Khamis, 8 Oktober 2009

siapakah dia srikandi idaman???


Mungkin anda tidak mengenali siapa dia srikandi idaman...
Di sini saya ingin ingin mengajak anda semua menghayati dan menelurusi liku-liku kehidupan dan pengorbanan wanita-wanita srikandi dahulu yang sanggup berkorban dan mempertahankan keimanan mereka terhadap Allah swt sehingga tanpa ragu-ragu sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Itu semua dilakukan demi meninggikan syiar Islam di muka bumi ini dan mengagungkan agama Allah ini.


Dalam buku ini terdapat lagu-lagu yang bertemakan penceritaan sejarah srikandi Islam, kehebatan wanita-wanita terdahulu memperjuangkan Islam dan kesanggupan mereka untuk mati kerana Islam. Daripada inspirasi sebuah lagu, penulis menterjemahkannya melalui buku ini supaya sedikit sebanyak akan memberi kekuatan dan inspirasi kepada pejuang-pejuang agama dan dorongan untuk kita sentiasa menjadikan wanita-wanita yang hebat ini sebagai ilham dan sumber kekuatan untuk melayari liku-liku kehidupan yang mencabar lewat ini. Betapa tidak? Mereka yang dikatakan kaum yang lemah, mampu berdiri sebaris dengan pahlawan-pahlawan Islam yang jauh lebih gagah tanpa ada rasa gentar walau sedikit pun. Biarpun perjuangan itu menurut kemampuan mereka masing-masing, namun ganjaran yang dijanjikan Allah swt untuk mereka tetap standing dengan apa yang telah dijanjikan-Nya untuk para syuhada’.


Di samping itu terdapat lirik-lirik lagu yang kita sering dengar. Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah Sumayyah? Siapakah Ratu Syahadah? Siapakah Zinirrah? Oleh itu, melalui buku ini, Insya-Allah anda akan lebih mengenali para wanita penghuni syurga ini.

Sama-samalah kita mengirimkan Surah Al-Fatihah buat srikandi-srikandi ini. Moga-moga kita akan mendapat kekuatan dan kehebatan seperti mereka... Al-Fatihah
.


Nah...Adakah kita layak digelar srikandi idaman??? mungkin kita tidak layak... namun, tidak salah seandainya kita mempunyai hasrat untuk bergelar srikandi idaman...

1 ulasan:

putericahaya berkata...

Salam..em bez buku ni..trm ksh ckgu,bg pinjm buku ni..sgt brguna..=)