Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah mengurniakan pelbagai nikmat ke atas diri ini... Subhanallah..Walhamdulillah...Allahuakbar... Hati terasa begitu tenang tatkala melihat panaroma yang cukup indah..Tatkala bermunajat hati sentiasa berzikir,mengenang kebesaran dan
keagungan Allah, tatkala itu juga kita akan berasa lemah dan
mengharapkan kekuatan daripada Allah melalui alunan zikir dan tasbih yang
sentiasa dibisik.Apa-apa jua zikir yang baik dibacakan dan dibisikkan di
hati semuanya merupakan sesuatu yang baik bagi membentuk molikul air di
dalam hati dan diri kita.Kuasa zikir sangat luar biasa jika
sentiasa diamalkan.Ingatkah kita kisah Nabi Yunus a.s yang bermunajat
kepada Allah ketika dirinya ditelan ikan Paus,apakah kuasa zikir itu,
itulah kalimah La ilaaha illa anta,subhanaka inni kuntu minal Zalimin.
Setelah kalimah ini dibaca oleh baginda a.s, dengan izin Allah dirinya
dikeluarkan daripada kesempitan dan kegelapan perut ikan paus.Hebatkan kuasa
zikir ini. Begitu juga dengan kuasa selawat ke atas nabi SAW,hal
seperti ini juga mampu mengeluarkan seseorang daripada masalah yang
dihadapinya.
Tentu kita dapat membezakan antara fikir dan zikir fikir.Kata seorang
penyair:
Sesungguhnya terdapat banyak kekuasaan Allah sekalipun dengan melihat
penciptaan Allah pada diri manusia, walau hanya dengan melihat matamu,
katakanlah kepada perawat dan doktor, siapakah yang menyembuhkan sesuatu penyakit setelah mereka berikhtiar merawat pesakit,
Kepada orang yang sehat yang mati tanpa sebab, tanyalah siapa lagi yang berkuasa mematikan manusia.
Bayi yang baru lahir, siapakah yang memberikan tangisan kepada bayi tersebut,
Setiap musim yang silih berganti, siapakah yang menjadikan musim-musim tersebut?
Pada bulan yang mengambang penuh, tanyalah siapakah yang menjadikan bulan itu begitu terang.
Apabila engkau melihat bukit yang menjadi paku bumi, tanyalah siapa yang menjadikannya begitu.Segala pujian bagi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan