Isnin, 8 Oktober 2012

bermulanya Perjuangan





Hari ini bermulalah perjuangan anak-anak Tingkatan 3 untuk menempuh peperiksaan PMR yang bermula 9 Oktober sehingga 15 Oktober 2012. Setelah tiga tahun persediaan dilakukan, maka sudah tiba masanya anak-anak diuji. Tempuhlah cabaran ini dengan semangat dan keyakinan. Aplikasikan segala tunjuk ajar, bimbingan, pesanan dan ilmu yang diberikan. Berburu ke padang datang, dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN...

Jika semalam bermasam muka,
Hari ini mohonlah kemaafan,
Jika minggu depan anak-anak periksa,
Doa dan restu kami titipkan.

Ayah dan bonda mengirim pesan,
Guru-guru sama berjuang,
Kuatkan semangat menempuh halangan,
Berserah pada-Nya hatikan tenang.

Jadual Peperiksaan PMR 2012

SELASA (9 OKTOBER 2012)
8.10 - 9.10pg        Bahasa Melayu 1
9.50 - 11.50 pg     Bahasa Melayu 2
2.30 - 4.30 ptg      Pendidikan Islam 1

RABU (10 OKTOBER 2012)
8.10 - 9.10pg        Bahasa Inggeris 1
9.50 - 11.20 pg     Bahasa Inggeris  2
2.30 - 3.45 ptg   Geografi 1

 KHAMIS (11 OKTOBER 2012)
8.10 - 9.10pg        Sains 1
10.30 - 12.00 tgh  Sains 2
2.30 - 3.45 ptg      Sejarah 1

ISNIN (15 OKTOBER 2012)
8.10 - 9.25 pg       Matematik 1
10.40 - 12.25 tgh  Matematik 2
2.20 - 3.50 ptg      Kemahiran Hidup Bersepadu 1



Sekitar hari pertama Peperiksaan PMR MRSM Pasir Salak
\
                                                 Banner ucapan semangat buat calon-calon PMR
Pengawas peperiksaan sedang membuat persediaan di dalam Dewan Besar
Roll coll  sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan
Amanat terakhir daripada Timbalan Hal Ehwal Pelajar diiringi Penyelaras Gemilang PMR (Pn. Aina Masyira)

Kata-kata perangsang daripada Timbalan Pengetua Hal Ehwal AKademik mewakili ayahanda pengetua yang kini sedang berada di US atas lawatan benchmarking pengetua-pengetua.
Bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hafiz
 
Bersedia melangkah masuk ke dalam Dewan Peperiksaan
Bermulanya perjuang... 
SELAMAT BERJUANG & SALAM IMTIHAN

Tiada ulasan: