Sabtu, 5 Jun 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...akhirnya,  mesyuarat Agung MUAFAKAT berakhir sudah... Keletihan yang amat sepanjang 3 hari ini.. Maklumlah, balik dari kursus Induksi terus sibuk menguruskan mesyuarat...belum berkesempatan pun untuk melihat kertas peperiksaan... Cuti sekolah ni terpaksalah ditemani dengan skrip jawapan pelajar... Terima kasih yang tidak terhingga buat rakan-rakan seperjuangan kerana telah menjayakan Mesyuarat Agung MUAFAKAT Kali Ke-7 Sesi 209/2010... Terutamanya buat Aina dan Deepa... Selepas ini gerak kerja jawatankuasa MUAFAKAT akan berbeza sedikit ekoran perubahan jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa... Walau apapun..semoga badan ini mampu untuk membantu pihak maktab dalam sebarang agenda dalam mencipta kejayaan yang cemerlang...
Namun, dalam kesibukan menguruskan mesyuarat pada hari itu, perasaan sedih turut dapat dirasa apabila mendapat maklumat tentang pertukaran 5 orang guru MRSM Pasir Salak... (Mardziah, Hafizah, Azlinda, Jas dan Aishah) Yang paling agak mengejutkan ialah pertukaran Mardziah dan Hafizah...Pada mulanya, agak yakin yang Mardziah boleh untuk menolak pertukaran tersebut, namun tak berjaya juga akhirnya...terpaksalah bertukar ke MRSM Tumpat...satu dugaan yang cukup hebat buat dia...Semoga dikau tabah dalam menempuh ujian ini... Walau apa apun, kenangan dengan kalian tidak mungkin akan dilupakan...

Tiada ulasan: