Khamis, 29 Julai 2010

Warden Baru


Tiba-tiba hati terkenang akan orang yang jauh di perantauan... rindu pula nak bergurau senda bersama... Agak lama juga tidak berhubung dengan Cikgu Mardziah melalui YM... sebab memang agak lama tidak menghadap laptop pun...
Rindu juga nak naik aras bersama Cikgu Hafizah untuk pastikan aras 2 bersih daripada segala kekotoran...rindu sangat-sangat....
Semoga kalian berdua berbahagia di sana... Memang ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku...                       
Semalam.. datang seorang pelajar bercerita tentang asrama... tentang warden baru... Hehe..rasa seronok pula mendengar cerita mereka... Dengar ceritanya warga aspuri agak berasa takut sekarang ini... " warden baru tu agak tegas cikgu, takut kami..Kalau seorang bertugas, tiga-tiga sekali turun "roll coll"  Apabila beri ucapan waktu "roll coll" tidak memerlukan "hailer" pun... kuat sungguh suaranya... Setegas-tegas Cikgu Eriza, tegas lagi Cikgu tu... begitulah antara dialog mereka...

Aku tersenyum melihat mereka... Alhamdulillah...ada juga pengganti yang baik untuk warden-warden yang telah berpindah... "Patah tumbuh hilang berganti" semoga dengan kehadiran warden yang baru ini,sedikit sebanyak membantu dalam mendisiplinkan warga aspuri...Aku pun dah jarang-jarang dapat turun ke surau memandangkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan... Semoga dengan kehadiran warden baru itu, membantu untuk mentarbiyah warga aspuri.  ..Minggu hadapan ada mesyuarat warden kali pertama untuk semester II ini... rasa berdebar juga apabila akan merasai suasana baru di bawah kepimpinan KETUA WARDEN yang baru (Ustaz Hafiz)

2 ulasan:

puterakayangan berkata...

salam...

ust Hafiz pengganti ckg amir..,ckg amir pindah ke ckg..?

rindu nye nak ziarah mrsm ps...tp byk pulak ckg2 yg dah pindah..

ckg ada perancangan nak pindah jgk?

srikandi idaman berkata...

Salam...ckg amir masih ada lagi..cuma berpindah ke quarters guru... Beri peluang pada guru lain jadi ketua warden...
Cikgu masih dalam perancangan...tapi tulah...tak tahu nak pindah ke mana...