turunnya kau dibumi fana
membasahi hati-hati yang kering kontang
tandus, gersang.
hujan..
basahilah hatiku dengan cahaya penyuluh jiwa
agar aku terbimbing ke jalan-Nya
dengan bacaan zikrullah pelembut hati..
biar hatiku lembut,
sentiasa dibasahi dengan ayat- ayat Mu Ya Rabbi
Amin...Ya Rabbal Alamin
Nyaman rasanya apabila dapat menghirup udara yang segar.. diriingi hujan lebat yang membasahi bumi Pasir Salak ini... Terasa kedinginanan terus meresap ke jiwa... tenang...dan damai...Lantas segera memberi kekuatan untuk aku kembali menulis di blog.. agak lama membiarkannya menyepi..
Saat ini, guru-guru sedang tekun menanda kertas prapercubaan PMR dan Ujian Selaras 1.. Semuanya tunduk khusyuk menanda... Alhamdulillah, mujur perlu "key-in" pada 5 Ogos (Menengah Rendah) 12 Ogos (Menengah Atas) adalah ruang untuk bernafas lega... Namun, aku cuba untuk menyiapkan menanda skrip jawapan PMR pada hari esok.. Oleh itu, malam ni perlu berjaga malam untuk menyiapkannya.
Minggu hadapan bermulanya MINGGU AKTIVITI untuk pelajar Tingkatan 1,2 dan 4... Manakala pelajar Tingkatan 3 ada slot GEMILANG dan pelajar Tingkatan 5 masih menghadapi peperiksaan prapercubaan SPM...Agak merisaukan apabila melihat pencapaian Tingkatan 3 kali ini... Mungkin tidak ramai yang mendapat A untuk subjek BM... Terpaksalah bersedia untuk mencari alasan apabila berhadapan dengan pengetua nanti... Walau apapun, dengan berkat kegigihan cikgu-cikgu yang mengajar (Cikgu Aina dan Cikgu Junaidah) Insya-Allah akan membuahkan hasil juga nanti... Sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan