Tempoh hari aku ada terbaca artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin tentang Jantung @ HATI... Apabila bercerita tentang HATI...memang aku agak berminat untuk mengetahuinya... Yang menjadi tanda tanya ialah.. adakah apa yang kita faham selama ini tentang hati itu sebenarnya betul ... Aku masih membuat kajian tentang hal ini...
Kita sering mendengar sabda Nabi s.a.w "Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuliah ia adalah HATI"
Perkara yang menjadi kemusykilannya ialah..adakah benar yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah HATI?
Menurut Dr. Asri " Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut HATI, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun HATI dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai HATI. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu "HEART" yang bermaksud jantung. Cuma orang Melayu menterjemahkan "you are in my heart" sebagai "awak dalam HATIKU" padahal HATI dalam bahasa Inggeris "liver" bukan "heart". Namun, "heart attack" tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan HATI. Begitu juga dengan "heart disease" sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana hal ini berkaitan sakit, jika disalahertikan buruk padahnya. Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya HATI. Orang boleh menderma HATI dan terus hidup, namun tidak mungkin orang boleh menderma jantung dan terus hidup.
Kekeliruan dalam memberikan maksud qalbu atau heart ini telah menyebabkan Kamus Dewan Bahasa memberikan maksud perkataan HATI yang pelbagai.
1) organ dalam badan yang berwarna perang kemerah-merahan di dalam perut di bahagian sebelah kanan.
2) jantung...
3) batin (tempat perasaan, pengertian)...
4) bahagian tengah buah-buahan (pokok dll)..
Justifikasi bahasa di sudut konsep yang cuba diberikan dan juga kepelbagaian maksud HATI sehingga diterjemahkan salah satunya sebagai jantung, tetap mengelirukan bagi memahami maksud asal qalb dalam al-Quran dan Hadis. Bahkan penyataan HATI bermaksud jantung dalam bahasa Melayu itu sendiri boleh mengelirukan kerana keduanya organ yang berbeza. Apatah lagi, kajian saintifik moden benar-benar membezakan peranan antara kedua organ tersebut. Jika pun boleh diterima, salah satu pengertian HATI itu disebutkan oleh Kamus Dewan sebagai batin @ perasaan.
Maka, perkataan qulub atau qalb dalam nas-nas Islam lebih tepat diterjemahkan sebagai jantung, atau jika hendak digunakan juga perkataan HATI mungkin boleh disebut "JANTUNG HATI". Sebahagian penulis suka menggunakan perkataan "kalbu".
Wallahu a'lam... sekadar ingin berkongsi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan