DBP: Tuntutan Dong Zong 'cauvinistik'
Sumber ; Malaysia Kini
Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang Sariyan menyifatkan
tuntutan Dong Zong agar pelbagai bahasa pengantar diperkenalkan dalam
sistem pendidikan bersifat cauvinistik dan menyalahi Perlembagaan.
"Ini adalah satu cabaran (bahasa) yang bersifat cauvinistik. Inilah satu-satu negara yang ada kebebasan, kelenturan dengan aliran akademik.
"Kalau ada suara, Dong Zong mengatakan bahasa Mandarin setara dengan bahasa Melayu sebagai perantara itu menyalahi Perlembagaan," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta menjelaskan ucapannya terdahulu yang antara lainnya menyebut: "...kian nyaring suara yang mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama sistem pendidikan kebangsaan."

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan
di majlis pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 yang
disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di
bangunan DBP.
Mengulas lanjut ucapannya itu, Awang (berbaju hijau)
berkata tindakan beliau membangkitkan peruntukan perlembagaan berhubung
kedudukan bahasa Melayu bukanlah satu kritikan kepada golongan Cina.
"Saya bercakap tentang Perlembagaan bukan mengkritik orang Cina sebab rakan Cina saya pun ramai yang faham.
"Dari segi setara, bahasa Mandarin juga bahasa dunia tetapi negara ini bahasa utama bahasa Melayu yang merupakan milik orang Melayu, Cina, India, Kadazan milik semua," katanya.

Beliau seterusnya menggesa supaya
Dong Zong mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan negara.
Menurutnya, Dong Zong perlu hormat dan patuh kepada Akta Pendidikan 1996 Perkara 13 (1) yang menetapkan bahasa kebangsaan sebagai pengantar utama sistem pendidikan.
"Jadi kita akurlah. Kedudukan bahasa-bahasa lain itu ada tempat-tempatnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik DBP 2011-2015 di Kuala Lumpur pagi tadi.
Jelasnya, tuntutan untuk mengakui kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar itu tidak bermaksud menyekat pengajaran bahasa Mandarin dalam bahasa tersebut.
"Kalau mengajar Mandarin tentulah dalam bahasa Mandarin. Kita tidak suruh pun mengajar Mandarin dalam bahasa Melayu," katanya.

Sementara
itu, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Md Salleh
Yaapar pula menyifatkan tuntutan Dong Zong itu sebagai "pelik" kerana
kumpulan itu sepatutnya maklum bahawa ia bertentangan dengan
Perlembagaan.
"Dia (Dong Zong) hendak supaya dasar monolingual menjadi multilingual yang jelas bertentangan dengan (dasar) bahasa kebangsaan.
"Perlembagaan meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan.
"Kita juga ada dasar pendidikan kebangsaan yang meletakkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam sidang media sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan