Syukur alhamdulillah...selesai sudah pertandingan Minggu Bahasa & Kuiz Sastera Zon Barat di MRSM Serting pada 13 -16 Julai 2012 (Jumaat - Isnin). Tahniah dan syabas diucapkan kepada kontinjen MRSM Pasir Salak kerana berjaya mengulangi semula kegemilangan yang pernah dicipta pada tahun 2007 di MRSM Serting juga... Berkat usaha gigih peserta dan guru-guru yang komited melatih pelajar dalam masa yang singkat dan juga berkat doa semua ..alhamdulillah.. kejayaan dapat dikecapi...Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk melakar kejayaan yang lebih gemilang dan penuh bermakna.. dan semoga kejayaan ini mendekatkan diri kita kepada-Nya kerana tanpa rezeki dan keizinan-Nya..kita tidak merasai nikmat kemanisan ini....
Penganjuran minggu bahasa ini bersifat serampang dua mata. Pelaksanaan program ini bukan sahaja dapat melahirkan serta meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pelajar. Sekali gus dapat membentuk pelajar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang. Semoga program sebegini akan terus menjadi pentas yang penting dalam mencungkil kebolehan dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam melontarkan idea pemikiran yang kritis. Program yang bersulamkan budaya Melayu ini seiring dengan tema yang dipilih iaitu... BAHASA., WASILAH BUDAYA BANGSA.....
Majlis Penutupan disempurnakan oleh Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli Bin Saludin
(Ketua Jabatan Bahasa & Kesusateraan Melayu, Fakulti Bahasa & Komunikasi UPSI)
Persembahan pelajar daripada MRSM Serting
Peserta MRSM Pasir Salak yang berjaya mengharumkan nama maktab
Johan bagi acara Sajak (P), Pidato Menengah Atas (P), Syair (L) dan Public Speaking Lower form (P)
Naib johan : Syair Perempuan dan Pidato Menengah Atas lelaki
Peserta Kuiz Bahasa & Sastera anjuran DBP
Kontinjen MRSM Pasir Salak
Johan Syair Lelaki
Pidato Spontan Menengah ATas
Persembahan pelajar dari MRSM Serting
4 ulasan:
syair Aqil tu, macam syair tahun lepas je? syair yang saya tolong tu hahaha :P
syair Aqil macam syair yang saya tolong dia buat tahun lepas je? hehehe
macam syair yang saya tolong Aqil buat je hehe
yelah kot...cikgu pegang pidato menengah atas kali ni..tak sempat nak tengok teks syair dia...apapun terima kasih kerana membantu dia...
Catat Ulasan