Khamis, 29 Oktober 2009

Mesej pendek tetapi BERMAKNA




Seorang budak lelaki yang buta, duduk di tepi sebuah bangunan dan meletakkan topinya di sebelah kakinya. Dia meletakkan satu papan tanda yang berbunyi, "Saya buta, bantulah saya." Di dalam topi ada sedikit wang yang didermakan oleh orang yang lalu-lalang di hadapannya. Tidak lama kemudian seorang lelaki mengeluarkan beberapa keping syilingnya dan meletakkan ke dalam topi itu. Kemudian dia mengambil papan tanda dan menulis sesuatu. Dia meletakkan papan tanda itu di tempat asalnya supaya orang ramai yang lalu-lalang dapat melihat tanda itu dengan jelas.

Tidak lama kemudian, topi itu dipenuhi dengan syiling. Lebih ramai yang mendermakan duit kepada budak lelaki yang buta itu. Tengah hari itu, lelaki yang menulis tadi kembali melihat budak lelaki buta itu. Budak lelaki itu mengenali bunyi tapak kasut lelaki itu dan terus bertanya, "Adakah anda yang menukar papan tanda saya pagi tadi? Apa yang anda telah tulis?"

Jawab lelaki itu," Saya menulis perkara yang benar sahaja. Saya menulis perkara yang awak tulis tetapi dalam bentuk yang agak berlainan." Apa yang ditulis lelaki itu adalah "Hari ini sangat indah dan saya tidak dapat melihat keindahannya". Memang nyata kedua-dua ayat tadi menunjukkan bahawa budak lelaki itu buta tetapi ayat kedua lebih bermakna. Hal ini  menyatakan bahawa orang yang lalu-lalang itu tadi sangat bertuah kerana tidak buta dan dapat menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah swt. Oleh itu ayat kedua sangat efektif.


Kesimpulan:

Bersyukurlah dengan apa-apa yang kita ada. Fikir dengan positif dan kreatif. Ajak manusia bersyukur dengan penuh hikmah dan nikmati kehidupan tanpa seribu satu alasan. Berkasih-sayang selalu dan apabila kehidupan memberikan anda seratus sebab untuk menangis, maka tunjukkan kepada dunia seribu sebab untuk tersenyum selalu.  Hadapi hidup dengan penuh keyakinan, persiapkan diri untuk menghadapi masa hadapan, tingkatkan iman dan buangkan perasaan takut. Orang-orang bijaksana pernah berkata, " Di dalam perjalanan hidup, sekiranya anda ingin mengembara tanpa perasaan takut, anda mestilah mempunyai satu tiket yang dapat menghidu baik dan buruk."

Tiada ulasan: