidak. Saya sendiri pun tidak suka apabila dimarahi (huhu). Namun, marah seorang guru berbeza dengan marah seorang ayah. Marah seorang kawan berbeza dengan marah seorang adik. Apabila guru marah, tanda dia tegur kita, dia cabar kita, kita bersemangat. Marah bukan benci, tapi tanda sayang. Tetapi, bukanlah marah yang tidak bertempat. Ucaplah terima kasih melalui hati kerana kita dimarahi. Jika seseorang tidak menegur kita, itu maknanya, orang sudah tidak sayang pada kita. Sampai bila kita hendak betul kalau tidak pernah dimarahi dan tidak suka ditegur??
Carilah hikmah di sebalik kita kena marah. Kenapa guru sering marah kita? Kenapa ibu bapa sering tegur kita? Kita selalu menganggap itu suatu yang negatif dan terus memprotes mereka. Sekiranya kita tidak membendungnya maka akan menjadi kudis yang bernanah dan akan membengkak dan menjadi barah yang bias menghancurkan diri kita...
Andai seorang guru memarahi anak muridnya, guru itu ingin membaiki kelemahan anak didiknya itu. Guru ingin anak didiknya sedar. Guru memberi kata semangat dan motivasi melalui luahan amarahnya. Guru memarakkan nyalaan api untuk menuntut ilmu dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Bukan belajar main-main. Belajar bukan senang, oleh itu, kita kena bersungguh-sungguh untuk menggarap buah kejayaan di dunia dan akhirat. Andai seorang ibu atau ayah memarahi anaknya pula, itu tandanya mereka prihatin dengan anak. Mereka tidak terus-terusan membiarkan anaknya leka dan lalai dalam mengharungi kehidupan. Andai anak berbuat salah, mereka tegur. Andai anak lalai, mereka mengingatkan. Marah mereka kerana sayang akan anak-anak. Bukan kerana benci! Maka..bagaimana anak-anak? mahu dimarahi atau mahu guru atau ibu bapa kita membiarkan kita dengan dunia kita tanpa perlu menegur dan membimbing kita ke jalan yang benar.
CARI HIKMAH SETIAP HARI
Setiap hari, peruntukkanlah sedikit masa untuk menulis dan merenung hikmah yang terjadi pada hari ini, esok dan seterusnya. Jangan biarkan hari-hari yang dilalui kita pergi berlalu tanpa sebarang hikmah.
Contohnya, ketika kita sedang dimarahi oleh guru dek kesilapan kita sendiri. Kita tidak siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Cuba kita hayati kata-kata guru itu. Bebelannya tidak pernah sia-sia malah amat berharga untuk kita membaiki diri kita dalam pelajaran. Tulislah di dalam buku hikmah kita (twitter mungkin) apa-apa yang kita dapat daripada nasihatnya. Hikmahnya :
- Buat kerja sekolah bersungguh-sungguh sampai siap, barulah tak kena marah.
- Jangan malas buat kerja sekolah. Malas tu sifat mazmumah!
- Dengar dan amalkan nasihat cikgu, barulah ada kaf , ba, ra, kaf, alif, ta,
- Dengar dan amalkan nasihat cikgu, barulah ada kaf , ba, ra, kaf, alif, ta,
nun....KEBERKATAN
Kesimpulannya : Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru kita dan juga ibu bapa kita... Lafazkanlah perkataan sayang kepada mereka...nescaya bergetar hati mereka dan tiada perkataan yang mampu untuk diungkapkan melainkan rasa sayang mereka juga kepada diri kita...Percayalah...
Hikmahnya : Kadang-kadang, muhasabah 5 minit itu boleh menyelamatkan kita daripada dibaham api Neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan