Jumaat, 11 Jun 2010

berakhirnya Kem Cuti Sains


Syukur Alhamdulillah akhirnya selesai juga Kem Cuti Sains kali ini .. Semua MRSM berkampung di MRSM Pasir Salak dari 5-11 Jun 2010..Jangka masa yang agak lama mereka korbankan untuk menjayakan program ini. Tahniah kepada semua guru yang komited dalam melaksanakan program ini walaupun terpaksa mengorbankan cuti sekolah mereka. Bukan mudah untuk mereka berada di maktab untuk memastikan program ini berjalan lancar... Syabas diucapkan..terutamanya pada Cikgu Zurina sebagai penyelaras program.. Begitu juga dengan semua pelajar yang gigih mendengar ceramah dan mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan..Semoga dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam mencipta kejayaan dalam bidang sains ini..



Sepatutnya Majlis Perasmian Penutupan dirasmikan oleh Tn. Hj. Shhaari Bin Hussein Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan Menegah MARA..namun beliau tidak dapat menghadiri majlis ini dan mewakilkan pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu..
Peserta yang memenangi Johan dalam acara yang dipertandingkan
Para peserta khusyuk mendengar ucapan ayahanda pengetua MRSM Pasir Salak
 
Peserta daripada MRSM Taiping yang sentiasa mencintai MRSM Pasir Salak 
Inilah peserta daripada MRSM Pasir Salak..seorang lagi Adline..sibuk ditemu ramah kerana memenangi acara yang dipertandingkan

5 ulasan:

puterakayangan berkata...

salam ckg.....=)

rindunye kat mrsm ps...bila lah agaknya sy berkesempatan utk jenguk mrsm ps...sigh...

ermmm...kem cuti sains ade dibuat di UTP......??

xsilap sy..yg bagi hadiah tuh..rektor UTP kan..??en. zainal abidin..bertuahnya para pemenang...

creadit to PN. ZURINA!!

srikandi idaman berkata...

ha ah rektor utp... awak tak jadi fasi ke di UTP? dgr cerita ramai budak-budak ex PS jadi fasi...Sharven dan lain2...

puterakayangan berkata...

ermmm.....
sigh...nmpknya ckg blom tau lagi ek...

sy dah keluar dri UTP...sigh~
sedih lah jgk....

sy terima twran MARA oversea...persediaan 2 thun di kolej mara banting...jd sy xdpt lah jdi faci.....haih!!!

doakan sy berjy di KMB nanti..
tq~

srikandi idaman berkata...

oh yeke...saya tak dengar berita tu...apapun tahniah... semoga berjaya di dunia wal akhirat....

puterakayangan berkata...

hehe...ok..terima kasih...