Selasa, 30 Oktober 2012

Debaran semakin terasa



Syukur masih diberikan pelbagai nikmat ke atas diri ini. Tinggal 4 hari sahaja lagi debaran menanti... SPM akan tiba... pelbagai persediaan telah dilakukan oleh semua guru untuk memastikan anak-anak mereka bersedia untuk menempuh di medan perjuangan. Namun, dalam sedang bertungkus-lumus, masih terdapat pelajar yang masih tidak mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk memanfaatkan masa yang ada dengan semaksimum mungkin. Masih berada dalam zon yang senang, zon yang selesa . Tidak nampak kesungguhan mereka untuk datang bertanyakan soalan atas inisiatif sendiri.. tidak mahu membuat latihan yang diberikan setelah guru tersebut bersusah payah untuk menyediakannya...Tidak membaca bahan yang diberikan oleh guru setelah guru-guru bertungkus-lumus menyediakannya. Masih mengharapkan usaha guru. Mengharapkan guru untuk menyuapkan segalanya untuk mereka. Sampai bila perkara ini harus berterusan. Bila mereka akan sedar? 

              Banyak perbezaan pelajar dahulu dengan pelajar hari ini. Pelajar hari ini semuanya mengharapkan usaha guru untuk menyiapkan segalanya kepada mereka. Mereka mengharapkan guru-guru menyediakan semua nota, menyediakan koleksi soalan, menyediakan analisis  soalan dan pelbagai lagi. Ubahlah sikap itu para pelajar!!!...  sampai bila harus mengharapkan semuanya daripada guru?Seharusnya kita sendiri yang mencarinya , berusaha sendiri dan tidak mengharapkan guru 100%. Guru sebagai fasilitator, sebagai pembimbing.

              Tadi apabila duduk makan bersembang dengan guru-guru lain, rata-rata menyatakan perasaan sedih melihat sikap pelajar yang masih tidak mahu berubah. Satu perkara yang agak serius dibincangkan apabila pengetua menyatakan bahawa terdapat beberapa pensyarah di UPM menyatakan pelajar mereka datang meminta nota daripada pensyarah. Bukannya pelajar mencatat nota yang disampaikan oleh pensyarah. Budaya mengharapkan guru memberi sudah menular di Universiti... Pelajar mengharapkan pensyarah memberi semuanya...Bukannya pelajar berusaha sendiri untuk mendapatkan ilmu itu. Seharusnya perkara ini perlu dibendung agar mampu untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mampu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

          Hal ini mungkin berbeza di MRSM PKP yang kebanyakan pelajar di situ berpusatkan "Student centered" . Pelajar yang mencari sendiri maklumat dan ilmu tersebut. Pelajar yang berusaha sendiri.. Kejayaan pelajar di sana merupakan hasil pelajar sendiri, namun, kejayaan pelajar di kebanyakan MRSM adalah berpunca daripada gurunya bukan muridnya...Maaf,itulah yang boleh dikatakan. 

          Pengalaman belajar di Kolej Sultan Alam Shah sangat bermakna dan banyak mematangkan diri ini. Setiap saat yang ada sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Tidak sempat untuk membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Masa yang terluang diisi dengan membaca dan melakukan aktiviti kerohanian. Pelajar membuat kumpulan belajar sendiri, bertukar-tukar soalan dengan pelajar sekolah-sekolah lain.. mendapatkan nota sendiri dan bertukar-tukar antara satu sama lain.. Guru bertindak sebagai fasilitator... pembimbing sahaja... Mudahnya menjadi guru pada saat itu.... 
  
         Hanya pada-Mu kami berserah Ya Allah.....

         

1 ulasan:

Najwa Najihah berkata...

Salam ziarah Cikgu.

Rupanya Cikgu kisasian. Gembira bertemu di sini. Usai membaca entri ini, terkenang-kenang saat di Kolej Islam terutama ketika menghadapi peperiksaan.

Selamat maju jaya Cikgu. =)