Alhamdulillah selesai Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kebangsaan Di Le Granduer Palm Resort Senai Johor Bharu.. Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Dr. Abdul Ghani Othman. Terima kepada zauji kerana sudi menemani dan membawaku ke sana...jauh perjalanan luas pemandangan. Tepat jam 9.00pagi mesyuarat bermula dengan ucapan daripada Presiden MUAFAKAT Kebangsaan Tn. Haji Hassan Bin Ahmad. Antara perkara yang ditekankan dalam ucapan beliau ialah agar semua MSRM dapat meningkatkan dan 'menghebatkan' keceriaan di asrama dan juga di Dewan Selera. Pihak maktab perlu mengadakan pertandingan keceriaan dan juga aktiviti yang mampu untuk mewujudkan suasana yang ceria di asrama dan juga di Dewan Selera. Selain itu, beliau turut menekankan agar setiap maktab membuat program-program kerohanian untuk membina sahsiah yang baik. Hal ini demikian kerana , kebanyakan masyarakat pada hari ini melihat MRSM hanya mampu dapat melahirkan pelajar yang cemerlang akademik tetapi tidak sahsiah.
Alhamdulillah..petang semalam (Isnin) buat pertama kalinya pengetua yang baru Tn. Hj. Abd. Manap Bin Abdul Majid (dari MRSM Balik Pulau) memberi ucapan di perhimpunan. Satu suasana yang baru dapat dirasai oleh semua pelajar dan guru-guru di MRSM Pasir Salak.. Pada pendapat saya, Tuan Pengetua pada kali ini dapat melaksanakan perkara yang diharapkan oleh Presiden MUAFAKAT Kebangsaan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan juga sahsiah. Alhamdulillah... hampir setiap malam Tuan Pengetua bersama-sama pelajar mengimarahkan surau dan mengimamkan solat... Inilah masa yang ditunggu-tunggu... saat para pelajar semakin banyak melakukan kesalahan disiplin maka, Tuan Pengetua hadir bersama-sama pelajar. Semoga usaha ini akan dapat membuahkan hasil dalam membina sahsiah yang cemerlang dan juga akademik cemerlang.
Dalam ucapan beliau, beliau turut membuat perbandingan antara MRSM Ulul Albab dengan MRSM bukan Ulul Albab, Antara MRSM Ulul Albab yang ada ialah MRSM Gemencheh, MRSM Kota Putra dan MRSM Kepala Batas. Apabila melihat kedudukan peperiksaan semester 1 antara MRSM, jelas memperlihatkan ketiga-tiga MRSM ini mampu untuk berada 10 tempat teratas.
Dalam ucapan beliau, beliau turut membuat perbandingan antara MRSM Ulul Albab dengan MRSM bukan Ulul Albab, Antara MRSM Ulul Albab yang ada ialah MRSM Gemencheh, MRSM Kota Putra dan MRSM Kepala Batas. Apabila melihat kedudukan peperiksaan semester 1 antara MRSM, jelas memperlihatkan ketiga-tiga MRSM ini mampu untuk berada 10 tempat teratas.
Bagi Tingkatan 2
MRSM Gemencheh 2/42
MRSM Kota Putra 6/42
MRSM Kepala Batasa 10/42
Bagi Tingkatan 3
MRSM Kota Putra 4/41
MRSM Gemencheh 5/41
MRSM Kepala Batas 8/41Hal ini jelas menunjukkan dan membuktikan pelajar yang menghafaz Al-Quran juga boleh berjaya dan dapat mengimbangi antara akademik dan sahsiah. lantaran itu, pihak MARA telah menyelaraskan agar semua MRSM, sekurang-kurangnya setiap pelajar akan menghafaz satu juzu' Al-Quran... Semoga usaha ini akan dapat membantu untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan juga sahsiah..
Ulul
Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al
Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan
memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta
mengambil iktibar darinya.
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:
QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilakukan
bermula dari jam 7.40 -9.00 pagi dan 2.00-2.40 petang secara formalnya
dan antara waktu maghrib hingga isyak untuk kelas tambahan.
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).
ENSIKLOPEDIK
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan
dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda,
berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan