Assalamualaikum ...
Bacaan santai di waktu sunyi
Buat muhasabah menyucikan diri
Hidup perlu sahabat di sisi
Peneman perjuangan hidup dan mati
Ahli
Hukama pernah berkata, rupa manusia adalah dengan siapa dia
bersahabat.kata-kata tersebut ada kebenarannya.Sahabat adalah manusia
yang memberi pengaruh paling besar.Tarikan magnetnya sangat hebat dalam
membentuk sikap dan peribadi seseorang.Betapa ramai manusia yang
terperangkap dalam jaring kerosakan akhlak kerana dipengaruhi oleh sikap
sahabatnya yang berperibadi buruk.Seseorang sahabat yang baik adalah
menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada seseorang untuk mendaki
tangga kebaikan dan kejayaan.
Hargailah
nilai murni dalam persahabatan.Jalinan persahabatan bermula daripada
ikatan rasa sayang yang kukuh,keikhlasan dan kejujuran.Persahabatan yang
suci adalah jalinan hati yang bukan didasari faktor ringgit dan
kebendaan.Alangkah rendah nilai dan martabat manusia yang hidupnya
berpaksikan duit, harta dan dunia semata-mata. Persahabatan yang dijalin
sering didasari sebab-sebab tertentu seperti untuk mendapatkan projek
atau keuntungan dalam perniagaan. Inilah realiti yang boleh ditatapi di
dalam drama kehidupan manusia di atas muka bumi ini.Sukar untuk mencari
sahabat yang sejati. Payah untuk memiliki sahabat yang sanggup bersusah
payah demi kesenangan temannya. Sewaktu perhubungan di alam maya semakin
mudah, rupa-rupanya merenggangkan jarak hati manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan