Jumaat, 30 Oktober 2009

Inikah pelajar kita?


Sedih rasa di hati apabila mengenangkan sikap pelajar zaman sekarang. Selepas satu kes, satu kes yang lain pula timbul.  Dalam minggu ini sahaja terlalu banyak peristiwa yang berlaku berkaitan sikap pelajar terhadap guru. Menyakiti hati guru, memberi surat layang kepada guru, mencalarkan kereta guru, bersikap kurang ajar dengan guru, mencarut guru dan macam-macam lagi. Itu belum ditambah lagi dengan sikap pelajar yang lain seperti mencuri, berkhalwat, merokok dan lain-lain. Bukan bermakna pelajar dahulu tidak melakukan kesalahan disiplin, tetapi sekarang ini agak keterlaluan. Sikap pelajar-pelajar dahulu dengan sekarang amat jauh berbeza seperti “langit dan bumi”. Persoalannya, mengapakah masalah ini semakin berleluasa?

Banyak faktor masalah ini berlaku antaranya, tiada kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri tentang pentingnya sifat menghormati guru, tiada penghayatan terhadap pendidikan agama.kelemahan sistem pendidikan, kurang didikan daripada ibu bapa sejak kecil, kelemahan sikap guru itu sendiri dan banyak lagi.

Namun, semua ini berbalik semula kepada hati kita sebenarnya. Teringat kata ketua jabatan saya, semua perkara yang berlaku perlu kembali kepada Allah Taala... apabila kita kembali kepada-Nya, perkara-perkara sebegini tidak berlaku. Ya betul... kata-kata itu memang sangat bermakna seandainya kita menghayatinya. Sewaktu duduk berbincang tentang masalah ini, ada seorang rakan mengatakan bahawa, bagaimana pelajar tidak menghormati guru sedangkan mereka sendiri bersikap kurang ajar dengan Tuhan apabila berada di dalam surau. Hendak solat masih boleh bertepuk tampar, bergurau senda, dan menyanyi. Mereka langsung tidak menghormati adab-adab yang perlu dijaga apabila berada di rumah-Nya...Sedih sekali melihat tingkah laku pelajar-pelajar sekarang. Hati terlalu keras. Bukan tidak pernah ditegur,tetapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. tidak turun ke hati untuk dihayati .



Buat anak-anak pelajar...

Mengapa sukar untuk kita menghormati guru? Mengapa sukar sekali untuk kita menjaga hati guru kita? Mengapa kita sukar untuk menolong guru  saat dia memerlukan bantuan kita?? Mengapa sukar sekali untuk kita memohon maaf atas kesalahan kita?? Mengapa hati kita begitu keras untuk mengakui kesalahan kita?? Mengapa??? Tepuk dada dan tanyalah HATI kita..

Walau seteruk manapun sekalipun sikap guru kita, kita kena terima dan kita kena menghormatinya.






Tiada ulasan: